Minta susu dapat sirap
BUKTI...Noor Hamidahwati menunjukkan gambar tiga anaknya yang dijaga rumah kebajikan di Kuantan.
PENYAKIT...tangan kanan Nur Fatin berkudis.
“Saya lebih rela beri anak makan nasi berlauk kicap setiap hari daripada melihat mereka membesar dalam keadaan serba kekurangan di rumah perlindungan JKM.”
Itu rayuan seorang ibu tunggal, Noor Hamidahwati Abdul Hamid, 31 yang mendakwa tiga anaknya tidak dijaga dengan baik sejak ditempatkan di sebuah rumah perlindungan kanak-kanak kelolaan JKM di Kuantan, Pahang, setahun lalu.
Tiga anaknya yang mendapatkan perlindungan di situ ialah anak kedua, Muhammad Imran Hakim Abdullah, 9, Nur Fatin Nadiah, 7, dan Nur Hamzah Nadiah, 5, manakala anak sulungnya, Nur Aini Nadirah Abdullah, 11, tinggal bersamanya.
Noor Hamidahwati yang lebih mesra dengan panggilan Hamidah berkata, ketika mengunjungi tiga anaknya itu di rumah perlindungan berkenaan 10 Mac lalu, dia terkejut dan sedih apabila keadaan fizikal mereka berubah berbanding sebelumnya.
full story dlm metro offline...
:( :( sedeyyy...kesian anak2 tu kan..welfare home memang tak sediakan mknn yg proper ker??, at least susu tepung utk kids, tak kisahlah susu tak de brand pun, bukannya air sirap...
8 comments:
:(
kasihan sungguh...
aih..
eh ye ke macam tu?siannye...
alahai..sampainya hati dorang buat macam tu..
dugaan buat mereka..moga ibunya dpt balik anak2..kesian
tak kira mcm mana susah pun yang paling baik ialah dijaga ibu sendiri
i bc semalam dalam metro, melelh air mata...kesian kan ... :(
tak payah dgn kisah@ sedih gini
kadang tgk/nmpak anak2 kecik tak terurus pun dah sedih
kita yang mak-mak ni mmg super sensitif.. rasa nak je tlg
tp nanti takut dikata menyibuk
Post a Comment