Saturday, 31 March 2012

Pengiraan pemindahan gaji Skim Gaji Baru SSM 2012

td me singgah kat SINI baca entry psl latest update skim gaji ssm...Alhamdulillah pekeliling dh kuar

then terus laju jer tangan click link INI


ada wesbite khas utk kira gaji baru rupanya :)

selamat mengira gaji baru anda --utk civil servants :)


Dari saat pertama dia menjadi HALAL untuk saya

teringin nak tgk citer "The Vow"...tapi kalau nak tgk, nak kena bwk my kids...mcm tak sesuai plak citer genre romance ni...versi malay movie citer aku terima nikahnya lakonan Nora Danish --tapi rasanya yg versi melayu, suami hilang ingatan, yg the vow ni, isteri yg hilang ingatan..tentang sekuat mana cinta bila psgn hilang ingatan gitu...


note : ari sabtu memang mr hubby keje half day, tunggu dia balik keje baru kuar pegi jln2 --lom ada specific plan pun ;)

Friday, 30 March 2012

You Jump I Jump | won conso from Total Image contest

ptg semlm Total Image called me..ckp me one of 5 conso winners..
nak kena amik hadiah kat GSC MV ari isnin next week (mlm)...kalau tak amik dia akan forfeit..of courselah me ckp akan dtg amik heheh

hadiah conso tu..movie merchandize, tix 3D and hamper total image RM200...not bad lah, so beria2 me ajak mr hubby temankan pegi GSC MV isnin nanti


contest ni pelik gaklah...sbb SUPER LAJU pilih winners....contest ni due 1 april..tapi semlm ie 29 mac me dh dp call psl me menang...me post entry(via ordinary mail posmalaysiu) pada 19 mac..kiranya lps 10 hari terus menang gitu..tapi menang conso ajerlah :) punyalah berangan nak menang GP ngeh ngeh ngeh

contest ni lucky draw based..POP beli brg Total Image minimum RM50...me beli sebotol detox...baru nak try ...sbb lately me sgt cepat penat lesu tak bermaya gitu..

note : Alhamdulillah...


Set periuk La Gourmet won from Jacobs Contest | conso prize which is awesome

semlm me dh selamat collect--kat Kelana Square..
total value set2 ni RM500...





ni dh dikuarkan dari boxes



periuk ni sgt high quality..cun, tebal, stainless steel, and comes with 10-year guarantee!!
me jrgggg beli periuk mahal2 ni..rezeki dari contest berbaloi2..alhamdulillah

note : ila saleh (mama amana) menang ipad tu dari contest jacobs week 2--congrats!!...jom ramai2 join..conso pun sgt besh, hadiah2 utama mcm osim & ipad of course super besh!!

Wake Up Malaysia!


sambil tunggu traffic light turns green..ternampak ads kat belakang bas...sempat lg amik digicam and snap hehheh zharfan tanya mama amik gmbr apa tu ngeh ngeh ngeh

anyway, i memang jenis bgn awal--even weekend pun...weekday biasanya i bangun 5.30 pg sbb nak kena iron bj etc etc

uolls bgn pukul berapa everyday?
happy friday uollss!




Thursday, 29 March 2012

Sweet winning | 2d1n @Concorde Hotel


1st time menang dari magz Rapi (under Karangkraf--contest slogan based),
and actually ni 2nd time thn ni menang free holiday (yg 1st tu holiday to Phuket convert to Kuching won from Ambi Pur Contest)


me check rate kat website, harga dlm RM218 per nite (not inclusive of tax)..

it's gonna me 3rd time me stay kat Concorde Shah Alam..1st time last few years (menang contest gak), then 2nd time, me guna duit sendiri--masa thn 2008 lps balik dari UK (ie honeymoon lps dok asing2 dgn hubby selama 6 bln)
so now really looking forward to stay here again..for special day :)
so far memang puas ati stay kat Concorde sbb bilik cantik, breakfast buffet sedap (previous experience)

pg td dh settle pun booking...insya Allah akan stay di sini masa my bday nanti :) Tuhan bagi rezeki hadiah utk my bday this year ni..syukur Alhamdulillah :) last year me dpt rezeki bday mkn2 kat Restoran (menang contest GTO/eyriqazz) :)

note : moga2 kita semua sentiasa dimurahkan rezeki dan sentiasa bersyukur ke hadratNya..

