Wednesday, 28 August 2013

Saya pernah mengalaminya

my lil ariff memang kategori nangis golek2 meraung2 sbb nak beli mainan yg dia suka cthnya thomas & frens (yg harga paling murah pun RM50+) biasanya..
kdg2 me beli kdg2 me pujuk and cuba alih perhatian and most of the times me elakkan pegi bahagian toys..

then terbaca kat FB..

TIPS PARENTING PRIHATIN 1 : MENANGANI ANAK MERAUNG DAN BERGOLEK TENGAH-TENGAH PASAR NAK PAKSA KITA BELI MAINAN.
Anda ada masalah dengan anak yang minta mainan koleksi terbaru Ben 10, Dora, Thomas & Friends, Upin Ipin kemudian anda tidak membelikannya lalu mereka terus meraung seperti terkena sawan, memprotes dan bergolek di atas lantai kedai ATAU lebih teruk lagi di tengah-tengah pasar malam?

Anda ketika itu mesti menyirap darah rasa nak tempeleng sahaja anak tu. Lagi-lagi seluruh manusia di situ semua diam dan memerhatikan anda. Pasti malu kan?

LALU anda mengalah dengan kehendak itu dan membelikannya walaupun selepas beli itu terus poket anda rabak tak dapat nak beli barang dapur. TAK APALAH....SAYANG ANAK. Kesian mereka...

Jika itu berlaku, itu bermakna anda sedang digembala oleh anak anda. Jika tak percaya, anda pergi lagi pasar dan lalu lagi tempat mainan dan jika ada yang anak anda berkenan, pasti MODUS OPERANDI yang sama akan digunakan lagi.

Dari kajian yang kami laksanakan terhadap anak-anak kami yang bukan residen (anak-anak pengasas bersama) ternyata pada kali pertama mereka menggunakan senjata "bergolek & meraung" itu tidak kita layan...sampai besar senjata itu tidak digunakan lagi. Paling banyak 3 kali mereka lakukan, kita tak layankannya nanti mereka tak ulang lagi. Memang tahan malu sikit lah. Tak mengapa malu sekali daripada tiap-tiap kali nak mainan kita pula yang kena malu secara "istiqamah" lagi.

Jangan salahkan kemahuan anak, kita yang bertanggungjawab memimpin mereka bukan dipimpin oleh kemahuan mereka. Mereka hidup masih atas dasar cukup makan, cukup main dah gembira. Kita ada misi besar untuk membentuk akhlak mereka.

Kudap-kudap
WARGA PRIHATIN

and rasanya semua budak2 kecik bkn tahu pun nilai/harga toys tu mahal ker murah...main dua tiga hari dh bosan or yg lasak, terus rosak...
anyway, parents yg mencorakkan anak masing2 kan...

5 comments:

Chekgu Azrine said...

so far belum lagi ada anak yg suka camtuh..seba mmg umminya hati kering..xlayan..hahaha

Myvitrd said...

setuju pendapat penulis tu.. anak pun kekadang minta juga mainan kalau gi pasaraya.. buat masa sekarang belum lagi guling2.. hope kalau guling kita gunakan tips yang penulis bagi tu.. :-)

AyuArjuna BiGoshh said...

anak2 I, amani ada sikit perangai mcm ni..yg lain ok leh kawtin lagi

transformed housewife said...

alhamdulillah anak2 sy tak de mcm tu sbb selalu diaorg faham mama & papa diaorg ni tak mampu sgt.

Nur-nba said...

Bagus entri ni... Kadang2 dek kerana sayangkan anak, parents akan turutkan kemahuan anak.. Anak2 akan jadi kurang menghargai benda atau brg dibelikan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails