Friday, 30 September 2011

Mode sedey :( :( | Baby 7 bulan koma angkara kecuaian pusat asuhan

berjurai2 air mata me bila baca psl berita tu kat harian metro..:( :(
kenapalah ada manusia yg zalim ...baby tu sgt kecik and sgt fragile...tak taulah sama ada masih ada harapan utk pulih/sembuh...

ni me copy paste dari harian metro online..tak sanggup nak tepek pic baby tu sbb me rasa sgt2 sedey--baby tu sgt comel tapi now koma :( :(

SUBANG JAYA: “Luluh hati saya apabila doktor mengesahkan anak tunggal mengalami pendarahan dalam otak mungkin akibat hentakan atau gegaran kuat,” kata bapa kepada seorang bayi berusia tujuh bulan yang tidak sedarkan diri, sejak Isnin lalu.



Lelaki itu yang mahu dikenali sebagai Megat, 29, berkata, bayi lelakinya yang diberi jolokan ‘Beckham’ oleh jururawat di unit rawatan rapi sebuah hospital di sini, tidak sedarkan diri selepas ditidurkan pengasuhnya di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di sini, kira-kira jam 12 tengah hari.


Selepas Beckham gagal dikejutkan dari tidur, pengasuh menghubungi Megat di pejabatnya di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang kira-kira jam 4.30 petang, sebelum bayi itu dikejarkan ke hospital berhampiran.


Menceritakan kejadian itu, Megat berkata, pada pagi kejadian, dia menghantar anak lelakinya itu ke pusat asuhan itu seperti biasa.


Menurutnya, ibu mangsa yang berusia 29 tahun kerap menghubungi pusat asuhan itu bagi mengetahui keadaan anak tunggal mereka dan membuat panggilan terakhir kira-kira jam 12 tengah hari pada hari kejadian sebelum diberitahu pengasuh sedang memberikannya susu untuk tidur.


“Bagaimanapun, kira-kira jam 4.30 petang, seorang pengasuh di pusat itu menghubungi saya dan memberitahu anak kami tidak bangun-bangun selepas ditidurkan,” katanya ketika ditemui Harian Metro semalam.

note : moga2 kita semua dan org2 yg kita sayangi terhindar dari angkara manusia yg jahat/lalai/cuai...and moga2 baby ni masih ada peluang utk sembuh dan hidup normal...


6 comments:

  1. bca gak tadi.. itu yang mcm takut je nak beranak..nak letak anak kat mana.. dapat ke pengasuh yg baik2& amanah.. adessssssssss

    ReplyDelete
  2. sedihnyaaaa,byk kes camni kt pusat jagaan kn..risau jer anta bdk2

    ReplyDelete
  3. takut nak hantar anak2 ke rumah pengasuh. nak carik yg btl2 blh jaga tu bkn senang.

    ReplyDelete
  4. actually tak tahu salah siapa lagi..

    i know this baby's family

    belum tahu kecuaian siape..thanks

    ReplyDelete
  5. scary..tpi nak wat camne.. kita terpksa jgk harap pengasuh jaga anak kita sbb kena keje..huhu

    ReplyDelete