Contoh surat kepada pihak sekolah, jika ada sebarang insiden tidak diingini berlaku kepada anak kita (mohon Allah jauhkan)

ekoran entry INI, so my senior selaku ibu Danish telah menulis surat kepada pihak sekolah...
me dh mintak her permission utk share kat my blog, utk kebaikan kita semua, in case terjadi kepada sesiapa jua hal yg serupa (wal iyazubillah)

(Contoh surat kepada pihak sekolah, jika ada sebarang insiden tidak diingini berlaku kepada anak kita (mohon Allah jauhkan) untuk kebaikan bersama) Pengalaman menulis surat ini afdhal berada dalam keadaan berwudu', selawat, solat taubat dan hajat) mohon Allah permudahkan dan sampai mesej kita kepada pihak penerima. Objektif: Semoga ibubapa yang membaca mendapat inspirasi dan guru-guru yang membaca merasakan bahawa mendidik anak bangsa bukan tugas yang mudah, tersentuh hati, merasa belas ehsan kepada anak murid yang dahagakan ilmu dan belum ada dosa lagi jika dibandingkan dengan kita. WAllahu'Alam.)

Saya niatkan pendedahan penulisan surat ini (nama sekolah, ustazah dan kelas dirahsiakan) sebagai perkongsian ilmu yang bermanfaat sesama rakan FB saya sebagai saham akhirat saya dan Allah permudahkan urusan pengajian saya.Surat ini agak panjang, 1888 p.perkataan-12 Arial, single spacing!

Nama Guru Penolong kanan/Guru besar
Penyelia Kanan
Sek. _________________
_________________________.

Puan Farhah___________
_________________________,
_____________________________ 28 MAC 2012
Assalamu’alaikum wrt. wbt,
Puan,

Sedih dan terkilan dengan bentuk hukuman yang dikenakan kepada Danish Farhan (Kelas 3 #) semasa kelas sesi petang, slot Pendidikan Agama

Saya, ibu kepada Danish Farhan (Kelas 3##) Sek. _____________ meluahkan rasa ketidakpuasan hati saya dan suami terhadap satu bentuk hukuman yang telah dikenakan terhadap anak kami oleh Ustazah _________ semasa kelas Pendidikan Agama di sebelah petang, 22 Mac 2012 (Khamis).

2. Untuk makluman pihak sekolah, menurut anak saya, difahamkan pada waktu itu, ustazah berkenaan tengah menyoal salah seorang murid dalan kelas 3##. Murid tersebut tidak dapat menjawab dengan tepat soalan itu. Kebetulan, anak saya boleh menjawab, dia terus menjawab dengan tepat dan spontan kerana teruja. Kemudian, ustazah menghampiri anak saya lalu menconteng pipi seolah-oleh bentuk kucing dan tanda betul di sebelah pipi kiri muka anak saya dengan marker. Pihak sekolah boleh tanya insiden ini pada kawan sekelas. Saya mengandaikan mungkin ustazah melakukannya secara tidak sengaja dengan niat bergurau.

3. Kemudian, anak saya menggosok untuk menghilangkan bahagian yang diconteng dan ke bilik air untuk menghilangkan kesan marker berkenaan setelah dikomen oleh rakan sekelasnya. Namun, usaha anak saya tidak berjaya menghilangkan kesan marker berkenaan, malahan ianya meninggalkan seolah-olah kesan lebam luka dan bertukar warna menjadi merah. Anak saya, kemudian balik ke rumah pada petang Khamis lalu mengadu tidak selesa dan malu dengan keadaan bentuk lebam di mukanya. Pada mulanya, saya terkejut, ingatkan anak saya terjatuh. Kemudian, pada malam itu saya letakkan vasoline beberapa kali namun tidak berkesan, malahan semakin merah dan pedih. Hari Jumaat, ada kelas pendidikan agama dengan ustazah,namun Danish memaklumkan ustazah nampak kesan contengan di muka tapi ustazah buat tidak layan dan tidak menanyakan perihal kesan berkenaan. Anak saya sedih. Naluri keibuan saya tersentuh...

4. Masuk hari ke-3, iaitu pada hari malam Sabtu (24 Mac 2012), kami membawanya ke klinik. Doktor mengatakan ianya adalah keradangan kulit kesan tindak balas. Lalu, diberikan ubat krim siang dan malam.

5. Secara rendah hati, kami ibubapa berpendapat bahawa tindakan ustazah menconteng muka pelajar dengan marker sebagai salah satu bentuk hukuman adalah tidak wajar sama sekali. Ianya merupakan salah satu bentuk kecederaan, penganiayaan dan menimbulkan rasa tidak selesa, malu dan rendah diri kepada emosi pelajar. Ibu bapa turut terkesan juga. Naluri keibuan saya kuat mengatakan bahawa tindakan ustazah ini perlu ditegur demi penambahbaikan dan kebaikan bersama. Mungkin ustazah tidak perasan, kesannya sebegini, tekanan dari segi mental dan fizikal. Apapun, pada masa akan datang, kami tidak mahu perkara sebegini terjadi kepada anak kami dan para pelajar yang lain juga.

6. Justeru, kami ingin mancadangkan, dari semasa ke semasa pihak sekolah perlu memaklumkan kepada para guru apakah bentuk garis panduan bentuk hukuman yang bersesuaian (bertujuan mendidik) dengan tahap umur dan kesalahan yang dilakukan. Di sini, kami hanya mendengar salah satu pihak. Mungkin sebelum ini, anak kami ada berbuat kesalahan yang mana, tidak disukai oleh ustazah berkenaan. Kami amat memahami ustazah juga manusia, ada tekanan dan bebanan tugasan yang pelbagai. Justeru, walaupun anak kami malu dan perlu dipulihkan semangat dan keyakinan diri, kami redha dan memaafkan tindakan hukuman ustazah berkenaan walaupun kami telah dan masih menanggung rasa tidak selesa, sedih dan terpaksa menanggung kos rawatan klinik yang harganya agak tinggi. Kami tidak bercadang untuk mengemukakan tuntutan kos rawatan walaupun ianya wajar. Cuba bayangkan, bagaimana jika pelajar lain dari keluarga yang susah dan berpendapatan rendah, terpaksa membayar kos RM45 (contoh) untuk krim berkenaan adalah mahal buat masa ini. Biarlah kami pasrah menanggung kos, mental torture dan humiliation akibat tindakan ustazah berkenaan. Perasaan saya sebagai seorang ibu turut terganggu dengan tindakan ustazah menconteng muka anak saya. Saya rasa sedih, pilu dan adakalanya tidak dapat melelapkan mata beberapa hari. Fokus saya kepada pengajian saya sedikit sebanyak turut terganggu. Saya anggap ianya sebagai cabaran. Mungkin insiden berkenaan dianggap remeh pada mulanya oleh ustazah. Maaf, sekali lagi kami nyatakan tindakan ustazah amat tidak wajar dan ianya bukan perkara kecil/ringan.

7. Kami tidak kisah sekiranya dikenakan hukuman yang lain seperti rotan di telapak tangan, asal jangan di bahagian muka kerana kawasan di muka amat sensitif dan menjadi tatapan ramai. Ramai yang menegur menyebabkan anak saya merasa malu dan kurang selesa. Sehingga sekarang, kami masih keliru, jika betul penjelasan anak kami, adakah menjadi satu kesalahan sekiranya seorang anak murid teruja menjawab dengan betul secara sponton soalan yang tidak ditujukan kepada dirinya? Jika ianya adalah merupakan satu kesalahan, maka peranan guru secara pro-aktif, tanpa jemu perlu menerangkan kepada semua murid dalam kelas, bahawa jika ingin menjawab soalan, angkat tangan atau hanya apabila guru memanggil nama murid berkenaan. Hanya dia sahaja yang LAYAK menjawab soalah itu. Pelajar lain, jika tahu jawapan TIDAK LAYAK dan mesti senyap! Apa salahnya, jika ustazah berkata sesuatu yang positif kepada anak saya :””Danish, ustazah tahu Danish tahu jawapan itu. Tapi, ustazah nak orang lain jawab supaya dia juga turut pandai macam Danish. Ustazah nak bagi peluang sama rata biar adil.Boleh ya.Terima kasih” beserta nada yang lembut dan dalam keadaan menang menang. (win win situation). Kedua belah pihak tidak terasa. Apapun, pihak sekolah perlu siasat dan menanyakan perkara yang sebenar dengan ustazah_______. Kami juga ingin mendengar penjelasan dari kedua belah pihak demi kepastian.

8. Kami tidak berniat untuk memperbesar-besarkan insiden ini. The damage has been done. Kami memohon agar perkara ini tidak dianggap kecil atau ringan oleh ustazah dan pihak sekolah. Pada akhir minggu lepas, ALLAH sahaja yang mengetahui tekanan dan perasaan sedih kami, ibu bapa melihat wajah anak kami beserta kesan contengan muka. Dia malu untuk bersosial dengan kawan semasa cuti hujung minggu yang lepas. Yang paling penting, kami ingin pulihkan semangat dan keyakinan diri anak kami yang selama ini, kami didik supaya menjadi seorang yang berkeyakinan tinggi, percaya dengan kebolehan sendiri dan menghormati para guru. Kami sudah menasihati anak kami supaya memaafkan tindakan ustazah berkenaan kerana guru pun manusia biasa, tidak lari dari melakukan kesilapan. Jadikan iktibar dan pedoman masa hadapan, kami berharap agar ustazah berkenaan tidak mengulangi kesilapannya yang lepas dan memohon maaf dengan anak kami dengan segera dan bagi motivasi membina.

