Wednesday, 28 September 2011

some news kat shopping complex yg membuat me CUAK | Letupan di Empire Gallery @Subang Jaya & kabel lif terputus @Selayang Mall

Last few days terbaca kat harian metro psl kabel lif terputus kat Selayang Mall--and victim yg kebetulan preggy tercedera--cuak sungguh sbb  me kerap pegi Selayang Mall and memang me guna lif pun, even last week pun me ke sana (yg insiden zharfan hampir2 hilang tu..)...

GOMBAK : Seorang wanita mengandung tujuh bulan patah kaki kanan selepas kabel lif yang dinaikinya terputus di sebuah pusat beli-belah di Selayang, di sini, kira-kira jam 3.30 petang semalam.
Ketika kejadian, mangsa, suami, nenek dan pengunjung lain hendak turun dari tingkat satu ke tingkat bawah kompleks beli-belah berkenaan sebelum kabel lif terbabit tiba-tiba terputus.

Akibatnya, lif berkenaan terhempas dari tingkat satu ke tingkat bawah tanah kira-kira 15 meter yang mengakibatkan semua yang berada di dalam lif jatuh terduduk manakala mangsa sahaja berdiri dan bertahan dengan kakinya.
Mangsa, Norazlina Mohd Yusof, 25, daripada Selayang Heights berkata, dia dan pengunjung lain tidak mampu berbuat apa-apa ketika kejadian dan hanya bertaut pada dinding lif sahaja.

“Akibat kejadian itu, saya patah kaki kanan dan bernasib baik kerana kandungan tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun denyutan bayi lemah untuk tempoh 15 minit,” katanya ketika ditemui di Hospital Selayang, malam tadi.

Menurutnya, dia bersama suaminya pergi ke pusat beli-belah berkenaan untuk membeli barang kelengkapan bayi perempuan yang dijangka lahir pada November depan.
“Saya masih trauma akibat kejadian ini namun bersyukur suami serta nenek yang sudah uzur tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

“Kami bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pengurusan pusat beli-belah berkenaan kerana tidak menyelenggara lif dengan baik sehingga menyebabkan kejadian ini,” katanya.
Harian Metro difahamkan sebelum kejadian itu, lif berkenaan mengalami masalah sejak pagi kejadian dan sering menerima rungutan pengunjung kerana keadaan lif yang agak usang.

and pagi ni, terbaca pls berita letupan kat Empire Gallery Subang Jaya--me tak pernah sampai kat sini, tapi still cuak kan...mula2 ingatkan letupan bom, rupa2nya sbb gas bocor...

SUBANG JAYA 28 Sept. - Empat cedera dalam satu letupan yang dipercayai berpunca daripada kebocoran saluran gas di pusat membeli-belah Empire Gallery di sini, awal hari ini.

Mereka yang cedera dalam kejadian pada pukul 3 pagi itu terdiri daripada dua pengawal keselamatan rakyat Nepal dan dua pelanggan rakyat tempatan yang masing-masing cedera di tangan dan kaki.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Zainal Abu Bakar berkata, letupan berlaku di kawasan aras bawah pusat membeli-belah itu. 

"Punca sebenar letupan yang berlaku dalam laluan keluar salah sebuah premis di pusat membeli belah itu belum diketahui dan masih dalam siasatan,” katanya. - Bernama


note : me jenis yg suka ronda2, jln2, and shopping2 kat shopping mall/compex....
moga2 kita semua sentiasa dilindungi dari kejadian2 yg tak diingini...amiin


11 comments:

  1. Scarynya mz..plg takut naik lif kt bangunan lama mcm selauang mall tu..huhu

    ReplyDelete
  2. selayang mall mmg dah uzur pun..
    mmg sepatutnya lama dah buat maintenance..

    ReplyDelete
  3. adeh menakutkan
    sy tiap kali naik lif
    mesti fikir mcm tu
    takut kabel putus

    ReplyDelete
  4. MZ..empire ni mmg best..cantek & selesa utk shopping..tp den cuci mata sajer...tak mampu ler..hhehee

    ReplyDelete
  5. wan mmg selalu gak lepak shopping kat selayang mall. mmg selalu seram2 gayat naik lif dia. selalu bergegar2. pastu lmbt pulak nk turun naik. asyik rosak saja salah satu atau 2, dari 3 lif tu.

    ReplyDelete
  6. seriau pulak..
    dah la weekend ni nak g shopping kat KL.. pg Ikea je laaaah cam ni!

    ReplyDelete
  7. akak dah dua tiga kali jadi mangsa lif tersangkut...sib baik ada geng.taklah suspen sgt.
    tapi bab2 kabel putus ni minta dijauhkan Allah....ngeri.

    ReplyDelete
  8. ada entry untuk MZ :)

    http://iniblogfatin.blogspot.com/2011/09/nak-jadi-macam-beliau.html

    ReplyDelete