me baca artikel kat bwh ni dgn perasaan "waaaa memang betul lah...cara invest yg bijak gitu!!ehhh wujud yer cara ar-rahnu gitu" tak pernah terpikir pun sblm ni...yelah..even kalau me ada RM100k pun..me hanya akan simpan dlm tabung haji ajer kot or invest kat FD yg islamic system :p
anyway, faktanya..me tak de pun duit RM100k tu so buat masa ni tak dpt nak ikut cara2 yg ditulis dlm artikel kat bwh ni :p..and siyes, tak tau pun psl kita boleh beli emas dan cagar then dpt duit then byr instalment cagaran tu bulanan--tapi lps baca artikel tu, apa yg me paham, sistem cagar kat ar-rahnu tu mcm loan, cuma bezanya ada emas ie akan dpt balik emas tu bila kita dh abis byr balik duit cagaran yg kita amik tu...then bila kita dh abis byr instalment/loan, dpt amik balik emas tu, nilai dh meningkat dgn jayanya!!
Rahsia pelaburan emas :note : ptg semlm me kalah teruk--kalah contest yg baru kuar result ptg semlm :( siyes sgt sedey :( ada kwn comper menang dua hadiah dlm contest tu (hadiah utama dan conso) and kwn2 comper yg lain sangkut hadiah conso...me...kosong sekosongnya -- not even conso ...so kena memujuk hati sendiri setiap kali tewas setewas-tewasnya...Insya Allah rezeki me ada kat contest yg lain..amiin
Beli Sesuatu Yang Mahal, Tapi Bayar Dengan Harga Murah atau percuma dan untung
Ramai yang tidak sedar kita boleh membeli sesuatu yang mahal dengan harga murah atau dapat percuma dengan cara memanipulasikan emas.
Sebenarnya kita mengetahui bahawa wang kertas yang ada pada kita sebenarnya tiada nilai, tetapi ianya jadi bernilai apabila disandarkan kepada rizab simpanan emas di bank dunia. Tetapi, apabila wang kertas yang dicetak melebihi nilai rizab simpanan emas, maka lebihan cetakan itu yang dipanggil “Fiat Money”. Ianya hanyalah sehelai kertas yang dicetak dengan nilai muka diatasnya, tanpa ada emas yang menjadi sandarannya ianya bernama dinar seperti wang dinar iraq.
Oleh itu, kita juga dapat menambah nilai wang kita dengan menggunakan teknik yang sama seperti bank dunia diatas iaitu dengan menyandarkan pada emas. Maksubnya kita membeli emas, mengadaikan emas tersebut dan membeli barangan yang kita inginkan.
Caranya?
Beli emas, cagarkan di Ar-Rahnu, kemudian tunai yang anda dapat hasil cagaran itu tadi baru boleh anda belanjakan. Itulah teknik kita untuk menambah nilai kepada wang fiat yang tiada nilai tadi. Maka saya sangat tidak setuju jika ada sesetengah individu yang mengatakan bahawa memajakkan emas adalah merugikan!! Sedangkan ianya adalah sandaran kepada wang tunai anda.
Contoh :
Saya mempunyai tunai sebanyak RM100,000 dan ingin membuat pinjaman bank untuk membeli sebuah motosikal baru yang berharga RM 70,000
Cuba kita renungkan
Jika saya membuat pinjaman tidak sihat untuk membeli sesuatu yang susut nilai bahkan akan menjadi liabiliti disebabkan kos-kos sampingan termasuk maitanance, ianya adalah satu tindakan yang kurang bijak, sedangkan saya mempunyai tunai yang banyak.
Tindakan bijak, saya menyandarkan belian sesuatu yang susut nilai kepada sesuatu yang meningkat nilainya, agar tidak mengalami kerugian!!
Tindakan Pertama yang boleh lakukan :
Beli Sesuatu Yang Mahal, Bayar Dengan Harga Murah
Wang RM 100,000 tersebut saya belikan emas , pajakkan dan dapat RM 70,000 tunai dan bayar kereta tersebut secara tunai.
Ambil kira kenaikan purata tahunan emas sebanyak 25%, selepas 3 tahun kenaikan nilai emasnya adalah sebanyak 75%. Bermakna nilai emasnya ketika itu telah menjadi RM 175,000.00.
Pada ketika itu, saya boleh menjual emas dan menebusnya dari Ar-Rahnu.
Perkiraan mudahnya ialah :
RM 175,000.00 (Hasil Jualan Emas) – RM 70,000.00 (Pinjaman Ar-Rahnu) = RM 105,000.00
RM 105,000.00 – RM 21,600.00 (Upah simpan 3 tahun) = RM 83,400.00 (Untung dlm)
Tengok, dalam hanya 3 tahun, saya telah mendapat semula RM 83,400.00.
RM 100,000.00 (Modal asal ) – RM 83,400.00 (Untung) = RM 16,600.00
Ini bermakna saya telah membeli sebuah motosikal yang berharga RM 70,000.00 dengan hanya membayar
RM 16,600.00 sahaja dalam masa 3 tahun, murah sahaja.
Dan upah simpan yang saya bayar hanyalah kira-kIra RM 600.00 sebulan, sedangkan jika saya membuat pinjaman bank sebanyak RM 70,000.00 untuk membeli motosikal tersebut, sudah pasti bayarannya mencecah hampir RM 1,000.00 selama 9 tahun!!
Tindakan Bijak kedua : Ini yang saya lakukan ;
Beli Sesuatu Yang Mahal, dapat percuma dan untung
Wang RM 100,000 tersebut saya belikan emas , pajakkan dan dapat RM 70,000 tunai, wang RM 70,000 itu saya beli emas dan pajak / gadaikan sekali dapat RM 49,000 tunai, beli emas lagi dan pajakkan lagi dapat RM 34,300 tunai. Wang RM 34,300 ini saya gunakan untuk membayar muka atau pendahuluan motosikal tersebut dan selebihnya saya buat pinjaman / ansuran bulanan selama 5 tahun.
Ambil kira kenaikan purata tahunan emas sebanyak 25%, selepas 5 tahun kenaikan nilai emasnya adalah sebanyak 125%. Bermakna nilai emasnya ketika itu telah menjadi RM 225,000.00 + 157,500.00 + 110,250.00 (dapatan pinjaman dari gadaian) semuanya berjumlah RM 492,750.00
Pada ketika itu, saya boleh menjual emas dan menebusnya dari Ar-Rahnu.
Perkiraan mudahnya ialah :
RM 492,750.00 (Hasil Jualan Emas) – RM 153,300.00 (Pinjaman Ar-Rahnu) – 35,700.00 ( pinjaman ansuran bulanan ) = RM 303,750.00
RM 303,750.00 – RM 55,188.00 (Upah simpan 5 tahun) – 8,925 ( loan bank 5%) = RM 239,637.00 (Untung)
Nah, dalam hanya 5 tahun, saya akan mendapat untung RM 239,637.00.
RM 100,000.00 (Modal asal ) – RM 239,637.00 (Untung) = – RM 139,637.00
Ini bermakna saya telah membeli sebuah motosikal yang berharga RM 70,000.00 dengan PERCUMA ..DAN DAPAT UNTUNG SEBANYAK RM 139,637.00.
contest ape suzi.. but understand your feeling :(.. memang sedih kalau kite harapkan tapi nama tak naik..
ReplyDeletesuzz, kat Bank rakyat ada. Ar rahnu.
ReplyDeleteMak ayu selalu buat pelaburan cam tu..gadai, jual dan tebus..
ReplyDeletedan sekarang emas2 yang ayu jarang2 pakai pun simpan kat Ar-rahnu...agak2 nak pakai utk raya nanti, tebus balik dan pakai...so far semua emas tu tak ada niat nak jual lagi...tapi bila baca artikel kat atas, ok gak kan pelaburan cam ni...
Ar rahnu ni dh lama..cma ramai xthu fungsi dia..huhu
ReplyDelete