9. Apa sahaja bentuk hukuman dibenarkan asal TIDAK melanggar syariat Islam, TIDAK mencederakan, menyakiti, menyebabkan tekanan perasaan (mental torture) dan TIDAK memalukan pelajar (humiliation) berkenaan dibenarkan bertujuan mendidik dan bukan menghukum mengikut perasaan dengan sewenang-wenangnya. Ingatlah, muka pelajar ini muka anak orang, bukannya muka anak patung (muka anak patung pun, tidak sampai hati nak conteng sebab sayang!).

10. Di sini, kami memohon maaf jika terkasar bahasa, menyinggung perasaan mana-mana pihak terutama ustazah. Kami hanya nyatakan yang benar (haq). Mohon jangan ada pisang berbuah dua kali. Kalau ada perkara sebegini berlaku lagi,contohnya, (mohon dijauhkan) jika berlaku parut kekal, ibubapa ada hak untuk mengetengahkan ke peringkat undang-undang : menuntut pampasan dan ganti rugi. Juga, kami pohon, ustazah jangan terasa hati lalu bersikap endah tidak endah dengan prestasi atau bersikap bias (berat sebelah) semasa mengajar dan memeriksa kertas agama anak kami. Anggaplah ini semua sebagai ujian dari Allah, (kaitkan dengan dosa, pahala, syurga dan neraka) untuk menaikkan martabat kita sebagai hambaNya yang beriman. Ingat, rezeqi yang diperolehi hasil didikan anak murid adalah berkat. Kami yakin ustazah lebih faqeh dan alim dalam soal agama dan akhlak. Kami doakan agar ustazah dan semua guru dikurniakan sifat sabar, tabah dan berlapang dada dengan kerenah anak murid.

11. Sememangnya, tugas mengajar para pelajar bukan suatu tugas yang mudah. Saya sendiri merupakan seorang pendidik di IPTA. Pengalaman saya sendiri yang tidak seberapa, pernah mengajar dalam kuantiti yang ramai (sekali mengajar melebihi 150 orang dalam dewan) dalam tempoh hampir dua jam berdepan dengan pelbagai kerenah.Kadang kala dewan kuliah bising, mengalahkan pasar malam! Mengajar anak muda peringkat remaja (yang mana kita tidak boleh marah, pukul apatah lagi menconteng muka!) banyak menguji keimanan dan kesabaran saya. Apa yang saya buat, tunjuk slides motivasi, tazkirah berbentuk cerita dan menegur secara hikmah ternyata teknik-teknik sebegini banyak melembutkan hati para pelajar selain berdoa. Di samping itu, selain mengajar (pendidik mesti minat dan ikhlas mengajar, bukan kerana terpaksa), menyelidik, menulis artikel jurnal, prosiding dan buku, membentang kertas kerja di luar negara, menghadiri bengkel dan mesyuarat fakulti/jabatan, memberi konsultan kepada pihak industri dan audit Lloyd (kerja-kerja pentadbiran) juga tidak terkecuali. Kadangkala, makan tengah hari pun tidak sempat! Pelajar cuti semester, kami tidak cuti (beruntung guru sekolah boleh cuti semasa cuti sekolah!) , jadual kerja seperti biasa : menghadiri mesyuarat, kadang kala out-station, kursus dan bengkel yang pelbagai. Jadual harian kerja 8 pagi-6 petang dirasakan tidak cukup. Sesekali memeriksa kertas, beratus-ratus skrip jawapan berbentuk pelbagai jawapan karangan yang panjang dalam tempoh yang agak singkat sahaja diberikan. Namun, saya anggap ini adalah amanah, akur, berazam melunaskan tugas dan bebanan mengajar. Bagi saya, peluang mendidik anak bangsa jangan dipandang mudah atau sambil lewa sebab ianya merupakan sebagai tugas yang mulia dan dipandang tinggi oleh Allah (sebagai pencen kubur nanti) serta sumbangan kepada masyarakat. Apa yang saya nyatakan di atas, saya amat memahami tekanan dan bebanan kerja mengajar sebab saya pun berada dalam bidang tugas hakiki yang sama. Maka, tidak boleh menjustifikasikan/beralasan bertindak sebegitu disebabkan tekanan dan bebanan kerja. Pihak sekolah perlu mengenal pasti punca mengapa ustazah bertindak sedemikian, di luar kawalan. Jika ketidakcukupan tenaga pengajar dalam subjek menyebabkan ustazah (bukan semua) mengalami kemurungan dan tertekan, maka ini merupakan masalah dalaman pihak sekolah yang perlu diselesaikan dengan SEGERA demi kebaikan semua pihak, pihak guru dan para pelajar secara keseluruhan, secara tidak langsung dapat mencapai target sekolah ke arah berprestasi tinggi dalam bidang akademik dan akhlak yang baik. Guru seharusnya menunjukkan akhlak yang baik juga kepada anak muridnya supaya tidak mengikut perasaan emosi, kurang sabar dan kurang berhikmah dalam mendidik anak murid.

