rasanya all of us mesti biasa dok hotel kan time holiday (ada ker org tak pernah dok hotel?)
TRAGEDI 24 DIS 2012 DI HOTEL ZENITH...SETELAH APA YANG KAMI LALUI INI...PIHAK HOTEL LANGSUNG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB....Hotel Zenith, Kuantan. Tingkat 16 Bilik no 9. Tarikh 24hb Disember 2012. Versi AkuLebih kurang jam 10 pagi. Aku dah bersiap untuk pulang ke KL. Air-cond padam. Aku call receptionist, jawapnya, ada problem dengan bekalan letrik ke hotel."Biarlah, aku dah nak check out". Aku berkata dalam hati.Aku duduk di katil, main game di ipad. Isteri masih bersiap, anak2 pun turut main game. Di luar, jelas hujan turun. Lebat. Sangat lebat. Dari malam tadi tak berhenti. Sekali sekala, mata aku melirik keluar, putih.... Jelas, hujan lebat sungguh."Sila alihkan kereta tuan puan yang berada di basement ke P1 dan P2 sekarang".Aku di kejutkan dengan pengumuman. Tanpa banyak biacara, aku bingkas bangun. Dengar juga si isteri menyuruh aku bertindak segera, memang aku nak pergi segera pun....Aku dapat lif cepat. Di luar dah ada beberapa orang yang menunggu. 3 orang rasanya. Semuanya nampak kelam kabut. Semuanya nak cepat. Lif boleh dikatakan berhenti disetiap tingkat. Aku rasa masih awal, jadi perasaan aku tak gelabah sangat."Dungung banjir doh, ghama doh hok pindoh"Salah seorang dari mereka yang naik bersama aku di tingkat 16 menyapa kawannya yang naik di tingkat 10. Mungkin kawannya tu orang Dungun."Air masuk banyok doh ke?" Kawannya ajukan soalan. Dia tak hiraukan topik pindah tadi."Masuk doh.. tapi bulih alih lagi....". Dia sempat tengok aku. Aku senyum."Arap-arap dang lagi kite nih." Aku membalas dalam pelat Terengganu sambil senyum sebagai tanda kawan.Di basement:Terbuka pintu lif. Masing-masing menuju ke kereta. Nasib baik kereta aku hanya di depan pintu lif. Air pada masa itu sudah tenggelamkan separuh tayar kereta. Terkasima!!!!. Tapi sempat juga aku capai Samsung S3 untuk ambil gambar. Aku hidupkan enjin. Meluncur menuju ke tingkat atas. Sebelum naik, aku sempat tengok air masuk ke basement. Deras dan banyak. Macam air terjun. Bezanya cuma kotor.Berjaya naik hingga ke P2. Aras paling tinggi untuk parking kereta.Aku tak matikan terus enjinnya. Sambil lihat gelagat mereka yang lain alihkan kereta, aku nyalakan sebatang rokok. Sedut dalam-dalam. Lega. Beberapa kali juga aku ambil gambar. Lihat di sekeliling hotel, teruk juga. Semuanya air. Dari atas dapat lihat, air masuk ke basement, deras dan banyak!Aku matikan enjin. Terus turun tangga untuk ke lobi hotel. Di P1, aku dapat lihat kereta yang di basement dah banyak yang tenggelam. Dah terlambat. Mereka sedang tolak sebuah mercedes. Aku lipat seluar dan tolong. Mula-mula tolong tengok. Tapi tak lama lepas tu, aku tolong tolak juga. Bila dah sampai ke atas, mereka yang di bawah jerit minta tolong untuk tolak CRV. Aku pun dengan rasa rendah diri, turut membantu. Aku lihat, mereka yang di bawah, airnya di paras pinggang. Masa tu, dah ramai yang datang membantu, staff hotel pun ramai. Air masih masuk. Deras dan banyak!Sedang elok CRV tu sampai ke atas, telefon aku berdering....Lif Pekerja:Lebih kurang jam 11.45 pagi. Aku di lobi hotel."Bang, takde letrik, lif tak gerak. Camana ya? Nak kena turun pakai tangga ke? Tingkat 16 nih....". Isteriku di telefon."Iyalah, lif takde." Sambil tangan aku tekan butang lif yang dah tak menyala."Encik nak ke mana?" Sapa salah seorang pekerja hotel."Errr.... ke atas, tingkat 16, nak check out". Kataku. Isteri masih di talian."Encik boleh guna lif pekerja, dia kena ikut". Sambil dia arahkan seorang pekerja lain untuk ikut aku. Berbangsa cina, rendah sikit dari aku."Ok, boleh guna lif pekerja. Nanti abang naik". Aku matikan perbualan di telefon.Ditingkat 16, isteri dan anak-anak-anak-anak (anak aku ada empat), dah menunggu depan lif.Tanpa berlenggah, aku terus mengangkat barang-barang ke dalam lif. Isteri bimbit beg dan pimpin tangan Hazmi (7 tahun), Hanani (12 tahun) dukung Hazri (2 tahun), Haziq (10 tahun) bimbit beg."Phewww lega, ingatkan nak kena turun pakai tangga dari tingkat 16!". Isteriku menegur pekerja hotel tadi.Duuuummmmmmmmmm...!!!!!!!Lif terhenti. Semua terdiam. Terkejut."Jangan bimbang... jangan bimbang". Pekerja tadi cuba menenangkan keadaan.Belum sempat dia habis cuba menenangkan keadaan. Lif bergerak. Aku lega. Tapi lega aku tak lama.Lif bergerak terus ke basement!!!!!!!!Lif terhenti. Aku dah panik. Aku tahu di basement air dah banyak...Isteri menjerit... "Ya Allah!!!!".Air mulai masuk melalui celahan lif. Laju dan deras.Air di paras lutut.Si Hazmi dah menjerit takut. Aku dengar Haziq dah mula istigfar kuat. Azan dan mengucap.Hanani memegang erat adik nya. Aku lihat muka Hazri memandang aku ketakutan.Air di paras lutut!!!ZZZZZRRRRRRRRRRUUUUUUUUUUUMMMMMMMMMMM........... Lif bergerak lagi.Ya Allah!!!!! Makin ke bawah.Ya Allah!!!!!!!!.... Lif makin ke bawah!!!!!Allah saja yang tahu perasaan aku. Pekerja hotel tadi terdiam. Tak berkata-kata lagi.Ya Allah!!!!!Air mencurah lebih banyak. Dari celahan lif. Banyak sungguh dan deras!!!!Air terus masuk ke dalam lif. Aku hanya ingat mati.Air masuk deras!!!Ya Allah!!!!Depan aku Hanani, dia masih terdiam. Mukanya putih, pucat. Hazri yang didukung terus palingkan muka. Memeluk Hanani kuat-kuat. Kuat sungguh. Tapi diam. Tak menangis. Hanani peluk adiknya kuat-kuat.Air terus masuk deras..Hazmi yang menangis."Ami takut... Ami takut...". Sambil menangis. Aku tarik tangan Hazmi. Angkat dan dukung."Ami dengan Ayah"...Ya Allah!!!!Air masih masuk. Deras. Kotor.Haziq masih azan dan istigfar. Kali ini lebih kuat."Ya Allah, selamatkan kami Ya Allah".Jelas, itu sahaja perkataan dari mulut Haziq. Tak henti-henti dia berdoa. Doanya, istighfarnya kepadaNya malah makin kuat. Di tangannya mengangkat beg supaya tak basah."Letak semua beg, letak semua beg!!!" Aku cuba tenangkan keadaan.Isteri campak beg pakaian. Tarik Haziq. Pegangnya kuat-kuat. Isteri terus berdoa."Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah......"Air dah sampai paras atas pinggang aku, hamoir ke dada!!!!!Di paras tengkuk Haziq.Hanani tinggi sikit dari ibunya. Air sudah sampai ke paras dadanya. Tapi dia tak bercakap, hanya mulutnya kumat-kamit. Berdoa.Ya Allah, ini kah ajal aku?Aku memandang ke atas, aku terfikir untuk pecahkan bahagian atas lif. Sekurang-kurangnya kami boleh keluar dari paras air yang masuk.Air kotor terus masuk deras dari celahan lif.Deras!!!!!!!!!!Tetapi, tiba-tiba, Alhamdulillah.... Ya Allah!!!!!!!!Mungkin berkat doa isteriku, anak-anak-anak-anak ku...walaupun air masih mengalir masuk, deras!!!Llif bergerak ke atas!!!!!!Syukur Ya Allah... syukur..Tingkat 23Lif bergerak terus ke tingkat 23! Air sudah keluar dari lif.Alhamdulillah!!!!Timbul pula masalah baru. Aku dapat rasakan, tiada siapa yang tahu kami terperangkap dalam lif!!!Semua alat hubungan dalam lif tak berfungsi. Loceng tak berbunyi. CCTV tak berfungsi. Interkom tak berjawap.Aku keluarkan telefon S3 dari poket. Dah masuk air!!! Telefon pekerja hotel juga dimasuki air."Telefon ni ada". Rupanya, tanpa disedari, isteri memegang telefon nya supaya tak dimasuki air.Aku keluarkan pula telefon Nokia 90 ringgit. Sudah dimasuki air.Tapi masih berfungsi!Signal pula tak ada!Aku pecahkan bahagian atas lif. Hampa. Masih ada syiling di atas nya. Berkunci pula.Aku letakkan Hazmi. Dia akur dan diam.Haziq terus berdoa. Tangan nya menadah harapan.Hanani masih terdiam tapi masih mendukung Hazri.Isteri masih cuba cari signal telefon.Pekerja hotel cabut