Monday, 9 October 2023

Masak2 untuk siapa tu

semlm, lps balik dari breakfast, gigih MZ bersilat ie masak2 di dapur...groceries dh setel beli masa ari sabtu lagi (beli kat TMG sri gombak)

MZ tak reti masak yg fancy2 pun...masak2 apa yg MZ reti jer laaaa

MZ masak apa yer...MZ masak tomyam seafood, siakap steam limau, ayam goreng pedas/masak merah dan daging goreng kunyit , telur dadar dan telur masin jer pun.tembikai kuning tu kira mcm dessert la, laici tu utk dimkn bersama sirap

MZ not in pic sbb MZ yg snap gmbr ni...MZ actually masak2 utk kakak ipar MZ (ie elder sister of mr hubby) and mr hubby's niece (nama Tasnim)  and her husband (nama Amir)

better pic from this angle

seronok jer tgk org mkn apa yg kita masak2 hehehhe
uolls buat apa semlm/Sabtu-Ahad?

salam hari isnin
ari ni 1st day of new semester kat UIA Gombak..Allahumma yassir

9 comments:

mummy_ayu said...

morning sis...
wah, alhamdulillah..meriah tu.. mcm2 menu ada.. dap dap

mama tisya said...

mcm2 menu...sronok tetamu makan tu

Ezna Khalili said...

I pun tak reti masak fancy pun. Selalu masak simple je. Hehe...

Carneyz said...

Macam2 aktiviti weekend ni. Pagi Sabtu teman asben pergi appointment hospital dgn servis motor. Lepas Zohor pulak keluar ke Bukit Bintang beli kunafa utk assignment si adik, lepas tu pergi appointment chiropractor asben pulak. Ahad pun sama, pagi breakfast lepas tu hantar adik ke rumah kawan sbb nak buat assignment kunafa tu, sementara tu temankan si kakak pergi kedai buku Tsutaya di Pavilion Bukit Jalil cari buku faveret dia.

Lydia Miza said...

meriahnya menu MZ

Suria Amanda said...

Haaa...SA nak buat makan2 macam ni...masak sendiri dan panggil kawan2 blogger 2-3 orang..tapi tu la..rumah tengah macam kapal pecah..kena buat minor renovation untuk keselesaan Mak Pah nanti

Time Traveller said...

Bila tau ada yg nk dtg.. Kita akan masak dgn hati gumbira .. Meriah suasana rumah :D

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Betuuul kak. Kalo orang suka dan lahap dengan makanan yg kita buat, rasa happy kan. Terbayar capek memasak nya 😄👍.

Suria Amanda said...

Teringin nak masak-masak untuk kawan-kawan...tapi x tau la bila...lepas satu..satu..dugaan melanda kan...tungfu kat rumah sewa JB nanti la kot..tapi limited plak..kawan2 JB aje yg boleh datang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails