Friday, 24 January 2025

Yuran tahunan 2025 | Sek alhuda dan sek alamin gombak

tepek sini for future reference...memang ada sedikit kenaikan setiap tahun...
All my 3 boys memang bersekolah di tempat yg sama ie sekolah rendah di sek rendah islam (SRI) alhuda, jln gombak.
sek men plak di sekolah men islam alamin gombak. zharfan dh abih belajar kat dua2 sekolah (sekrg zharfan kat main campus UIA gombak).

utk razeen, yuran tahunan sek alhuda utk tahun 2025 ialah RM990, dan kena bayar jugak yuran BAKA(PIBG) RM50, so total RM1040 utk lump sum payment (one-off).
yuran bulanan pula ialah RM450, yuran mengaji RM30 sebulan, so total yuran bulanan ialah RM480. Yuran bulanan ni dh termasuk makan ie tak pyh beli mknn kat kantin (mkn 3x sehari ie sarapan, lunch dan minum ptg)

utk ariff, yuran tahunan sek alamin ialah RM640 (one-off payment), manakala yuran bulanan ialah RM700 (termasuk makanan tp sekali jer sehari ie lunch)

apa jua yg terbaek utk anak2 kita semua..moga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan MZ utk membayar segala yuran2 ni. Aamiin.
Anyway, kos beli buku kena bayar lain plak (ariff punya buku RM413), razeen pnya buku rasanya RM300+. dan kena beli baju sekolah baru jugak utk razeen, ariff kata dia punya baju masih ok.

salam hari jumaat uolls.

14 comments:

mummy_ayu said...

kita as parents .. always nak berikan yg terbaik utk anak2 .. kan?

thisni3za said...

Alahai..Semua naik harga..Harap2 gaji kita pun naik jgk la ye utk cover kenaikan cost ni...=)

Syazni Rahim said...

Good sharing

mama tisya said...

mmg kebiasaan mesti ada kenaikan yuran kan walaupun..smoga dipermudahkan segala urusan pembelajaran ank2

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Aaamiiin. Semoga dimudahkan rezeki kak Suz dalam mengusahakan pendidikan anak2 yg terbaik 🤗☺️

Mulan said...

Sebagai ibubapa, memang akan buat semua yang terbaik untuk anak2.

Ezna Khalili said...

Moga murah rezeki you nanti....setiap anak ada rezeki masing2. Moga anak2 soleh you ni berjaya di dunia dan akhirat. Ya kita sebagai ibu bapa nak yang terbaik buat anak-anak kita. :)

uncle gedek said...

Ye, semoga ilmu yang ditimba membawa keberkatan

Puan Hazel said...

PH pun tengah buat kira2 juga ni... So far baru dapat harga buku utk gegirls, boys belum dapat info.
Semoga Allah lapangkan rezeki kita 🤲🏻

Ana Jingga said...

setiap tahun ada kenaikan, semoga dipermudahkanNya jua buat semua ibu ayah dalam menguruskan kewangan pendidikan anak-anak.. aamiin

Time Traveller said...

Demi perjuangan masa depan anak anak.. Harga taska skrg pun naik mengalahkan yuran collage dah... Cpt lah wahai anaknku membesar huhuu

Cuya said...

Moga dipermudahkan urusan akak sekeluarga. Semoga Allah melimpahkan rezeki yang berlipat ganda

LadyBird said...

perjuangan melahirkan pejuang... semoga Allah permudahkan semuanya dan sentiasa diberi rezeki ... ameeeennnnn

Suria Amanda said...

Semoga allah permudahkan...macam ni la kita bila nak yang terbaik untuk anak kita kan..Dania satu Sem RM5k, ni dah sem ke 3..ada lagi 5 sem ...huhu...bertabahlah kan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails