Thursday 18 July 2024

Give n take

..masih lagi entry edisi anniversary...ie nak tepek gmbr2 masa 16th july (selasa) merangkap hari anniversary MZ dan mr hubby...both of us keje (cuma minggu ni MZ ada jugak wfh sbb buat marking exam paper kat rumah jer). mr hubby plak, ari selasa tu dia masih berpuasa sunat (bulan muharram), so balik keje, memang ngam2 30 minit sblm masuk timing utk berbukak puasa.

MZ tak buat apa2 pun utk mkn2 ker or posing2 wpun special date sbbnya memang dh plan nak gi staycation sabtu ni, so nanti plan posing2 kat sana lah (tmpt staycation)..rupa2nya mr hubby beria menapau lauk pauk dari 2 restoran berbeza, siap beli kek jugak (satu slice), dan dia yg hidang semua atas meja...bila siap, beria panggil MZ utk posing hehehe MZ pun kalut lah gi pakai bedak dan tudung (if tak pakai bedak+lipstik, nampak pucat dlm gmbr)

zharfan yg jd photoG mcm biasa..
so nilah gmbr kenangan 16th july 2024. 
MZ rasa special sgt sbb ni 1st time mr hubby yg beria utk posing2 ni...
sbb seingat MZ, sblm2 ni, tiap kali anniversary, MZ yg beria put in all effort utk set up semua (ie beli2, hidang2 etc)..mr hubby pakai bj keje tu (sbb baru balik keje ni)

zharfan yg candid gmbr ni

mr hubby yg menghidang so set pinggan mangkuk jd mixed la (dia amik jer apa2 yg ada dlm cabinet hahah) kalau MZ, set pinggan tu mesti tak campur2 laaa


alhamdulillah utk segala kurniaanNya
salam hari khamis uolls!
ari ni MZ ada meeting pagi dan ptg laaa...full

15 comments:

Mulan said...

Alhamdulillah & congratulations lagi. Happy & healthy bersama selamanya.

Lydia Miza said...

sweet la gambar candid tu.

happy anniversary buat kalian berdua

shaizhar said...

Selamat hari Khamis. Kongsikan kenangan untuk memori masa hadapan.

mama tisya said...

meriah pelbagai lauk...hah effort tu nk susun2 hidangan bg si suami walaupun pingan tk sama mcm kita org pompuan susun..depa asal terhidang janji ok kan...apa2pn effort sempena anniversary tu

Carneyz said...

Sweet nya husband MZ 👏🏻 agaknya sbb ulangtahun ke-20 tu yg dia beria2 nak sambut siap beli kek tu 😄

Puan Hazel said...

Kita bikin romantis hehe ...
Biasalah org lelaki, asal namanya pinggan, ambik guna je la kan hihi... Kita pompuan ni mesti nak matchy², set² 😁

Ezna Khalili said...

Good job hubby you dengan menghidang. Tak kisah la hidang macam mana pun tapi tak ramai suami yang rajin macam ni juga Suzz. Alhamdulilah...dah dapat yang bertanggungjawab macam hubby you tu pun alhamdulilah kan....rajin menghidang....beli pula kek.....

Moga you and hubby berkasih sayang sehingga ke syurga ya....menua bersama. Dengan anak2 sebagai ikatan cinta you and hubby. Bahagia bersama sehingga ke syurga!

Azirahman said...

Meriah meja makan. Alhamdulillah moga bersama hingga ke syurga

Warisan Petani said...

Nampak sesedap menunya

nona sani said...

Happy Anniversary ❤️ Semoga Allah panjangkan jodoh kalian berdua Dunia Dan Akhirat ❤️

Time Traveller said...

Alaaa set pinggan campur tu excuse la MZ.. lelaki kan hahahaha.. asal keje siap jadi lah... By the way Happy Anniversary yg ke......

Ammi said...

org lelaki gitulah kak. kalau suami ammi pun gitu, kadang-kadang dia hidang lauk dalam bekas yg ammi guna untuk gaul ayam kunyit, ikan kunyit. Itu bekas prep...punyalah banyak lagi bekas cantik, bekas kuning2 tu jugak yg dia nampak

mummy_ayu said...

alhamdulillah..happy anniverasary to both of u...

Suria Amanda said...

Bestnya macam ni..anniversary sambut satu family

fanny_dcatqueen said...

Ikut senaaaang kak baca cerita ini 😍😍👍. Happy anniversary yaa, semoga hubungan kalian langgeng lebih lama hingga anak cucu nanti ❤️

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails