ari sabtu merangkap 18/1/25 adalah hari pertama cuti sek kat negeri2 pantai barat...
utk family MZ, pagi2 sabtu tu kami dh kuar utk breakfast bersama2 (repeat mkn kat restoran MaiShellOud), then terus pergi sekolah razeen utk gi amik BAP (Bantuan Awal Persekolahan), alhamdulillah, dpt lah cover expenses utk beli baju sekolah razeen (at least dpt sepasang).
sempat snap pic sambil MZ beratur nak amik BAP ni (9.30 am). ariff punya BAP dh amik ari jumaat lagi ie masa last day of schooling. boleh cover expenses beli buku2 utk ariff, thn ni kos beli buku RM413.65 sbb ariff akan masuk form 4 (sek starts 17 feb 2025 nanti).
lps setel amik BAP, terus bertolak menuju ke petaling jaya, to be exact, mr hubby ada check-up mata kat Hospital Mata Tun Hussein Onn (TNONEH). Memang selalu check up mata kat sini, sbb mr hubby diabetic so memang kena buat annual eye check-up, bil RM198 (tak de ubat apa2 pun, memang consultation dan check up semata2), setel urusan check up pukul 1 pm.
lps tu terus bergerak utk lunch plak, kami lunch kat USJ ie restoran ayam kampung A.Hassan (mr hubby's fav). then singgah solat zohor kat masjid area USJ jugak
lps tu bertolak pulang ke gombak semua, heavy traffic di mana2 sbb 1st day cuti sekolah kan..
sampai kat rumah dh pukul 5 pm, dan drizzling - memang cuaca mendung sepanjang hari.
indeed it was a saturday well spent alhamdulillah.
how was your saturday?
have a nice tuesday everyone!
11 comments:
Saturday bermalas-malas je hari tu, binge watch Curang Tanpa Niat haha
We spent the whole day at home je sbb my hubby down with fever.
Ayam kampung Hassan tu mmg sedap, lembut je kan even dah sejuk.
We spent the whole day at home je sbb my hubby down with fever.
Ayam kampung Hassan tu mmg sedap, lembut je kan even dah sejuk.
Boleh ambil hari sabtu ya yg BAP tu? Ingatkan time hari bekerja je
Penuh aktiviti kak MZ utk weekend. Saya gi hiking je pagi tu, petang tak buat apa dah :D
BAP Qaisara sy authorisedkn che mek utk amik...Yg Ammar sy pilih utk online transfer..Tapi masih belum smp smp hari ni.
I baru je makan kat Restoran A. Hassan Ayam Kampung kat area Bandar Baru Bangi. I rasa pernah juga makan kat Restoran USJ tu.
ayam kampung hassan tu fav juga ..kt area opis la yg terdekat tp slalu fullhouse
Ayam kampung Hassan tu fav SA juga...dapnya...layan ngan budu kan...
Oh? ayam kampung A.Hassan ada kat USJ? Uncle pernah makan yang kat cheras
Tak buat apa2 pun lagi school holidays ni.. no plan and tak tahu apa nak buat huhu.. anak2 duduk rumah jer..
Sampai kapan cuti sekolah kak? Inh cuti sekolah ganti ajaran baru kan?
Disini pula tak cuti. Cuti tahun ajaran baru June-July. Krn itu saya sering pergi june-july dengan family😄
Post a Comment