12. Secara ringkasnya, kami cukup menghormati semua guru dan pendidik termasuk para pelajar juga. Di sini, kami mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan di atas segala tunjuk ajar dan didikan para guru di Sek.______ yang mengajar anak kami. Apapun yang telah berlaku, kami berlapang dada dan berfikiran positif. Ambil yang jernih, buang yang keruh. Bukan niat kami untuk mencari kesalahan atau mengajar sesiapa. Semoga, selepas ini, Allah kurniakan kesabaran dan ketabahan kepada semua guru di Sek______ terutama ustazah. Kami mohon maaf sekali lagi jika ada terkasar bahasa atau ada yang menyinggung perasaan. Nawaitu kami baik, mencari penambahbaikan demi kebaikan bersama-sama dan redha Allah. Buat seluruh warga pendidik Sek______ dan para pelajar yang diredhai Allah, kami ucapkan syabas, terima kasih tidak terhingga di atas keprihatinan dan kerjasama pihak sekolah.

Yang baik semuanya datang dari Allah. Segala kekurangan, dari pihak kami.

Mohon maaf seadanya. Wallahu’alam.

Terima kasih. Wassalam.

Yang benar,

(__________)
Tel :

P/S : Untuk makluman, jika pihak Sekolah ingin menghubungi saya. Mohon maaf, dari _____April 2012 ,saya tiada di Malaysia. Akan berada di ____________. Terima kasih.

S.K : Nama Guru kelas
Guru kelas 3##, Sekolah___________________________________



Lil Ariff got to attend Anakku-Pa&Ma photoshoot la plak

ptg semlm ada staff Pa&Ma called me, katanya lil Ariff nak kena attend PS kat taman tasik shah alam next week (ari khamis), sbb lil Ariff is one of main prize winners Anakku Search...so kiranya nak kena peragakan ie posing pakai baju sponsor contest tu ie baju Anakku yg Pa&Ma sediakan. Ariff akan PS dgn another winner (girl), rasanya akan kuar utk Pa&Ma bln May/June kot

the staff siap tanya rambut Ariff mcm dlm pic yg dia menang ke tak heheh me kata yep, nasib baik lom potong rambut :p

this is the winning pics:
..hasil sentuhan Zubye EOG..terbaekkk!!!


my cheeky lil Ariff :)..


kiranya next week--1st time ni Ariff akan PS utk magz...
my zharfan dulu masa umur 5 thn pernah PS kat tempat yg sama utk magz SDK (edisi raya --peragakan baju Sarakids), masa tu zharfan PS dgn dania anak my BFF ezna :)

note : hadiah anakku tu lom dapat lagi.....penat tunggu hadiah ;)


Wednesday, 28 March 2012

1st time menang SAMSUNG | Pallas Happy Shoes Contest

Alhamdulillah...rezeki di hari2 terakhir Mac 2012...bukan tab tapi ace :)

1st time me menang Samsung...ie Samsung Galaxy Ace, dari Contest Pallas Happy Shoes..
sbb me beli kasut my zharfan (2 psg), so me antar 2 entries, satu nama me, satu nama mr hubby

nama mr hubby naik as one of 3rd prize winners..nama me naik gak tapi hadiah sagu hati ie botol air nike ajer ngeh ngeh ngeh


me check kat mudah.my, harga/market price Samsung Ace ni around RM650- RM770 :)

note : ptg semlm dpt surat, menang something sweet...kira hadiah for me & Ariff (we share same bday month ie April)


Tunggakan gaji kakitangan kerajaan dibayar April 2012 | moga2 benarlah perkhabaran itu

duit belum dapat, tapi dh ada perancangan pun....sbb 1st week of  may nanti nak pegi holiday kat kuching and 3rd week of may nak pegi umrah, so duit tu (moga2 dpt mcm yg diwarwarkan) memang betul2 tepat pada masanya Alhamdulillah


then cepat2 me check tarikh masuk gaji utk bln April--25 April (Rabu) ie 3 hari sblm my bday ;)




org2 gomen dpt naik gaji and dpt tunggakan ni rasa mcm HAPPY and SYUKUR sgt2...
org2 keje swasta (those yg keje dgn big company) rasanya dh biasa, tak pelik/heran pun...and ada one of my family members, syoknya baru dpt bonus sampai 5 bulan gaji tu..(adik me ler tu..) tumpang hepi dgn rezeki yg Tuhan bagi utk org2 tersayang

note : Alhamdulillah

Bajet breakfast

kat cafe UIA (central complex) memang terdapat banner ni utk setiap food stall/booth...


semua menu/pakej tu termasuk minuman, tapi of courselah kalau lunch, nasi+1 lauk+1 sayur, kalau breakfast, of courselah tanpa additional lauk pauklah (cthnya bihun goreng+air)

sbb me WAJIB breakfast, so me memang spent duit utk breakfast, biasanya around RM2-RM3 sbb me jenis suka amik lauk dgn bihun etc and minuma me bwk plain water dari umah (save cost) ngeh ngeh ngeh

uolls berapa kos breakfast everyday?


