Tuesday, 13 September 2011

Sambil tulis entry sambil senyum2 | Blogger SPESIS manakah anda?

td me BW jap (tgh fenin2 lalat sbb nak kena siapkan research application to Japan ..)

then ternampak entry kat blog NI...

then tersuka and tersenyum2 dpn lappy bila baca entry tu, so me pun copy paste kat blog me plak..
.
Saya suka mengelompokan bloggers kepada 4 spesis. Pengelompokan ini bukanlah ilmiah sangat. Cuma hasil pemerhatian saya secara sepintas lalu sahaja.



1. Blogger Idaman

Dia baca semua komen orang kat blog dia. Dia balas satu persatu. Kemudian dia pergi ke setiap blog pengomen. Dia baca dengan teliti dan kemudiannya komen dengan berhati-hati agar tidak terkeluar dari konteks. Seterusnya dia pergi ke blog follower dia dan baca serta komen di blog mereka pula macam tadi.


2. Blogger Kumbang.

Dia tak jawab komen orang, tapi dia pergi setiap blog pengomen dan tinggalkan komen di situ. Komennya pun mudah-mudah sahaja. Kalau tengok ada gambar makanan, dia tulis "cedapnyer", kalau tengok gambar pemandangan, dia tulis "canteeknya". Yang lagi seronoknya ialah, kalau dia tengok ada entri bersiri, dia komen "tak sabar nak tunggu entri seterusnya". Lepas tu sampai 10 siri entri baru pun dia tak datang jengok !


3. Blogger Bunga.


Dia jawab satu persatu semua komen orang yang datang ke blog dia tapi dia tak pergi ke blog pengomen. Dia menunggu sahaja di blog dia macam bunga mekar menunggu kumbang.


4. Blogger Jembalang.


Dia tak pernah balas komen orang dan tak pernah juga pergi ziarah blog orang yang beri komen. Kadang-kadang ruang komen dia pun dia tutup.


agak2 uolls spesis mana? me rasa me spesis KUMBANG--wpun pernah berazam nak jd blogger SPESIS IDAMAN, tapi tak termampu eden :p


14 comments:

  1. hehehe ijah kdg2 mcm blog idaman ,kdg2 mcm kumbang tp kdg2 mcm bunga. erkk dah pening mana satu ni. ahaha

    ReplyDelete
  2. heheh..
    me tak taulah spesis yang mana..
    sebab sekarang nie masa agak terhad..
    sempat balas komen kat blog jer,
    pastue baca blog2 yang komen dan yang selalu baca..
    tapi kadang2 jer tinggalkan komen..

    ReplyDelete
  3. sama la kita. jenis kumbang la jugak. hehehe...

    ReplyDelete
  4. Rasenye sy dlm spesis kumbang gak kot....hu3,idaman tue perfect sgt...tue mungkin yg full time blogging kot...xde keje lain...

    ReplyDelete
  5. hehe2... lya pon tersengeh...
    lya pon rasa cam spesies kumbang gak...

    tp dulu2 mybe blogger idaman..kahhh..perasaan.. ye la dlu xde xde semeriah skarang... blh jwb komen.. dan plok tu skarang masa sgt x m'izinkan...

    ReplyDelete
  6. hik3,okla tu kumbang,dari jembalang,ye x ;p?

    ReplyDelete
  7. hehehe sy kumbang kot haha pasan...klw ada masa mmg akan balas komen seme

    ReplyDelete
  8. Ida pernah menjadi semua... hihihih~i.. Ikut mood sebenarnya....

    ReplyDelete
  9. Tersengih² gak baca. Tak tau nak golong dlm spesis apa. Nak gak jadi blogger idaman ☺☺☺

    ReplyDelete
  10. hahaa...kelakar pun ada dgn gelaran tur..tp betul la,tak mampu lagi nak jadi blogger idaman..

    ReplyDelete
  11. belum mampu jd blogger idaman sebb matter of timekan.. kalau ada masa jd gak blogger idaman.. kadang2 jadi blogger kumbang gak.. haaha

    ReplyDelete
  12. sy blogger 1-3..!!hahaha..ikot mood jugak sbnrnya.. :P

    ReplyDelete
  13. hihi..ifa blogger idaman kot..haha..sbb mmg baca je btol2 n3 nie..haha

    ReplyDelete