Wednesday, 5 October 2011

Better be safe than sorry | porcine, khinzir dan yg sewaktu dgnnya

me dpt ni in my inbox..

Dalam Bahasa Melayu, perkataan Babi atau Khinzir jelas menggambarkan haiwan berkaki empat ini sama ada daging babi, bulu babi ataupun kulit babi.

Tetapi di dalam bahasa Inggeris, kita mungkin terkeliru dengan pelbagai istilah yang digunakan untuk menggambarkan haiwan ini. Contohnya:

1. Pork : Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. Swine : Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.

3. Pig : Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang 50kg.

4. Hog : Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50kg.

5. Porcine : Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal dari babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan penggunaan sumber yang berasal dari babi.

6. Boar : Babi liar

7. Sow : Istilah untuk babi betina dewasa yang jarang digunakan.

8. Sow Milk : Susu Babi

dan ada pelbagai istilah lagi...

Daripada pelbagai istilah Bahasa Inggeris yang menggambarkan haiwan babi, istilah Porcine sering digunakan dalam bidang perubatan atau label ubat.

Mungkin ramai orang Islam yang tidak mengetahui bahawa label yang bertulis "This product contain substance from porcine" bermaksud "Produk ini mengandungi bahan dari babi", atau label yang menyatakan "The source of gelatin capsule is porcine" bermaksud "Kapsul dari gelatin babi".



18 comments:

Chekgu Azrine said...

Thanks 4 sharing mz

kella said...

terima kasih atas maklumat ini! sangat sangat berguna! =)

Ibu Muda 30series said...

thanks MZ for sharing

1st time tau ni

Unknown said...

kena hafal ni istilah2 ni

Nieda said...

Alahai ...tak tahulah sekarang kita dikelilingi dgn babi2 tanpa sedar.

eisyaawie said...

babi pon ada banyak nama.....tq 4 info....

mama_umar_maryam said...

tq mz share bende nih,btol2 ttg khinzir ni yg zt tau,hog,pork, tu je

AJ said...

yup..semakla label supaya tidak termakan makanan yang diragui status halalnya

Unknown said...

bru tau.. porcine n sow tu si pink jugak gupenye.. TQ2

AishaAminudin said...

nice sharing MZ, mmg kene alert bende camni

Bardboo said...

benda yg sama, tp namanya byk...

deqlis said...

thanks for d info...nampaknya kena double check sebarang ubat yg ada perkataan porcine...

Nieda said...

Mohon share ye. Terima kasih.

Kalamhati said...

tq MZ for sharing dis info..amat2 bguna..=)

DeQWa said...

...nak kena hafal&ingat semua nie,mana tau nnt terbeli yg ade benda2 tue kan....

Anonymous said...

good info ni tq mz

tiefazatie said...

ada gak baca aritue..erm..byk lg rupanya term2 pig nie kan..

Cik Bambam said...

baru tahu!!huhuhu..tq 4 da info MZ! :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails