Monday, 28 August 2017

Ada sesuatu yang sungguh mengujakan dengan Traveloka dan KL2017


Demam SEA GAMES dah melanda seluruh Malaysia (if not seluruh ASEAN) nampak gayanyanya. Rasanya majoriti rakyat Malaysia turut sama merasakan kehangatan ‘hujan emas’ sempena  SEA GAMES 2017 atau nama rasminya KL2017

MZ, hubby and kids tak terkecuali- khusyuk lah kami satu family mengadap tv lepas mahghrib. MZ memang excited lah nak tahu berapa total gold medal yang our athletes dah dapat kan. Mr hubby lagi lah beria-ia bab sukan ni, dia siap plan nak bawak our boys pergi Bukit Jalil lagi, sebab memang my other half ni peminat sukan especially bola sepak...anyway good luck, all the best untuk team Malaysia for final round bola sepak nanti..nervous pulak rasanya hahahha

MZ sendiri lebih suka tengok olahraga and some selected games like gymnastics and swimming – tapi yang tak boleh nak lupa—payah nak ‘move on’ gitu org kata – tak lain tak bukan final round lari pecut 100m …fuhh masih terasa keterujaannya time our speedy Khairul Hafiz Jantan meraih pingat emas tuuu ..dan photographer yang gigih mengejar sebab nak dapatkan besh shot hehehe, sampai jadi viral plak Mr photographer hahaha


Berbalik kepada tajuk entry, rasanya ada yang belum tahu dan ada yang dah tahu bahawa Traveloka adalah salah satu penaja i.e sponsor untuk KL2017! Not only that, the awesome part is, Traveloka being the Gold Sponsor, is the official online travel partner for KL2017. Dengan erti kata lain, Traveloka adalah rakan kongsi rasmi (partner) yang bertanggungjawab menaja dan menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan perjalanan (travel) untuk KL2017. 

Memang terbaiklah Traveloka! Memberi sokongan yang padu gitu untuk menjayakan KL2017 di mata dunia pastinya.


Tengok kat tv memang lah best, tapi kalau dapat pergi ke Bukit Jalil pun mesti lagi best kan?..Bukan selalu our country ni jadi host untuk SEA GAMES pun…

So saper-saper yang berpeluang untuk menjejakkan kaki ke ke Bukit Jalil untuk merasakan sendiri kemeriahan dan kehangatan, dengan penuh semangat kesukanan sambal menyaksikan ‘hujan emas’ mahupun apa-apa jua pingat hasil usaha para atlet kita, bolehlah singgah, lepak-lepak jap kat booth Traveloka kat Bukit Jalil. Bukan setakat singgah ajer, tapi berpeluang untuk menang macam-macam hadiah dengan jumlah keseluruhan RM200, 000!! 

Wowww!! Nampak gayanya MZ pun nak kena cari masa lah pergi ke Bukit Jalil ni, kebetulan pulak minggu ni cuti sekolah kan…MZ pantang dengar lah bab-bab hadiah ni..apatah lagi nilainya cukup lumayan tu…tuah manusia nampak di kaki, tuah kita semua, haa kenalah singgah kat booth Traveloka kat Bukit Jalil tu yer uolls!


Kalau tak berapa nak ada peluang nak pergi ke Bukit Jalil sebab faktor lokasi, kekangan masa dan apa jua sebab dan halangan yang tak dapat dielakkan, tak payah sedey-sedey okayyy, masih lagi boleh merasai kehangatan dan kemeriahan sporting events kat Bukit Jalil tu…caranya…senang jerrrr…terus jer click dan follow livestream kat page travelokakl2017.com.my

Kalau kat booth ada contest yang lumayan, haaa, online pun ada contest jugak uolls!! Tak percaya? Percayalahhhh!!!!….
Ada contest jugak tau kat link yang kat atas tu….memang konsepnya fun and rewarding gitu! Sambil-sambil tunggu favourite game kat SEA games via FB live dan YouTube live tu, bolehlah kita layan contest, just click kat tab ‘contest’ kat bahagian atas page Travelokakl2017 tu (tab contest tu ada kat belah kanan atas) ok..

Kalau dah penat join contest, sudi-sudikan jugak jenguk-jenguk macam-macam promosi Traveloka kat link ni : https://www.traveloka.com/ en-my/promotion/hello-malaysia

Dah boleh start plan dan buat bajet untuk holiday hujung tahun kan..sempena cuti sekolah nanti. Sambil click-click sambil survey-survey apa-apa yang menarik dan menjimatkan gitu. Boleh dapat diskaun untuk flight dan juga hotel. Menarik jugak rate diskaun under Traveloka ni, ada up to 15% discount tu…sounds enticing!!

MZ pun tengah pikir nak holiday kat mana ni hujung tahun ni, sambal korek-korek tabung gitu. Harap-harap tabung dah penuh lah so bolehlah bawak my kids pergi holiday - spending quality time together.


Jom sama-sama support KL2017 dan juga Traveloka!
..

1 comment:

mama tisya said...

Dpt p stadium tgk sukansea syok kn..Bole juga singgah booth traveloka, ada tgk kwn yg pi dpt voucher traveloka,best

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails