Friday, 22 May 2015

Kebenaran akhirnya terbongkar!! Ada apa dengan Telur Goreng Planta??

Entry ni adalah kesinambungan entry panasss pasal telur goreng…ari tu MZ ada tulis mengenai seorang jutawan telah menawarkan RM1 juta untuk membeli hak cipta resipi telur goreng yang dikhabarkan telah memberi kejutan besar kepada kaum ibu…errr jangan tak tahu yer…MZ sempat jugak join ‘public protest’ tu!!

Anyway, kebenaran dan rahsia tentang apa sebenarnya yang berlaku akhirnya terbongkar jua!!

Ada acara istimewa yang telah berlangsung di pusat membeli-belah 1 Utama pada hari Jumaat yang lepas (ie 15 Mei 2015).

Dalam acara tersebut, telah disiarkan video mengenai jutawan yang telah mencetuskan ‘controversy’ tu... fuhh..!!! resipi yang telah menambat hati jutawan tersebut adalah sebenarnya resipi telur goreng Planta!!

Haa??? PLANTA?? MZ yakin lagi pasti… 99.9 % rakyat Malaysia tahu kewujudan Planta…even some of us use it as generic term..apa2 marjerin pun we just call it as PLANTA!! Betapa dekatnya Planta kat hati rakyat Malaysia, lebih2 lagi ibu2 dan juga anak2!



Event Planta telah berlangsung dengan meriah dan ‘sweet’ gitu…emcee nya pun agak kelakar – Naz , dan dihadiri oleh beberapa celebrity, antaranya Irma Hasmie dan Sharifah Sofia.





So ada apa dengan event tu yer??

Selepas video pasal jutawan itu disiarkan, Encik Joel Lim, Pengurus Jenama, Kategori Makanan, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd. tampil memberi penjelasan. Of course Encik Joel kata mereka takkan membenarkan perkara ini berlaku! Jutawan tu takkan dapat memiliki hak cipta rahsia telur goreng… Syabas Planta! Antara intipati lain ucapan yg disampaikan oleh Encik Joel, MZ masih ingat (macam terngiang-ngiang gitu hahaha) Planta bukan sahaja mempunyai rasa yang tersendiri, ia juga memberi tekstur garing beserta aroma yang menyelerakan. Warna kuning telurnya juga boleh buat kita nampak lapaarrr tu… Hasilnya – telur goreng yang dimasak tampil sempurna, tanpa kesan minyak yang berlebihan dan penuh dengan kelazatan. Terima kasih Encik Joel. Ibu2 dapat teruskan masak telur goreng bersama Planta. Nyumm… nyumm…

Mungkin kita pandang mudah resipi telur goreng ni, tapi sebenarnya kita membesar dengan telur goreng, kan? Tambah2 lagi #telurgorengplanta! Anak2 MZ pun membesar makan telur goreng Planta tau! Bau dia je, pergghhh…. Boleh terliur… tambah pulak dengan rasanya, teksturnya yang garing, memang la budak2 ni suka.

Then, ada demo masakan kat atas pentas ie menggoreng telur menggunakan Planta oleh Chef Zaidah, yang mana turut disertai oleh Sharifah Sofia. Chef sempat share some tips utk memastikan #telurgorengplanta tu bila dimasak akan jadi cantik di mata dan sedap rasanya bila dinikmati bersama apa jua menu citarasa semua.



MZ selalu masak nasi goreng dengan Planta, lepas ni bila tambah telur goreng Planta sekali dengan nasi goreng Planta tu~ fuiii… rasanya boleh makan ni je tiap2 hari. Anak-anak pun tak kisah sebab sedap sangat katanya… Senang hati MZ macam ni. Terima kasih Planta sebab memudahkan ibu2 macam MZ dalam memasak pelbagai resipi menggunakan Planta!




Highlight of the event ialah bila orang awam telah diberi peluang untuk menyertai Perang “Resipi Telur Goreng”. Orang awam dan pihak media diberi peluang merasa dan meneka perbezaan telur yang digoreng dengan Planta dan telur yang digoreng menggunakan minyak masak melalui ujian rasa itu. Selepas itu, mereka diberi peluang untuk mengundi resipi pilihan mereka. The best part- MZ pun turut serta dalam acara merasa dan meneka dan mengundi telur goreng mana yang lebih sedap!!  Telur goreng menang adalah telur goreng yang enak, garing lagi beraroma…digoreng dengan PLANTA lah pastinya!!


Kalau nak tengok perfect telur goreng Planta macam gambar di bawah ni lah!



Untuk maklumat lanjut tentang Planta atau resipi telur goreng Planta, sila layari laman sosial Facebook Planta di www.facebook.com/PlantaMalaysia atau saluran Youtube Planta di www.youtube.com/resepiplanta.Marjerin Planta kini boleh didapati di semua pasar raya di seluruh negara dengan harga runcit sebanyak RM4.90 untuk 240gm dan RM8.40 untuk 480gm. Semua harga yang dipaparkan adalah termasuk GST.


Last but not least, MZ really enjoy attending the event..dpt goodies, dapat tips dan info pasal menyediakan juadah yg simple tapi nutritious—of course none other than TELUR GORENG PLANTA!! Hanya dengan satu sudu Planta, keenakan telur goreng boleh diubah dengan serta-merta apabila dimasak dengan marjerin Planta yang harum aromanya.  #telurgorengplanta
So now MZ dah tahu resepi telur goreng yang garing enak beraroma, jadi ptg ni plan nak masak telur goreng Planta for my kids makan nanti – oh yess perfecto!! ...nanti MZ share details dlm next entry…

Have a nice day everyone!!!                                                                

...

4 comments:

AyuArjuna BiGoshh said...

nyummeh

Unknown said...

Macam sedap...tapi tak nak cuba lah..seram dengan kolestrolnya...hihihi




Jom kawal kolestrol dengan PHYTOCOL ST!

http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/phytocol-st-cara-mudah-sekat-kolestrol.html

Fai Nardir said...

fai hari tu tengok kat TV je MZ.. lepas tu terusss je goreng telur dgn planta. memang sedapppp.. baunya wangi sangattt...

εïзmmyHazaεïз said...

Alamak start terliur dah. Dinner karang nak kena buat =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails