masa bln June ari tu, kami ada pergi daytrip kat bagan lalang, tp time tu tak cukup korum ie zharfan masih study kat CFS gambang....so kami plan nak repeat bagan lalang tp nak overnite la plak, dan kebetulan 3rd august bday razeen. so alang2 kira overnite for the bday! then masa daytrip kat bagan lalang tu, MZ ternampak signboard Seri Bayu Resort...MZ check dlm apps booking.com, rate nya sgtlah murah!! dan ada family room, so perfecto! terus booked and paid!!
anyway, resort ni rating 2 star ie sama mcm Hotel Seri Malaysia jer pun, tapi ratenya lg better/cheaper lah dari Seri Malaysia. Dan sebab utama MZ beria booking to stay here, sbb ada kolam yg nice! razeen request nak hotel ada kolam hehehe he's still kids, so masih excited bab2 mandi kolam.
ni MZ snap2 pic lps check-in...resort ni apartment style, dan ada byk blok. MZ dpt blok B9 ie yg hala belakang sikit lah dari reception/pool.
1st impression, apartment ni sgtlah luas!!! esp for our lil family.rasa luas betulll...kat ruang tamu ada tv, ada sofa jugak (ie 2 buah sofa, dan 1 kerusi rotan), dan ada dining table (with 2 chairs)
ada dressing table kat dlm master bedroom
ni view dari tingkap depan ie tingkap besar facing the staircase..takde lif sbb apartment ni 3 tingkat jer pun, bilik kami kat tingkat 1, yg paling bwh tu ground floor.
simple kitchen, tak de fridge dan tak de complimentary tea, tp dpt 4 bottles of drinking water (complimentary). anyway ada jer jug kettle dan mugs tu in case nak masak air panas etc. dan bilik ni ada provide 2 helai sejadah, ie one piece for each room.
ni view belakang apt ie dari master bedroom..ada sederet rumah teres ie rumah2 org lah. so tak sunyi sgt--yelah apt ni sgt luas so kami rasa mcm sunyi hahahahah dan tak penuh pun guest...ada jer guests kat bilik2 lain sbb by the time waktu mlm tu...dh ada 6 kereta yg parking dpn Block 9 ni termasuk keta MZ.
ni gmbr pagi ahad ie aktiviti wajib utk bday boy ie mandi kolam! kolamnya memang sgt ok laaa...luas, cantik, dan ada kerusi utk rest2/tunggu my boys mandi-manda tu..MZ dh jrg mandi public pool sejak umur late 40s ni hahahah
reception kat sebelah pool jer (ada kaunter kecik ie ada 2 kaunter to check-in, dan kena collect packed food for bf pun dari tepi kaunter ni jugak)
pakej bilik yg kami ambil ni, dpt breakfast for 4 persons, bukan buffet tp packed food, so dptlah 2 pek nasi lemak dan 2 pek bihun goreng (semua dgn ayam goreng), then dpt 2 cawan/gelas teh tarik dan 2 cawan kopi o)....kami had our bf kat tepi pantai.
resort ni dekat jer dgn pantai tp kena rajin menapak lah, dlm 600m...ie betul2 kat dpn post guard (kena cross the road)...tapi Block 9 tu jauh dari postguard so kalau kami nak menapak ke pantai, dlm 800 m kot total--so kami naik keta lah ronda2 pantai hahhha
so how much is the rate?
RM240!!! ni sbb termasuk bf (packed food), kalau tak amik bf tu, rate RM200 only! sgt2 ok kan!!
kalau nak duduk 2 family pun boleh sbb besar la apartment tu...dan bilik air pun sgt lah luas!!
have a nice wednesday uolls!
12 comments:
Wah, murah betul rate bilik kat resort ni. Tambah RM40 utk breakfast kira ok la tu 😃 Pool pun nampak bersih dan terjaga.
alhamdulillah...berbaloi tu..siap ada pool buat lepas gian tu yg seronok
cantiknye apartment die...
morning sis MZ..wah, betul..nampak luas & selesa bilik nya. and harga pun ok la...siap dpt packed food lagi
bdk2 mesti nk ada pool ....murah tu sbb bilik utk family...nk plak rating 2 star tp ada pool...mmg ok sgt tu
Murah dan berbaloi tu MZ..SA dah lama x ke Bagan lalang la...rasa macam nak bawak PZ jenjalan situ
Kami pun pernah stay sana, ruangnya memang besar kan. CUma malam2 sunyi.
Luas juga kan biliknya Suzz.....
Murahnyaaaaaa. Mana nak dapat apartment harga camtu kan? Berbaloi, memang berbaloi!
Not bad la harga dia.. kalau duduk seisi keluarga. Buka tingkap nampak rumah org tak ada la sunyi sgt kalau tak ramai org check in situ..
Dah lama juga tak duduk yang ada kolam renang.
budak2 mmg request dorang selalu nak hotel yg ada pool. that is their excitement. kita layan jelah
Post a Comment