bateri telefon dan pasang balik. Mencuba lagi telefonnya berkali-kali. Aku turut mencari-cari signal telefon.Halakan telefon ke atas. Masa tu, aku pun kurang pasti kalau cara itu berkesan.Nokia 90 ringgit dapat signal. Telefon isteri aku juga dapat signal.Pekerja tadi bagi nombor telefon hotel. Tergagap-gagap dia bagi nombor.Isteri dan aku cuba telefon tapi nombornya salah. Isteri lihat nombor di kunci. Dan cuba dail lagi.Aku cuba dengan 999 dan 994. Tapi panggilannya putus. Signal tak kuat. Aku cuba berkali-kali."Ayah, itu nombor untuk emergency". Hanani tiba-tiba bersuara.Rupanya, dari tadi dia pandang sekeliling.Di belakang aku, ada nombor untuk di hubungi semasa kecemasan.Aku dail.Tapi putus.Aku hantar sms.KAMI TERPERANGKAP DALAM LIF. HOTEL ZENITH. TOLONG.Beberapa saat lepas itu, dia balas. Akhirnya.....OK. DI LIFT MANA?LIF PEKERJA.....TINGKAT 23..Barulah aku rasa bernafas kembali. Dan saat itu juga, isteriku dapat hubungi receptionist hotel! Akhirnya....Mereka jawap panggilan, isteriku beritahu kami di mana.Akhirnya, setelah 30 minit!!!!!!!!!!Mereka sudah tahu aku dan keluarga terperangkap dalam lif!Haziq masih teruskan doa. Muka Hanani nampak sedikit lega.Hazmi masih ketakutan. Tapi aku pasti dia juga berasa sedikit lega. Dia dengar perbualan isteri dan receptionist tadi.Hazri, aku rasa dia masih tak faham. Dia masih peluk Hanani erat.Aku? Hanya Allah yang tahu.DUM DUM DUM... Pintu lif di ketuk."Tunggu sekejap....".Alhamdulillah.Mereka dah sampai untuk menyelamatkan kami.Buka pintu lif di tingkat 23. Syukur Ya Allah. Kami masih hidup.Kami selamat. Keluar dari lif pekerja.Isteri dan anak-anak menangis gembira.Ya Allah, syukur kepada Mu Ya Allah.Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan syukur kami kepada Mu Ya Allah.Ya Allah...Pada masa kami di basement,Airnya hampir di paras dada ku,2 jengkal lagi ke paras hidung,Hanya tinggal 2 jengkal lagi untuk membawa aku ke alam barzakh....Untuk Isteriku Zulaiha, anak-anak-anak-anak ku, Hanani, Haziq, Hazmi dan Hazri, Alhamdulillah, aku masih sempat menaip untuk aku katakan,Aku sayang kamu semua!
pihak hotel memang lps tgn 100%.. moga2 kita semua sentiasa dilindungiNya
note : lain org lain pendpt, tapi slps apa yg berlaku..memang menakutkan lah utk stay kat Hotel Zenith ni kalau ada peluang pun...
isk. baca pun berdebar. surat dr zenith tu (kalau betul la), nampak mcm sombong sgt je.. huh. tp mmg dr dulu dh x bkenan kt hotel ni sbb makanan dia x sedap! '__'
ReplyDeletekat kuantan masa tu banjir besar kan....derang takde backup plan.....ngerinya....
ReplyDeletehmmm memang la kalau ikutkan dari segi logik, apa yang berlaku adalah bencana alam dan diluar kawalan kita. tetapi atas budi bicara, apa salahnya pihak hotel memberi saguhati kepada keluarga tersebut kerana apa yang berlaku hampir meragut nyawa mereka. paling tidak pun penginapan mereka tu tak payah bayar ke... kalau bagi free bilik untuk akan datang, tobat tak datang dah....
ReplyDeleteAlhamdulillah, semua selamat. Tak nmpk keyboard dh menaip ni. Huhu...
ReplyDeleteOk, put in my blacklisted hotel...
ReplyDeleteTakutnya... rasa ngeri pulak baca pengalaman diorang tu. Harap-harap semua yang menginap kat hotel lebih berwaspada. Kena bersedia dengan keadaan yang tak diduga.
ReplyDelete# Pihak hotel langsung takde rasa bersalah... pengurusan yang teruk..
# Blacklist arr hotel ni..
masa ni mmg kuantan banjir kilat...semua tenggelam tanpa amaran.air sgt laju.
ReplyDeletebetul..spt yg diceritakan oleh penulis kepada suamiku .my hubby exuum...kitaorg dh lama blacklist.
ReplyDeletetgh usha2 pasal zenith terjumpa plak cerita nih..adoii..
ReplyDelete@mizzura : citer ni dh lama berlaku..may be dah tak relevant kot :) hopefully hotel tu dh improve gitu
ReplyDelete