Episod 1 - Restoren Eksklusif Kelantan.
Seperti yang pihak kami janjikan, akan ada satu segmen baru dimana
pihak kami akan cuba review restoren makanan Kelantan yang 'high class'
dan eksklusif sesuai untuk sesetengah golongan anak Kelantan yang mahu mencuba selera di tempat yang sedikit eksklusif.
Untuk episod pertama, pihak kami akan review sebuah restoren yang
terletak di The Curve @the street. Kedai ini berhadapan dengan Papa Rich
The Curve di tingkat 1. Nama restoren ini "CHOMEY" sudah menggambarkan
selera makanan orang Kelantan yang membuatkan anda ingin bertandang lagi
kesini. Dengan moto 'the authentic Kelantanese cuisine' sudah cukup
untuk menunjukkan restoren ini menyediakan hidangan Kelantan yang lazat.
Apa yang menarik disini, ialah promosi setiap hari Selasa adalah 'Hari
Anak Kelantan' . Anda hanya menunjukkan IC anda untuk membuktikan anda
anak Kelantan, 15% diskaun akan diperoleh untuk kesemua menu makanan
disini. Ia sudah cukup menggambarkan pemilik restoren ini mempunyai jati
diri anak Kelantan yang tinggi.
Jika anda impikan semangkuk
Pengat Durian, Lompat Tikam, Nasi Kerabu Ayam Percik,dengan Solok Lada,
Bawang Jeruk ataupun makanan eksotik Kelantan, Nasi Tumpang di
tengah-tengah Kota Raya Kuala Lumpur bolehlah bertandang kesini.
Alamat.
Lot 158, First Floor,
The Street @ The Curve, Mutiara Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor.
4 comments:
rindu lalu sero nok balik umoh mek(nenek) kito..huhu..nok makey nasi kerabu ikey rebus goreng..sedap2..
mcm sedap je
hargo ghano? ok dok? mace bulih gi try teh kalu hargo ok.
ni mesti ala ala Kelantan Delight ni :-)
Post a Comment