Tuesday, 27 March 2012

Yer Sy sudah bertudung, Doakan kekal selamanya.. | abby abadi

me salah seorg fan FB abby abadi..just now ternampak her pic & the FB status:



Assalamualaikum, Yer Sy sudah bertudung, Doakan kekal selamanya.. Amin! Yeayyy! 



moga2 abby akan dpt jodoh yg terbaik slps ni..amiin...

me suka tgk muka abby sbb cute comel cantik gitu (dari zmn2 elite lagi heheh)  :) dia pakai tudung lagi cantik :)

Baby yang dinanti2 selama 10 tahun pergi jua..

pagi ni me melayan emosi--(me tgh bz marking test paper my students, sambil2 layan FB sbb muak dgn test paper 2 longgok atas meja heheh)

my ex-school mate..dia dh 10 thn kawin tapi tak de zuriat..so bln 11 thn lps, dia hamil..
then baru jer beberapa hari lps her baby born premature and meninggal..

21.11.11-24.3.12 (19 minggu 6 ari) Wan Shamil Fahim Bin Wan Nor Fahmi selamat dikebumikan di senawang ...sempurna kejadiannya, seiras ayahnya, mancung hidungnya, merah kulitnya, tinggi orgnya, 300 gram beratnya, suci jernih wajah si dia bidadara syurga Allah. Kami redha dgn ketentuanNya...kami ada dia, 'di sana' menanti kami...kuatkan hati kami ya Allah, kami tahu ini terbaik utk kami...rezeki kami ada 'di sana'....moga kami dikurniakan rezeki zuriat penghibur hati jua nanti....sabarlah wahai hati.Kadang hati merindu terkenang2 si baby comel kami...

10 thn aku menunggu kehadiran dia....dia lahir dan dia pergi sekelip mata,lahir tanpa tangisan, hanya titisan air mata kegembiraan krn dpt melihat dia walau seketika cuma. tangisan kerinduan sering menemani diri ini

aku tk kuat....pantang a.mie tk der, aku menangis....tk ingin jauh dr a.mie...rasa sunyi sgt2...mlm td a.mie gosok perut aku spt mana masa baby ada...aku sedih...ya allah kurniakan pengganti shamil fahim buat kami.....penghibur hati kami....penyeri hidup kami di dunia....shamil fahim kami merinduimu...

kalau sblm ini, pagi hari ada shj burung2 gembala kerbau bersiul di bwh awning rumah kami, sejak shamil tk ada, tiada lg siulan burung2 itu....mrk pun tahu, kwn yg ditunggu tkkan ada lagi.....ramadhan kami, syawal kami tiada gmbr bertiga utk thn ini ....ya allah, kuatkan hatiku...tabahkanlah aku spt mana 10 thn yg lalu.

syawal ini tiada senyuman comel dr shamil...kami akan menziarahimu shamil...saban hari kami ke sana....1 nisan tanda kamu dilahirkan tidak cukup bulan.....

kanan ada baby...air mata tk mampu dibendung lagi, ya allah aku rindu dia, anakku....jadikanlah diri ini kuat...sabarlah wahai hati...Allah tahu yg terbaik utk hambaNya....

sedey...:( mengalir air mata me...me cuma mampu ckp kpd nya agar bersabar, tabah dan mendoakan dia agar cepat2 dikurniakan zuriat lain sbg pengganti..

note : berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..melihat org lain yg tak de baby, membuatkan me agar jgn alpa utk sentiasa bersyukur atas nikmatNya,..


kalau anak i yg kena..waliyazubillah

ternampak status FB one of my fren (my senior kat sek men adn senior kat UIA), dia baru balik dari UK (masih menulis thesis phd), anaknya baru start sek kat msia..

