Thursday, 14 March 2024

Strategi berjimat

hidup ini keras..selalu ternampak frasa ni kat social media kan lately...tak kisahlah M40 or T20, what more utk B40 kan... zmn2 dulu tak de pun pengkelasan pendapatan mcm zmn sekrg..

anyway berbalik kpd tajuk entry...lain org lain lah caranya nyer..
bab2 mkn, rasanya most people agree that masak sendiri kat rumah lagi jimat berbanding beli lauk ready to eat kat luar, especially for big family and for health reasons. 
bagi MZ, mixture lah ie beli pun ada, masak pun ada. 
so far utk iftar, MZ beli few lauk kat stall yg MZ dh biasa beli (harga sgt ok!) dan balik rumah, masak sup sayur ie utk lengkapkan portion sayur -kat stall tu tak de choice menu sayur.

tp semlm MZ singgah jugak bazar ramadhan kat sri gombak, 1st time lah singgah, cuci2 mata dan zharfan beli nasi dagang for himself...
zharfan dh sampai balik rumah ptg semlm, cuti break sem selama 2 minggu...so we are 5 again.

anyway, ni jugak cara MZ berjimat..

ni 1st time beli tisu ni..kat shopee..ok jer kualitinya...harga sgt2 ok berbanding tisu brand yg MZ biasa guna (kleenex, premier, vinda etc)

sekali beli terus dpt sekotak besar rasanya 20 pcs...rumah MZ memang heavy user tissue, sbb mr hubby jenis resdung sepanjang tahun, dan nampaknya razeen pun mewarisi genetic yg sama, termasuk juga zharfan dan ariff...so rumah kami wajib ada stok tisu yg sgt byk dan tak putus stok...so beli tisu kat shopee dgn harga yg sgt ok (rasanya RM26 ni termasuk delivery, so each pack harga RM1+ jerrrr)

ni plak racun rumput, beli online (sbb ternampak kat FB ads), then ada jer kat shopee jugak so beli kat shopee jugak, now tak pyh panggil/bayar org utk mesin rumput dah kat halaman rumah MZ (kecik jer kawasan berumput tu tp memang selalu naik rumput laaa)
so now memang menjadiklah racun ni...sekali sembur, tahan dlm 2 minggu ie rumput semua mati, then lps tu naik balik slowly tp boleh jer jaga dan control bila ada racun ni..alhamdulillah...
biasanya kos panggil org mesin rumput RM30, racun ni, harga around RM15 jer sebotol, tahan jer utk guna few times/cycle :)

uolls berjimat cara apa..kot2 MZ boleh tiru jugak.
salam hari khamis uolls merangkap 3 ramadhan

14 comments:

mama tisya said...

mana yg bole jimat kita jimat kan....tisu tu husband ada bli juga ....lupa samada kt tiktok or shopee dia bli...yg lg 1 viral packaging oren

Faizal R said...

Kadang2 tu bukan tak nak berjimat tapi bila dah sampai pasar ramadan godaan datang dengan pelbagai cara. First day dah terkena, second day dan seterusnya kita cuba control supaya tak over membeli.

Ombak Bergigi said...

Betul tu, zaman kena berjimat, kita kena ikutkan juga berjimat dan tak boleh boros.

adnil linda said...

tisu tu husband Linda ad beli..masa sampai sekotak beso, igtkan apa lah..rupanya tisu..tp jenis yang gantung pnjang ke bawah..senang anak2 nak tarik..
bab jimat nie,subjektif kan...janji tak over bajet kita ok lah rasenya

shaizhar said...

cara berjimat saya beli kat kedai eco RM2.40 kalau ada barang yang lebih murah beli juga kat Mr Diy.

Kalau bab makan, disebabkan untuk tekak sendiri je. Boleh je control. kekadang makan nasi sehari sekali shj.

Ezna Khalili said...

Berjimat ni betul la kena mengikut juga keluarga tu macam mana....I rasa bab tisu tu bagus you beli sekali banyak. Memang jimat sangat2 you. Kalau ikutkan bab masak memang setiap hari I masak. Memang boleh jimat juga bab belanja dapur tu. Tapi yang paling jimat bagi I ialah Dania duduk rumah berbanding duduk di asrama. Belanja duit poket Dania dah makin berkurang berbanding Dania tinggal kat asrama. Bagi amount yang sama setiap bulan tapi jimat kat situ. Dan....tak payah duit asrama. Ini kalau Universiti dekat dengan rumah ok la dan bergantung juga kepada course diambil etc....since Fakulti Dania dengan rumah 5.1km je. :)

LadyBird said...

kami pun beli tisu banyak... mungkin berbulan2 baru habis..

Wak Lat said...

zaman kena byk jimat berjimat nih., huhu

Mulan said...

Memang kena berjimat selagi boleh. Sebab tak kerja, so bab food tu memang sangat berjaga2. Masak selagi boleh :) lagipun alah to msg dalam makanan beli. Pening nanti.

Suria Amanda said...

Sama ngan SA, mana boleh jimat SA jimat..

namakucella said...

Wah..boleh usha la tisu tu...berbaloi

Lydia Miza said...

bab jimat ni mana lagi murah memang akan sambar,sebab tu kalau tgk online je akan beli online.

Ammi said...

kalau beli lauk kat gerai yg biasa mmg menjual lauk ok...kalau kat bazar ni kengkadang dorang macam "tiba-tiba jadi penjual"...rasa pun ntah apa-apa sebab mingkin tak pandai nak bajet utk masak banyak

mummy_ayu said...

MA pun terjebak ngan tisu viral tu but kualiti dia memang ok kan so why not

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails