Tuesday, 15 June 2021

Family bonding | shellout

pada musim PKP ni, salah satu aktiviti yg kita ulang2 dengan jayanya ialah masak2 dan mkn2..tu pun tak 100% masak2 all the time, ada juga selang-seli tapau or order food panda

ari ahad, MZ masak shell out..ni kali kedua ni MZ masak shell out (resepi google jer) 1st time masak shell out last year (pun masa pkp)--kebetulan ari sabtu dh kuar shopping groceries termasuk seafood, so ngam la nak masak shell out ni

bahan2 utama - ketam, udang, sotong, lala, jagung, brocolli, cauliflower - kena ada lemon juga, daun limau purut, serai, daun kari, semua bawang2, cili kering/cili kisar

actually tak susah sgt pun cuma byk step sbb semua seafood dan sayur tu kena celur dulu, sblm campak dan gaul ke dlm kuah/sos shell out...jagung tu of course kena rebus bg masak dulu--tak jumpa jagung biasa kat giant so beli jagung organic (harga RM8.90 utk 2 ketul)

nilah hasilnya....

sbb lupa beli plastic utk spread/letak semua yg dh siap masak ni atas meja, so bila serve, MZ letak dlm mangkuk besar ajer...
syukur sbb ketam yg mr hubby pilih2 kat giant tu kategory segar! sbb sblm2 ni pernah jugak terbeli ketam yg tak segar (ada bau)

puas ati ratah2 all the seafood! 
alhamdulillah
(tapi of course tak leh mkn kerap la seafood ni high cholesterol and boleh menyebabkan gout jugak)

1 comment:

  1. sedapnya, itulah. kolestrol kan. tapi tetap jugak nak makan mcm saya. huhuhu

    ReplyDelete