Friday, 28 June 2013

Ngeri | jiran MZ mati kena tembak :(

MZ terbaca kat forum cari news..rupa2nya jiran MZ mati kena tembak...tak de bunyi tembakan tapi tiba2 jer rebah berdarah...kemungkinan besar sniper guna silencer....umah jiran me ni dekat jer dgn umah MZ ni..adoyai scarynya...Msia sgt tak selamat sekarang :(...


Gombak: Seorang lelaki mati selepas ditembak di kepala sebelum dia rebah atas riba isterinya di depan rumah mereka di Taman Bukit Permata, Taman Sri Gombak, di sini, semalam.
  Kejadian berlaku jam 7 pagi itu, pengarah kanan operasi sebuah syarikat swasta berusia 46 tahun itu baru keluar rumah untuk menghantar anaknya ke sekolah.

  Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu jam 12 tengah hari selepas mangsa dibawa menerima rawatan di Hospital Selayang, di sini.



  “Mangsa ketika itu bersama anak dan isteri berada di luar rumah untuk ke tempat kerja. Dia tiba-tiba rebah ketika membuka but kereta untuk meletakkan barang.

  “Isteri mangsa sempat memegang lelaki itu dan terkejut melihat kepala suaminya berdarah,” katanya.

  Abdul Rahim berkata, wanita terbabit menjerit meminta bantuan jirannya yang segera menghantar mangsa ke Hospital Selayang, di sini, sebelum mangsa disahkan meninggal dunia jam 8.30 malam tadi.


   “Kami masih menunggu laporan perubatan kerana rawatan awal menemui kepingan logam belakang kepala mangsa namun belum boleh disahkan sama ada cebisan peluru atau tidak.

  “Pemeriksaan lanjut di tempat kejadian tidak menemui senjata dan tiada saksi awam yang melihat kejadian itu. Isteri dan anak mangsa juga mendakwa tidak mendengar bunyi tembakan,” katanya.


  Rahim berkata, siasatan lanjut, mangsa tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan usaha mengesan suspek giat dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian.

6 comments:

  1. ya Allah.. macam2 sekarang ni,, takziah untuk keluarga Arwah,

    ReplyDelete
  2. ya Allah , bile ni Suzzz? scary nyer n this is sangatt scary

    ReplyDelete
  3. Yallah takutnya

    ReplyDelete
  4. scary.. my SIL tinggal sana gak Taman Bukit Permata

    ReplyDelete
  5. Melayu ke sis?
    Take care tau!

    ReplyDelete