kisah dari taman mini MZ...
antara pokok yg MZ tanam dlm pasu2 tu ialah pkok limau purut...antara yg terawal jugak ditanam (zmn2 PKP rasanya tahun 2020 if not 2021), if i remember correctly, MZ beli anak pokok tu via shopee..
syukur alhamdulillah memang subur jer wpun dlm pasu (pasu tu tak berapa besar mana pun saiznya) ..daun2 pokok limau purut tu sentiasa lebat menghijau (errr...faktanya..jrg2 jer MZ masak tomyam or siakap steam tapi memang akan petik daun purut yg MZ tanam ni lah if MZ masak2 tu)
kisahnya...wpun dh lama ditanam, tapi pokok limau purut tu tak pernah berbuah...
until mid april ari tu, MZ perasan dah ada buah laaaa...1st time ni!! so MZ excited hehehhe
beria lah snap pic dan tulis date jugak
my finding...boleh jugak nak perah jus limau purut, tp most common usage, org buat berubat or buat mandian, or buat syampu dan boleh jugak gosok2 kat muka (ala2 natural cleanser)
taman mini MZ ni sentiasa penuh dgn daun2 kering yg gugur dari pokok2 hutan di belakang rumah MZ..so kena sentiasa kutip daun2 tu
ni lps dh setel kutip daun2...biasanya my daily routine ni waktu ptg lps balik keje or if weekend, pagi2 MZ kutip daun2 tu
the only pokok ros yg bertahan..dan sgt rajin berbunga lah ros kuning ni..i'm blessed
limau kasturi pun selalu berbuah, dh byk kali berbuah..yg latest cycle, masih berbaki 4 bijik buahnya..
limau nipis ni...antara yg baru jugak..last few months beli..tp daun2nya jd mangsa ulat :( mcm tak dpt nak berkembang subur tu
memang tinggi pokok limau purut ni wpun hanya dlm pasu dan tanah yg limited..belakang rumah MZ memang lereng bukit+pokok2 hutan
batang pokok limau tu
yg menjuarai carta..pokok pandan yg sgt gemuk dan subur
salam hari selasa uolls!
ari ni kat opis MZ masih ada jamuan raya yayyyy (postgraduate office of AIKOL)
8 comments:
morning sis MZ.. wah bestnya.. pokok limau MA baru mcm nak mebesar balik.. hari tu x terjaga kejab kan
hasil berbudi pd tanah..syok dh bole tuai hasil
Banyak jugak daun limau purut tu. Boleh buat tomyam. I tak pernah guna limau purut tu...I guna daun je. Boleh guna sebagai cleanser tu bagus juga sebab alami.
Kat kebun wak ada tanam sepokok, dah besar pokoknya
Buahnya banyak tapi tak ambil pun
Cepat juga berbuahnya. PH punya pokok limau nipis & limau kasturi belum berbuah² lagi, dah 5-6 tahun agaknya tanam :(
Buah Limau Purut buat acar pun sedap MZ 👍
Best la semua dah berbuah...mini garden pak zain xde pembaharuan, masih sayur peria yang berbuah banyak dan pokok cili yang baru ditanam semula..nanti i rajin i amik gambo
sejuk tgn MZ.. semua tanaman menjadi
Memang dingiiin tangan kak MZ yaa, subur2 semuanya. Saya sukaa wangi jeruk purut ini. Biasa mama dipakai utk bumbu masakan. Masakan Batak banyak yg pakai jeruk purut .
Post a Comment