Friday, 29 May 2020

While waiting for PKP to end | rutin wfh, kisah pokok etc

MZ dh lost count hari ni hari ke berapa RMO/CMCO/PKPB...yg pasti tak sbr nak tunggu abih lah all these PKP thingy...moga2 9th june is the ending Insya Allah

UIA will resume its semester this coming Monday ie 1st june..so MZ kena gigih menyiapkan apa2 yg tak siap.....ada lg 2 tajuk yg MZ lom siapkan recorded lectures..thesis lom abih baca, semlm dh try email artikel for newspaper publication, moga2 ada rezeki diterima dan diterbitkan atas talian..semlm jugak MZ attend online training utk teaching & learning siri 3, ada satu lg siri ie esok is the final one



bercerita psl pokok plak..

ni kali pertama MZ tanam pokok kacang botor/botol...masa MZ dok kg, my mom selalu jer tanam pokok ni then lebat ia berbuah sampai tak abih mkn and meriah bg free jer kat jiran2 or saper2 yg lalu lalang..MZ excited tgk pokok ni pandainya dia menjalar kat pagar hehehhe

rasanya few months gak lah nak tunggu my pokok kacang ni berbuah...tak sabar nak tunggu hehhehe

ni plak kisah pokok kunyit...haaa dh togel tu MZ petik semua daun2nya...1st petik masa buat rendang mlm raya, then 2 ari lps petik lg utk repeat buat rendang...so abih licin togel semua daun..moga2 cepat lah my pokok kunyit ni tumbuh pucuk dan daun baru

ni plak kisah pokok limau purut...menjadi mangsa ulat..abih daun2 yg besar2 segar bugar tu..MZ dh buang semua ulat2 tu dan sembur racun pokok..moga2 tak dtg balik lah all those ulat2

ni pokok kangkung..baru jer tanam dlm seminggu..tanam batang jer ..MZ beli kangkung utk goreng2 then batangnya (beserta akar) MZ tanam dlm pasu..tu dh tumbuh byk daun2 tu...tunggu meriah daun2 tu bolehlah petik utk goreng2 hehhehe

ni kisah craving tak puas2 mkn nasi impit kuah kcg dan rendang..so MZ reheat kuah kcg yg MZ frozenkan (lebihan 1 syawal)..rendang tu MZ masak lah semangkuk, nasi impit tu memang gigih rebuslah atas dapur (sejam lah durationnya)

ni masa MZ pegi tesco 2 hari lps...bosannya kena q pnjg di mana2 shj :( adapting to new normal eventhough it is against our wishes :(

salam 6 syawal
jom puasa sunat bulan syawal (MZ kena siapkan puasa ganti duluuuuuu)

3 comments:

Han Hanni said...

Tengok tanaman Mama Zharfan, teringat tanaman kami.
Kami pun tanam kangkung masa PKP ni, guna dari keratan batang & akar yang kami beli kangkung untuk goreng sayur. Sempat petik sekali hari tu, cukup untuk 2org makan. Pokok kunyit kami simpan khas untuk rendang raya.Hahaha

Acuyuhan said...

SELAMAT HARI RAYA!! best entry ini.. done follow u, follow me back.. tq
http://acuyuhan.blogspot.com/

Ezna Khalili said...

I pergi IOI City Mall, bawah dah kena scan suhu (kat basement sebelum naik atas) dan scan QR code. Setiap kedai yg masuk you kena scan QR code jugak dan paling i nyampah bila phone i lambat nak scan QR code dan tak boleh scan langsung dan menyebabkan I tak boleh masuk kedai tu.....bagi I la kan, kalau tak boleh scan takkan nak suruh customer scan sampai boleh. Kena ada plan B. Sediakan buku untuk tulis nama.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails