Tuesday, 29 August 2023

Bila rindu...

bila dh jadi seorang ibu (or juga seorang bapa sbb ada readers blog kecik MZ ni di kalangan bapak2 juga)..barulah kita akan paham tahap kasih sayang ibu/bapa kita kpd kita kan...our children are our mini version, our zuriat, precious gift, amanah jugak..

intro nya tu ..psl rindu anak hahahha nak rindu saper lagi...sbb mr hubby memang ari2 dpt jumpa so tak sempat nak rindu2an pun...my mom wpun jauh di mata tapi alhamdulillah baru jer jumpa dan memang weolls calling2 selang sehari if not everyday wpun berbual tajuk yg sama jer tanpa jemu (cuaca, mkn apa etc etc)

so berbalik kpd tajuk entry...MZ rindu zharfan la, who else..;)

ni gmbr masa MZ temankan zharfan beli baju kat uniqlo..few months back...tak penuh plak gmbr ni sbb MZ candid jer pun..

ni study table zharfan, now ariff yg guna..meja ni baru jer beli few days sblm zharfan masuk matriks ie beli kat lotus time beli brg2 keperluan zharfan, kebetulan meja lama dh uzur so dh selamat dispose pun

ni bilik zharfan ie ada meja dan katil single...now ariff yg tidur kat katil tu..dlm bilik ni ada 2 meja study dan 2 kerusi (utk study --mcm gaming chair jer kerusinya tu)

ni actually bilik tidur ariff dan razeen, now bilik ni sunyi jer, jadi tempat utk iron baju jer (ada iron board dan steam iron)...sbb now ariff tidur kat bilik zharfan

ni zharfan masa temankan MZ beli baju kat butik leeyanarahman bangi..beria dia tolong queue sbb pjg q nya

ni plak antara tempat lepak2 mkn2 MZ dan zharfan ie cafe dlm uia...ni gmbr last few week ie MZ mkn sorang2 so sempatlah snap2 gmbr

laksa penang tu fav zharfan jugak..so bila mkn his fav food, auto teringat lah...mode mak2 sgt kannnnn

sbb MZ tak de gegirl so zharfan lah my bfff (selain my adik perempuan ie hanim dan my kakak (kak su)...

Insya Allah weekend ni kalau tak de aral, MZ nak gi visit zharfan sambil staycation..moga2 dipermudahkan :)

Uolls buat apa cuti 31 ogos/this coming weekend?

9 comments:

Ammi said...

Gitulah mak…makan ingat anak, tgk tv ingat anak. Mudah-mudahan anak tu pun dpt aura yg maknya tgh rindu

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Anaknya sudah besar ternyata kak ☺️. Memang yaa , baru dirasa rindu Kat anak kalo dia sudah jauh dari kita. Anak saya masih kecil lagi, belum terasa yg seperti ini. Tapi saya tahu, kalo mereka dah masuk dunia kampus dan dunia kerja, dah harus jauh dari orangtua. Saya pun pasti rindu dengan mereka

Ezna Khalili said...

Macam duduk kat rumah je Suzz. Lepas tu main masak2 haha.

mummy_ayu said...

morning sis MZ.. alahai... sayu je bila rindu kan. mula2 nak adjust tu memang terasa sgt of coz...

shaizhar said...

Selamat bercuti dan stayvacation.

Ezna Khalili said...

Dania yg Uni dekat dengan rumah pun boleh rindu you sebab buat aktiviti selalu bertiga....

Carneyz said...

Bila anak 2-3 ketul je, sorang tak de terasa sunyi sangat2 rumah tu kan MZ. Bestnya Zharfan jadi BFF mama dia.

psst... kat mana kafe dalam uia tu MZ? Hari tu lapar giler tapi tak tau nak makan kat mana dalam UIA hehe

Faizal R said...

Kemas je bilik anak2 bujangnya.

Suria Amanda said...

Hanya ibu yg tau perasaan nerjauhan dengan anak kan..sama la ngan SA..berjauhan dengan dania, lepas ni berjauhan dengan suami..2 minggu lagi baru jumpa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails