Sunday, 30 June 2013

One nite stay

last nite kami tido kat sini...kira weekend escapade gitu :)


ari ni me ngajar kat UKM..final lecture utk sem ni....lps ni merdeka yayyy tak pyh keje on weekend dh :)
 

Saturday, 29 June 2013

Friday, 28 June 2013

Today is THE DAY

moga2 MZ dpt buat yg terbaik...amiin



Ngeri | jiran MZ mati kena tembak :(

MZ terbaca kat forum cari news..rupa2nya jiran MZ mati kena tembak...tak de bunyi tembakan tapi tiba2 jer rebah berdarah...kemungkinan besar sniper guna silencer....umah jiran me ni dekat jer dgn umah MZ ni..adoyai scarynya...Msia sgt tak selamat sekarang :(...


Gombak: Seorang lelaki mati selepas ditembak di kepala sebelum dia rebah atas riba isterinya di depan rumah mereka di Taman Bukit Permata, Taman Sri Gombak, di sini, semalam.
  Kejadian berlaku jam 7 pagi itu, pengarah kanan operasi sebuah syarikat swasta berusia 46 tahun itu baru keluar rumah untuk menghantar anaknya ke sekolah.

  Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu jam 12 tengah hari selepas mangsa dibawa menerima rawatan di Hospital Selayang, di sini.



  “Mangsa ketika itu bersama anak dan isteri berada di luar rumah untuk ke tempat kerja. Dia tiba-tiba rebah ketika membuka but kereta untuk meletakkan barang.

  “Isteri mangsa sempat memegang lelaki itu dan terkejut melihat kepala suaminya berdarah,” katanya.

  Abdul Rahim berkata, wanita terbabit menjerit meminta bantuan jirannya yang segera menghantar mangsa ke Hospital Selayang, di sini, sebelum mangsa disahkan meninggal dunia jam 8.30 malam tadi.


   “Kami masih menunggu laporan perubatan kerana rawatan awal menemui kepingan logam belakang kepala mangsa namun belum boleh disahkan sama ada cebisan peluru atau tidak.

  “Pemeriksaan lanjut di tempat kejadian tidak menemui senjata dan tiada saksi awam yang melihat kejadian itu. Isteri dan anak mangsa juga mendakwa tidak mendengar bunyi tembakan,” katanya.


  Rahim berkata, siasatan lanjut, mangsa tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan usaha mengesan suspek giat dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian.

Thursday, 27 June 2013

Saiz XXL

oppss bukan saiz baju MZ yer..so far lom sampai lagi tahap nak kena pakai baju saiz XXL

apa yg XXL nya tu?

ni diaaa..




hotdog size XXL!!! ariff memang suka sosej/hotdog...

ni time kami pegi cuti2 genting last weekend...lom sempat buat full entry..

cer teka berapa harga hotdog size XXL ni?



Oh my COACH

gigih me drive utk pegi collect conso prize yg me menang dari contest Great Shape With Style Kellog's K Bar

me guna GPS, syukur jumpa tempatnya...



my 1st Coach Wristlet...ori...value RM300





 kecik jer sizenya ni...nice utk coins and muat2 my S3

syukur alhamdulillah

Wednesday, 26 June 2013

Sydney City Sight-Seeing Part #3 | Ada apa dengan Darling Harbour


masih lagi edisi cuti2 Sydney...ni sambungan citer hari ketiga kat Sydney...dari Manly Beach kami naik coach/tour bus utk ke Darling Harbour...memang tak sah cuti2 Sydney kalau tak pegi ke Darling Harbour sbb tu tempat tarikan utama pelancong

ni click2 dari dlm bas...memang pemandangan biasa kalau dtg Sydney...bot2 yg sgt byk...

ok, kami dh sampai ke destinasi
 my zharfan yg bam-bam

mr hubby suruh snap pic water taxi ni sbb unik katanya..

the only pic kami ber4..ni pun mintak tlg org snap...me bwk tripod tp mls nak bukak

ada bendera aussie tu

konon2 pic romantik tp mcm tak jd jer :p

ni kat dpn entrance/tempat beli tiket wildlife @Darling Harbour--wildlife ni indoor zoo...kami dh pegi outdoor punya yg kat featherdale masa hari kedua kat sydney

tak kenal pun saper lelaki tu :p patung lelaki lilin ok


kami nak check harga ticket...agak pricey kalau utk kami ber4 esp kalau convert RM :p

click2 sambil jln kaki sekitar Dar;ing Harbour

semua under one building/one roof ie Wildlife, Madame Tussaud and Sealife

yayy kami nampak train..time ni kaki mcm dh lenguh :p so kami naik train ronda Draling Harbour yg agak luas kalau nak menapa...tiket train murah jer...5Aud dewasa, 4 aud kids...total 18 Aud



train ni ada driver tau...memang utk tourists

MZ ker anak2 yg terlebey happy tu :p

so now click2 dari dlm train plak ;)


menarik gak patung2 burung2 tu

mcm2 kaler water taxi ni

ada playground gak--cuaca cerah tapi sejuk nyaman ala2 Cameron Highlands...time angin bertiup memang sejuk lah


ada seagull tgh mandi manda

Hard Rock Cafe

nak snap signage merah tu

ramai tourists or even local people yg bersantai ie lepak kat Darling Harbour ni..menikmati pemandangan dan cuaca yg cerah/good weather

Novotel & Ibis Hotel @Darling Harbour

nak beli kombo tiket mcm rugi sbb wildlife kami dh masuk pun yg real punya semlm..wildlife kat Darling Harbour ni semuanya tgk dari dlm cermin ajer..tak besh :p
me tak minat madame tussaud and sealife me dh biasa masuk masa kat Birmingham...

faktor kedua...tour agent bagi masa 2 jam jer utk kami berada di sini...kena rushing2 la kalau kami beli tiket family kombo 295 AUD ok..kalau convert jd RM900..tu kami pikir byk kali gak kalau nak masuk tiga2 tempat ni..tiket single mcm sgt mahal...ie 38 Aud x 4 pax jd dekat 132 aud ie lebih kurang RM400 kalau nak masuk salah satu dari tiga tempat tu..
so end up kami tak masuk pun tiga2 tempat tu..so kami shopping souvenir dgn jayanya heheheh kira bajet beli tiket kami shopping2 ok..me beli soft toys koala comel, beli frame gmbr, beli FM lagi and lagi..beli t-shirt for my nieces and nephews etc etc

tu harga tiket..

ada display koala sekor kat luar ie kat tempat beli tiket...ni signagenya

nampak tak koala tu...tgh tido...bosan dia tgk ramai org :p  nasib baik me dh posing2 dgn koala masa kat featherdale wildlife park

mineral water yg agak mahal...harga 3 aud --sila jgn convert yer...kalau convert jd RM15 sebotol...weolls beli gaklah sbb memang haus

tong sampah yg unik ie design opera house

ok, kami turun train, jalan kaki nak pegi naik bas semula

bye2 Wildlife, Madame Tussaud, Sealife

mestilah posing ;)

so our next destination....next entry..