ni muka anak kwn me tu...cian anak kawan me ni..:(



Petang khamis lepas, 22 Mac 2011, kesan ustazah conteng dengan marker di sekolah sebab Danish (Darjah 3) menyampuk 'tolong' menjawab soalan yang ditujukan kepada kawannya yang jawab salah. Danish teruja terus jawab dengan tepat dan yakin. Pandai baca jawi dan tinggi markah agama & akhlak.'Dibayar' petang itu dengan hukuman conteng bentuk kucing & tanda right! Biasalah tidak selesa, gosok da...n basuh masih tidak hilang kesan marker tu.
Masuk hari ke 3, bekas lebam masih tidak surut, dibawa ke klinik diberikan krim. Hari ini, hari ke-6, slightly better. Dijangka akhir minggu ini baru flawless sepenuhnya. "Wahai ustazah, ini muka anak orang, cucu orang, cicit orang, muka hamba Allah. Bahagian muka amat sensitif. Muka orang bukan muka anak patung, tu pun anak patung orang sayang x conteng!" 
Sedih juga akhir minggu lepas, sampai terganggu penulisan artikel dan bab tesis. Pulun saya nak pulih semangat anak teruna ini minggu lepas, sebab dia malu bila orang tanya pasal muka dia "Jatuh ke?". Kepada Danish: "Allah sayang Danish. Tak apa, ummi & abi bangga dengan semangat Danish. Lain kali, kata " "Mohon maaf , saya nak minta izin nak jawab. 
Sini Malaysia, bukan di UK atau US yang menggalakkan pelajar angkat tangan! Kepada ustazah berkenaan: Wahai ustazah yang budiman,saya maafkan enti dan redha. Terima kasih di atas ajaran ustazah.Cuma, kena peruntukkan masa pergi ke sekolah, berjumpa dengan penolong kanan dan guru kelas. Plan nak buat surat, hubby kata tidak perlu? 
Abi sedih juga.Saya cuma ingin menyatakan antaranya...Hukuman rotan boleh tapi biar munasabah dan tidak tinggal kesan lebam/calar.Conteng muka bukan salah satu bentuk hukuman. White board marker ada toxic. Kalau nak conteng, guna yang toxic free yang sesuai conteng di muka (ada di jual. Kami ada di rumah, just for fun dan senang dicuci!) Ianya (yang toxic) menyakitkan dan salah satu bentuk penganiayaan mental dan fizikal. Ibubapa juga turut terkesan. 
Hormati pelajar kita adalah salah satu sikap positif, mendapat redha Allah & rezeqi yang berkat. All young teachers (not all) , please use your common sense. [off the record, hehe]. Enough said.WAllahu'alam.

and i comment at her status, then dia reply:

his mistake was answered her question correctly. If l were her, l would praise such a kid. He did not make any noise or disturb others. He was so excited to answer the question. I think the school must list what kind of proper puni...shment or proper guideline. I do want any her to do to other kids too. Kena spent masa rangka surat "berhikmah' pula pagi ni beserta kerja 2 lain, power point, artikel dan bab....

Emontional distress to us ( d family) & his humiliation. Low his self esteem. I am still upset. I nak buat surat. My laywer hubby x bagi. Jumpa PK and guru kelas penerangan secara lisan je. 2nd time, proceed with letter.I feel it is unsuffi...ce. Fear if similar incident happen, do not want to wait for worse. One more thing, she is still teaching.Afraid she will ignore my son during her lesson.The nest day, she entered the class, my son told me, she ignored him. He was upset and thought he did not do any wrong. Just asked her question correctly.
 
Ini budak 9 tahun, bukan 19 tahun. So normal, budak respon spontaneously. Today, the bruise is slightly better after clinik visit. Letak vasoline tak jalan! Skin inflammation.
 
Nak pergi jumpa ustazah, plan nak bagi buku "Bahaian dan membahagiakan" tulisan Prof Dr Muhaya. Sayang buku tu, ada ttangan Prof Muhaya lagi! Nak didik hati yang tengah sedih ni, buat baik pada orang yang buat zalim pada anak kita, insya Al...lah ibadah. Tapi saya tetap nak menegur kesalahan ustazah ini bukan perkara kecil dan bukan perkara ringan tau!Malam hari pertama Danish kena, saya tak boleh tidur, asyik tengok muka anak saya. "
  
note : i memang tak leh terima kalau hukuman2 bodoh kurang cerdik mcm tu...being punished sbb pandai jwb..huh..wpun tak ramai tapi ada cikgu/ustaz/ustazah memang jenis yg tak pikir panjang bab2 ni..agak2 sanggup ke buat kat anak sendiri hukuman mcm tu?? 



Uniknya..tapi mcm mahal ajer...

