sedih, marah, sayu....betapa kejam dan zalimnya manusia..segala2nya kerana duit :( tembakan dari jarak dekat menggunakan pump gun....murahnya nyawa manusia di zaman yg serba canggih ni kan :(....
rasa sayu dan terkesan di hati me bila baca berita ni ..wpun tak kenal arwah, tapi rasa tersentuh sbb kebetulan umur arwah sama dgn umur me..meninggalkan dua anak yg masih kecil dan me pun pernah keje bank (my 1st job)...
ni me copy paste dari BH online
Subang Jaya: Seorang pegawai operasi sebuah bank di sini, maut ditembak dalam satu kejadian rompakan oleh pegawal keselamatan bank itu sendiri di Jalan USJ Sentral 2, petang tadi.
Dalam kejadian 6.18 petang itu, mangsa, Norazita Abu Talib, 37, yang sudah berkhidmat 16 tahun dengan bank berkenaan maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala akibat ditembak dengan senjata jenis pump gun oleh suspek.
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, apabila peti pintu kebal itu dibuka, suspek kemudian melepaskan tembakan yang mengenai muka mangsa yang kemudiaannya meninggal dunia di tempat kejadian.
Suspek yang berjaya mengambil sejumlah wang itu telah melarikan diri dengan sebuah motosikal.
note : salam takziah utk arwah Norazita...moga ditempatkan di kalangan hamba2Nya yg beriman dan terpilih...amiin
takziah untk keluarga arwah...ermm sy pernah praktikal dekat bank, mmg kalau kerja melibatkan duit hati kena kebal, iman kena kuat....ermmm rasa mcm dah bukan malaysia sekarang nie, kes2 mcm nie makin menjadi2....
ReplyDeletetakziah kepada keluarga Arwah. mohon juga siapa yang share gambar Arwah kat internet tu, harap2 tarik balik.. :(
ReplyDeleteMemang sangat kejam. Tak sanggup nak tgk gambar arwah ditembak tu. Al-fatihah.
ReplyDeletesalam... memang sgt2 kejam. dia tak payah tembak pun sebenarnya.. cukup dengan acu senapang tu dan dia boleh larikan duit. sekarang ni bukan saje merompak, dia juga disabit membunuh... Al-fatihah utk mangsa... (sangat kesian dan harap keluarga tabah)
ReplyDeleteinnalillah.. takziah buat keluarga mangsa..
ReplyDelete