Thursday, 22 August 2019

Gigih mengintai promosi Saleabration

Bulan Ogos hanya tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi, so dah sampai masanya untuk kaki-kaki travel macam MZ sekeluarga untuk mengintai apa-apa yang menarik..yelah, hujung tahun kan cuti sekolah selama 5 minggu, so nak kena plan dari sekarang laaa..

Bagi MZ, kalau travel untuk cuti-cuti di luar negara, MZ akan bagi keutamaan untuk memastikan perancangan all-in. MZ memang akan cari promosi/deals yang dah include flight, hotels experience dan yang tak kurang penting juga, airport transfer.

Jadinya, sekarang dah tak payah pening-pening la sebab ada Traveloka Saleabration – pendek kata plan untuk cuti-cuti obersi memang jadi mudah semudah ABC!! hoorayyy – Cuma kena pastikan tabung dah penuh hahhahah...Pendek kata, in case tak sempat nak join Matta Fair September 2019 pun kiranya dah tak payah risau lah, dengan adanya Traveloka Saleabration ni…fuhhh settle satu masalah – memang masalah lah untuk kaki travel yang sejiwa dengan MZ ni kalau tak dapat grab promo yang best2 kan…

Antara destinasi dalam checklist MZ untuk percutian seisi family ialah Tokyo!! Memang jatuh cinta lah dengan bandaraya yang moden, bersih dan selamat! Why Tokyo? MZ memang gemar travel ke negara 4 musim – lebih2 lagi musim sejuk dan musim luruh yang mana tak ada kat negara kita kan.

Tarikan utama bila travel ke Tokyo – of courselah Disneyland Tokyo!! Perfect untuk seisi family gitu! Bila fantasi menjadi reality, lebih-lebih lagi cuaca yang best – kalau pergi masa musim luruh atau musim sejuk, memang sangat seronok untuk menghabiskan sehari suntuk menjelalah Disneyland yang sangat luas tu! Dan sangat banyak spot menarik untuk posing2 kan!! Gigih lah MZ mengusung DSLR untuk mengabadikan kenangan seindah family kecil MZ!



Selain Disneyland, aktiviti membeli-belah pun antara yang wajib dilakukan. Kalau nak beli cenderahati, memang kena meronda sekitar Asakusa. Memang meriah tempat ni dengan pelancong asing yang excited shopping sakan pelbagai pilihan souvenir yang cute2 gitu.


Untuk penggemar alatan elektronik, memang kena berkunjung ke Akihabara—memang rambang mata jadinya. Harga pun not bad even lepas convert yen kepada ringgit Malaysia. MZ kan ada tiga boys, so all of them memang obsess lah dengan peralatan elektronik dan pelbagai jenis gajet yang terkini. Yang penting, bawak duit siap-siap gitu – nama pun melancong kan, memang kena nikmati and shop till you drop kaedahnya hahahah


 Selain Tokyo, MZ suka juga pergi ke Australia, contohnya Sydney. Australia kan ada dua bahagian- salah satu bahagian memang mengalami cuaca 4 musim, termasuklah Sydney. Tapi musim sejuknya bermula bulan Ogos, berbeza dengan negara-negara Eropah atau Jepun, yang mana musim sejuknya bermula bulan Disember.

Kalau ke Sydney (atau pun Melbourne, Perth dan sebagainya)—aktiviti wajib ialah bergambar dengan kangaroo hahahah memang unik dan cute lah haiwan ni…hanya ada di Australia sahaja.  Di sana, nama manja/nickname kangaroo ialah Roo sahaja –senang nak sebut gitu. Kalau kat Sydney, ada banyak Roo dibiarkan lepas bebas dalam kawasan Featherdale Wildlife Park.


Selain bermain dengan Roo, boleh juga merasa pengalaman memetik epal di kebun epal—Pick Your Own Apple gitu –ada banyak ladang-ladang epal yang menawarkan pengalaman tersebut. Antaranya Bilpin Fruit Bowl. Yalah, epal kan bukannya tanaman yang ada di Malaysia, jadi memang rasa seronok bila dapat berjimba-jimba di ladang epal, menghabiskan masa terindah bersama yang tersayang.


Sydney terletak berhampiran laut, jadi banyak kawasan yang sesuai untuk diabadikan kenangan bergambar sambil menikmati pemandangan indah. Antaranya Watson’s Bay (Botany Bay National Park). Tempat ni juga popular untuk divers – penggemar aktiviti menyelam. Memang syoklah dapat lepak-lepak kat sini sambil menghirup udara segar.


Tips paling penting, kena tempah flights seawal mungkin untuk ke destinasi yang diingini. Bagi MZ, wajiblah secure promo flights dengan harga terbaik sebagai langkah pertama untuk bercuti ke luar negara. Selebihnya kena tempah hotel, airport transfer dan siapkan itinerary yang exciting dan realistik!

Jomlah kita bercuti – sambil melakar kenangan indah penuh warna-warni di kanvas kehidupan bersama yang tersayang untuk dikenang di hari depan!




 

2 comments:

  1. yes. dah kena fikir tentang percutian.
    setuju.
    tapi, now aida plan dlm malaysia je dulu.
    bajet ketat :) ha ha ha ha
    da set 2 tempat @ 2 kali jjcm family aida.
    semenanjuang malaysia je. dah buat reservation hotel dah :)
    now, dlm proses top up duit makan2 shopping2 santai2.
    tokyo is satu tempat dlm list wajib aida, MZ.

    ReplyDelete
  2. Jom bercuti akhir tahun ni!!!...

    ReplyDelete