Hari ini saya ingin membuat coretan yang sedikit berbeza. Lately saya ada mengikuti drama berkaitan kerja2 seorang doktor. Saya terfikir betapa gembiranya dan terharu orang yang sedang sakit dan menunggu penderma organ. tanpa disangka2 ada yang sudi mendermanya.memang terdetik di hati me..rasa mcm nak join and buat ikrar as penderma organ...
Bagi saya antara sedekah yang bermanfaat ialah kesudian menderma organ. Setiap hari ada yang mati disebabkan pelbagai sebab dan organnya masih berfungsi dengan baik tapi sayangnya ia tidak dimanfaatkan dengan baik untuk kegunaan orang yang memerlukan.
Saya sedar ramai yang memberikan alasan agama. Tapi saya adalah seorang ustazah yang belajar Usul Fiqh tapi saya ialah PENGIKRAR DERMA ORGAN. Saya telah mendatanganinya semenjak 2008/2009. Sebenarnya sebelum tu lagi saya sudah berniat tapi tidak berkesempatan.
Apa kata sebagai seorang Islam yang prihatin, Marilah kita sama-sama berikrar untuk menderma organ.Mungkin itulah sebahagian sedekah jariah yang kita blh tinggalkan di dunia.
masa me study kat UIA, memang me belajar psl hukum derma organ ni..hukumnya harus dlm islam...so memang tak de halangan dari sisi agama...cuma budaya kat msia...mcm jrg jer org buat derma organ kan (ie derma bila kita meninggallah)
pic from google
emm..nanti bila ada masa, me nak try google psl prosedur utk join ikrar tu...
1 comment:
salam kenal..
pertama kali baca entry mcm ni..tersangatlah bagus entry ni..menjadikan kita insaf...
jom kita berkawan :-)
http://www.jutawanshaklee.com/
Post a Comment