1st in Malaysia tu!!! rasa mcm mahal gak utk sehelai t-shirt :p
mesin ni kat dlm cathay cineplexes damansara



note : me jarang beli t-shirt, biasanya beli blouse or dress kalau utk outing ;)

Monday, 26 March 2012

Scrap booking skills

me amik dari FB one comper frens...


ni antara entries yg dishortlist utk contest ABPH thn ni..slogan based+creativity based..

me masih merangkak2 bab2 nak mengkreatifkan entries..and rasanya tak terdaya nak bersaing dgn those yg sgt2 creative (salute wanssteddy sbb sgt creative in her contest entries)...me tak pernah join ABPH sbb tak de masa +tak reti nak deco2 entries :p

deco2 entries adalah salah satu faktor utk menang dlm contest, wpun tak semua contest organizer consider bab2 ni, tapi being human, most of them memang tertarik dgn creative deco2 ni... (pengecualian: contest yg based on seriel number--rasanya memang tak effect even deco bagai nak rak pun)

note : moga2 one day me boleh jd more creative in decorating entries :)


Dari mata turun ke hati | sukar menepis godaan

ari jumaat lepas, me singgah kat AEON AU2..nak pegi watsons ajer actually...then ringan plak kaki melangkah ronda2 kat section baju2 and kasut2....sbb ada SALE kan...sajer jer nak menjamu mata tgk2 baju kot2 nak tanda mana yg nak beli bila ada bajet nanti



then ronda2 section kasut plak...owh...

then ada beberapa kasut yg menarik perhatian me...and dlm diri sendiri berbisik...dh lama tak beli kasut baru :p memang susah nak control bab2 shopping ni...

nilah hasil rembatannya...sepasang kasut taste MZ...taste me memang design jenis begini..tak suka kasut yg fully covered sbb selalunya melecet tumit/jari2 kaki...even yg brand Scholl (harga RM199 hasil contest) pun bila me pakai kaki me jd melecet :(
kasut ni brand Valentino Creations...harga asal RM120 (ntah betul ntah tidak), bila sale, 50% diskaun, harga jd RM60...rasanya memang harga kasut ni around RM60 ajer kot ngeh ngeh ngeh

kasut ni dh selamat dirasmikan masa ari sabtu (kuar jln2 ronda2 shopping complex ajer :p) terbukti selesa and heelnya tinggi tapi tapi tak lenguh bila berjalan or berdiri lama2 pun :)

note : uolls kerap ker beli kasut baru...me tak tentu masa...ikut suka ati ajer bila nak beli tapi tgk bajet bulanan and biasanya harga kasut me range RM60-RM 80 ajer...sbb me cepat bosan pakai kasut yg sama, kena gilir2 and then beli baru utk tambah koleksi gilir2 ;)

Movie review : John Carter | siyes HEBAT!


semlm weolls sekali lg pegi Cathay Damansara utk menghabiskan lagi 3 keping vou...rugi kalau tak guna sbb due date 30 mac ni ;) so kami  menonton John Carter, harga 3 tix RM12x3= jimat RM36 sbb guna vou ;)

dh abis pun 6 keping movie vou yg me menang dari cosmo magz...2 minggu berturut2 kami pegi cathay hehehhe

me tak baca sinopsis pun sebelum menonton citer ni...
citer ni durasinya agak panjang, me rasa dlm 2 jam 15 min, yg pastinya lebih 2 jam lah, nasib baik anak2 me jenis yg behave
klasifikasi 13PG, tapi jln citer, heavy fantasy ada elemen epik...siyes me sgt kagum dgn jln citer yg sgt kreatif dan penuh imaginasi....kisah mengenai hero , tentera amerika, yg terdampar di Mars secara tak sengaja masa jumpa medal dlm gua yg ada emas...so dh sampai kat Marikh tu, dia terlibat dlm perang2 kat Marikh plak ;)

siyes memang besh lah...ada part John Carter kissing dgn puteri planet marikh masa wedding diaorg...so tak sesuai utk tontonan kanak2 :p
endingnya memang unexpected gitu...memang beshlah plotnya sbb tak boleh nak teka apa akan berlaku sampailah kita tgk sendiri ceritanya ;)  bottom line/anatara mesej citer ni esp part ending : demi cinta sejati, manusia sanggup tinggalkan bumi gitu...

me bagi 4.5 bintang dari 5 bintang. memang terbaik!!!

Sunday, 25 March 2012

Cantiknya baju Irma

tak sangka tunang Irma Hasmie tu abang kepada Farah Sarakids (me nampak farah post status kat her FB pg semlm)...anak dato' tu..so that means that Farah tu anak Dato' lah yer...siyes selama ni me tak tau, sbb Farah nampak humble gitu..and now dh jadi bizwomen yg berjaya pun

tahniah utk Irma & tunangannya

baju & tudung Irma sgt cantikkkkkk!! memang berseri2 Irma :) pakai sopan menutup aurat pun tetap anggun tak perlu nak seksi2 mcm kebykn artis kat Msia :p



pic me amik dari beautiful nara


Sambungan kisah cerita cuti-cuti Paris

utk tatapan me & anak2 di hari kemudian, sbb kalau tak tulis nanti lupa plak as time goes by ;)

published in MIDI 15 Mac 2012



tak dpt token or apa2 hadiah pun ni...cuma my story in printed&published form ajer

note :  me masih menyimpan harapan utk ke Paris lagi suatu hari nanti..Insya Allah