biasanya memang MZ akan jenguk my mini garden ni everyday utk kutip buang byk daun2 gugur (daun pokok2 hutan dari belakang rumah tu) dan memang kena siram semua pokok2 kat taman mini ni sbb semua pun dlm pasu..unless kalau hujan (biasanya ptg or mlm) then boleh skip rutin menyiram
ni gmbr2 last week...wpun hanya ditanam dlm pasu, pokok limau kasturi memang sgt rajin berbuah dan agak lebat..syukur alhamdulillah
memang dh sampai max masa utk petik ni sbb warna pun dh ada kuning sikit2..saiz memang sampai setakat tu jer, tak leh nak membesar lagi dh tu limau2 nya
dh selamat dibuat air/jus limau kasturi...sedappppp
subur pokok2 kunyit ni...kdg2 MZ petik gak dan mkn as ulam bersama nasi (feeling2 mkn rendang hahahah)
my fav ulam jugak ie daun kesom...selalunya MZ petik dan hiris halus2 mkn dgn nasi (feeling2 ulam nasi kerabu)
pokok cili pun rajin berbuah, bkn cili padi tp cili besar (sbb MZ semai dari benih cili kering) so cili ni tak pedas pun, selalu MZ petik dan goreng bersama telur dadar, kdg2 letak jugak time goreng daging kunyit, memang boleh mkn mcm sayur jer, crunchy2 gitu
wpun ada 5 pasu pokok bunga rose dgn warna berbeza, ada 2 pasu jer yg rajin berbunga ie yg warna light pink dan warna kuning, yg lg 3 pasu mcm tak berapa nak subur dh...
ros kuning menjuarai carta paling rajin berbunga...memang selalu ada jer bunga yg kembang one after another
ari tu ash bush pun berbunga...dh besar da tinggi pokok ni dlm pasu...masa MZ pergi lexis hibiscus PD ari tu, nampak pokok2 ash bush ni as part of landscape tp ditanam atas tanah..rendah renek jer dan penuh bunga2...
bunga raya pun selalu jer ada yg kembang ikut turn gitu...saiz besar dan warna terang, penyeri taman!
happy weekend everyone!!!
4 comments:
Seronok petik hasil tanaman sendiri kan.
Aktiviti riadah yang menyihatkan.
Hasil pun dapat.
syok tu dpt tuai hasil..jimat
Seronok kan...pokok limau kasturi pak zain mati...pokok terung langsung x berbuah lepas petik 2 biji buah dia hari tu...sedih tul..peria banyak plak buahnya...eh suka la kalau orang tanam pokok bunga ros..bercita2 nak ada pokok bunga tapi biasa la kena hijack oleh Pak Zain...
Post a Comment