Monday, 15 May 2017

Percutian di Tengah Bandar

Rasa macam dah agak lama MZ dan family tak pergi cuti-cuti Malaysia...lagi pun cuti sekolah dah dekat ni...sebenarnya...berehat sambil bercuti di tengah bandar Kuala Lumpur pun tak kurang menariknya...

Apabila tiba sahaja musim percutian sekolah, kita yang tinggal di kawasan bandar ini pasti akan membawa keluarga kita bercuti di luar KL. Memang sudah jadi kebiasaannya sebab ya la kan cuti mestilah kena bawak ke tempat yang jauh yang kita sendiri tak pernah pergi. Tetapi berapa ramai yang tahu di Kuala Lumpur sahaja ada banyak hotel-hotel yang kita dapat menginap semalam dua. Percutian ini tak semestinya kita kena ke tempat yang jauh, pulau, tepi pantai, tempat yang sejuk, tetapi nak menginap di hotel yang selesa di tengah bandar juga merupakan pengalaman yang menarik. Pasti ramai yang menganggap hotel-hotel di KL ini sangat mahal dan risau akan membosankan tetapi saya jamin jika anda mencari amazing deals on Kuala Lumpur Hotel di website Traveloka pasti tidak akan mengecewakan anda.
Mari kita lihat di website traveloka, di sini kita dapat search hotel-hotel yang ada di Kuala Lumpur, dengan rating per sepuluh yang dibuat oleh bekas-bekas penginap. Jadi di sini kita dapat membandingkan antara hotel-hotel supaya kita tidak salah booking nanti. Dengan kemudahan yang ada, kita juga boleh check availability sesebuah hotel itu dengan meletak tarikh yang kita plan untuk pergi dan berapa lama kita nak stay, so lepas kita key in maklumat itu web traveloka ini akan listdownkan hotel-hotel yang ada dan rating mereka. Setiap hotel menawarkan pengalaman yang berbeza, dengan kesibukkan di kota pasti kita nakkan pengalaman berehat di bilik yang mewah dan selesa untuk merehatkan minda dan fizikal kita selepas penat bekerja. Di samping itu, kita dapat membawa anak kita bercuti di hotel-hotel yang mempunyai kolam renang.
Selain itu, kita dapat juga check harga yang ditawarkan di Traveloka untuk bilik-bilik hotel sekaligus kita dapat bandingkan harga-harga antara hotel-hotel mengikut kemampuan bajet kita. Mudahkan? Tidak perlu lagi kita check dengan menelefon setiap hotel yang ada atau pergi ke web-web yang berlainan, tetapi di Traveloka kita dapat check dengan mudah sekali di satu website. Dan apabila kita click satu hotel di Traveloka ini mereka juga membantu kita dengan menunjukkan nearby attractions, so dengan itu kita dapat plan apa aktiviti yang kita ingin lakukan. Sebelum ini kita risau jika redah kesesakkan lalulintas jika kita ingin ke tengah bandar tetapi dengan kemudahan ini kita dapat plan untuk tidur semalam dua di hotel dan pergi ke tempat-tempat yang diceritakan seperti central market, petaling street, bukit bintang, KLCC, dan KL Tower.
Anda juga pasti terkejut dengan bilangan hotel yang ada di KL ini. Memang ia menjadi tempat penumpuan pelancong-pelancong dari luar negara tetapi kita sebagai rakyat Malaysia, atau warga kota, pasti taknak lepaskan peluang untuk menikmati perkhidmatan yang terbaik dari hotel-hotel di tempat kita sendiri. Selain itu juga, kita boleh membuat booking di Traveloka dengan rate yang berpatutan dan juga akan mendapat tips-tips apa yang boleh dilakukan di KL. Kita juga boleh membaca reviews yang beritahu kita berkenaan kebersihan, servis, pemandangan, dan makanan yang boleh diperolehi dari setiap hotel-hotel yang ada. Dan reviews ini adalah daripada penginap-penginap yang betul-betul menginap di hotel-hotel itu, samada dari luar negara atau dari orang Malaysia sendiri.
my boys, their niece and nephew sempat melawat zoo negara pada hari minggu yang lepas...percutian hujung minggu di Kuala Lumpur kiranya!


Kita sebelum ini risau jika harga-harga hotel di KL ini luar kemampuan kita tetai dengan adanya Traveloka, ia dapat membantu kita membuat pilihan yang terbaik yang pasti akan membuatkan kita tidak menyesal. Bayangkan banyak hotel yang saya jumpai di Traveloka ini mempunyai rating yang bagus dan harga yang boleh saya katakana berbaloi dan berpatutan. Ada juga reviews yang negative yang akan membantu kita dari segi membuat pilihan atau elakkan dari menginap hotel yang dikatakan itu. Saya berani menjamin dengan Traveloka, musim percutian anda pasti tidak akan rugi, buang masa anda atau membuatkan anda menghabiskan duit di tempat yang tidak mendapat pulangan dari segi minda dan fizikal. Itu sahaja yang kita inginkan dari percuti, orang kata pemulihan diri dari stress bekerja insyaaAllah.
Dinoscovery @KLCC pun adalah salah satu tempat percutiaon di tengah bandar Kuala Lumpur yang sangat sesuai untuk seisi keluarga

2 comments:

  1. sejak jumpa traveloka mmg slalu survey2 otel thru traveloka..skarang pn mcm dh mls nk p jauh2..dlm kl pn syok gk cuti2 janji ada pool utk anakdara sorg tu

    ReplyDelete