Saturday, 20 January 2024

Menjenguk taman mini | ada subur, ada mati

mcm dh lama MZ tak buat entry psl my mini garden...actually lately MZ dilanda kebizian (bz keje) menyebabkan tak sempat nak belai pokok2 dlm pasu tu...dan kdg2 ter miss siram jugak...end up ada yg mati sbb tak dpt bertahan tanpa air dlm pasu kan...cian my pokok2 :(

ok jom intai2....

pokok limau kasturi tgh lebat berbunga...putih2 jer bunga2nya tu..dan wangiiiii

alhamdulillah...penuh bunga2...harum cantik...moga2 akan subur menjadi buah limau kasturi nanti

dh ada pun yg bertukar jd tiny lime tu...

ni plak pokok limau nipis yg dibeli via shopee...masa beli tu memang dh ada buah 2 bijik, satu dh dipetik, satu ni MZ biar jer sampai besarrrr tu...nanti2 nak petik jugak...moga2 dpt membesarlah pokok ni wpun hanya dlm pasu

yg menjuarai carta paling subur kat taman ni ialah pokok pandan..hijau pekat daun2nya!!

cian my hydrangea (bunga siri zubaidah)...abih rosak daun dimkn serangga perosak :( :(

satu lg top performer kat taman MZ ni ialah ros kuning...meninggi dan byk daun2nya...

dan dh ada kuar bunga tu (baru bertunas)...memang ros kuning ni sgt rajin berbunga :)

dh sampai penghujung usia lah nampak gayanya pokok ash bush ni...sbb rasanya tak cukup tanah dan ari tu masa MZ balik kg, tak hujan so tak dpt air...so dh mati dh pokok ni...pokok ni nature dia kena tanam atas tanah sbb jenis berkayu dan boleh membesar dgn jayanya....lama jugak ash bush ni bersama MZ...memang dh byk kali berbunga....it's hard to say good bye.. :( :(

not in pic, pokok tomato dah mati, dan pokok ros putih pun dh mati :( so now ada 3 pasu yg nak kena diganti dgn pokok2 baru...worst case senario, tanam jer pokok pandan berpasu2 sbb anak pandan sgt byk kat pokok induk asal tu..

salam hari sabtu uolls!
ari ni MZ dok rumah jer...byk keje outstanding utk disiapkan..

9 comments:

  1. Happy sabtudays Mz!! pokok pandan segar bugarr...

    ReplyDelete
  2. SA baru bgn tido masa komen entry MZ ni..segar mata tengok pokok limau nipis tu...limau kasturi tu pun..

    ReplyDelete
  3. Becucuk tanam ni kena ada mood. Kalau M menjelma memang takdela kan. Dulu Cie banyak tanam macam2 kat dalam pasu. Lepas tu malas nak jaga. Sekarang tinggal yang basic je pandan, daun kari, daun limau purut je.

    ReplyDelete
  4. Kalau masak nasi letak daun pandan.. Sedap bau nasi...

    ReplyDelete
  5. Rajin MZ menanam walaupun kerja. Elok2 tu. Ni kita kadang siram pun lupa, malas keluar rumah haha. Oh pokok pandan, nak cari sepasu sebelum puasa lah.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. hijau..

    kenapa daun2 limau ulat suka bebenor makan.. daun limau ldy pun gondol dimakan ulat..

    ReplyDelete
  7. tanam pandan bebanyak pastu sedekah kat staff UIA

    ReplyDelete
  8. Walo ada yg mati, tapi tetap banyak yg masih subur ya kak. Tangan kak MZ memang dingin dalam hal gardening 😄👍

    ReplyDelete
  9. Jangan tanam pokok pandan banyak2.. nanti si yg panjang yg suka patuk tu datang melepak kat bawah rimbunan pokok pandan tu huhuu...

    ReplyDelete