Saturday, 17 September 2011

Menyirap darah me bila baca | Muka bayi cedera ketika dilahirkan di HTAR

Berita2 sebegini membuatkan me lost trust dgn GH...wpun me tahu ramai jer doktor2 yg bagus kat GH, tapi bila ada kes2 kecuaian dan tidak bertanggungjwb gini, memang rasa hangin satu badan...

ni me copy paste dari Berita Harian Online:

KEADAAN muka bayi yang  lebam  ketika dirawat di HTAR, semalam.
KEADAAN muka bayi yang lebam ketika dirawat di HTAR, semalam.
KLANG: Seorang bayi perempuan yang baru empat hari dilahirkan mengalami kecederaan serius di muka dan mata dipercayai akibat kecuaian doktor di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini ketika menyambut kelahiran bayi itu.

Difahamkan bayi sulung kepada pasangan suami isteri yang baru setahun berkahwin itu tidak dapat menyusu seperti biasa kerana luka di mulut sehingga pihak hospital terpaksa menggunakan peralatan khas untuk memberi susu kepada bayi terbabit yang kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonate (NICU) hospital berkenaan. 

 
Ibrahim Umran, 23, berkata lebih menyedihkan sehingga sekarang pihak hospital masih gagal memberi penjelasan munasabah mengenai punca kecederaan bayinya itu, malah diherdik oleh doktor bertugas apabila beliau terus mendesak meminta penjelasan. 

“Apa yang dikesalkan, apabila ditanya jururawat yang menyambut kelahiran bayi saya mengapa kejadian itu berlaku, mereka hanya menjawab tak tahu. Isteri saya memberitahu doktor yang menyambut kelahiran anak kami ialah doktor perempuan dan masih muda tetapi sehingga sekarang saya belum dapat menemuinya untuk meminta penjelasan.

“Saya turut ditengking oleh doktor bertugas dengan mengatakan saya terlampau banyak bertanya serta tidak memikirkan masalah doktor yang terpaksa bekerja siang dan malam tanpa rehat mencukupi untuk merawat pesakit,” katanya yang bekerja sebagai pemandu lori ketika ditemui di sini, semalam.

Ibrahim berkata, ketika kejadian, beliau menunggu di luar bilik pembedahan bersalin sementara isterinya, Siti Aishah Abdullah, 23, menjalani pembedahan pada jam 10.15 malam, Isnin lalu.

“Selepas menunggu kelahiran anak sulung dengan penuh debaran, dua jururawat wanita membawa keluar bayi dan saya sangat terkejut apabila mendapati bayi saya banyak lebam di bahagian muka.
“Hancur luluh hati saya apabila melihat anak sulung yang dilahirkan cedera sedangkan sepanjang tempoh kandungan, doktor mengesahkan bayi saya sempurna dan sihat. Doktor yang melihat bayi saya ada mengatakan kecederaan ini mungkin kerana terkena tangan ketika proses melahirkan bayi,” katanya.

Sementara itu, ketika dihubungi jurucakap hospital berkata pihaknya akan menyiasat kes berkenaan dengan mendapatkan maklumat dari bahagian bersalin sebelum memberikan ulasan lanjut.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop pula berkata, pihaknya ada menerima laporan mengenainya dan siasatan sedang dijalankan.


13 comments:

Ayu Zarina said...

aduss...memang menyirap tahap2 dewa ni...kesalahan dan kecuaian yang tak tahu punca sebenarnya...last2 baby tu yang jadi mangsa...aishh...sepatutnya sekarang wajib si suami temankan isteri bersalin...senang tgk depan mata apa yang berlaku kan..

Nisa Greennnpanda said...

ish..siannye.. wlau camne pun, dktor ptt be extremely careful la time nk smbut baby.. kn baby still lmbut lg time tue... msti dktor tue pgang kpale baby tue kuat sgt mase nk tarik kuar.. aih.. sian kat baby tue..

MamaYatie said...

sapa pun mesti menyirap kalo jadik gini..huh! dah buat salah lagi tengking2 org..agaknya kakitangan GH ni pandang rendah kat patient yg dtg, sbb they assume yg datang tu semua dr golongan berpendapatan rendah..apa2hal jadi tak reti nak ambik action cane..geram la dengar!!!

tiefazatie said...

adeh..kejam btol nie..huhu..sedih..huhu..

rara.aira said...

salam sis,

saya ada pengalaman juga bnd2 mcm nih.2 tahun lepas masa kakak saya bersalin dia bgtaw nak bersalin di private hospital dan kami sekeluarga sokong sbb bnyk sgt kes yg terjadi kt GH.kakak saya dah overdue.baby still xnak keluar. then bila kakak saya pergi jumpa doktor kat sana dorg suh admit dan akan pemeriksaan lbh lanjut lg.doktor bgtaw nak pecahkan air ketuban dan kakak saya dan suami nya setuju sbb takut komplikasi pada baby sbb terlebih due. lepas air ketuban di pecahkan bukaan cervix msh x mencukupi.doktor masih tak buat apa2 tindakan dan biarkan mcm tue jer kakak saya. dia cakap kalo dah mula rasa sakit dan dah buka 7cm bgtaw dia.agak lama.sampaikan satu tahap tue kakak saya mula rasa sakit yg teramat sgt.masa tue doktor baru kelam kabut nak dtg dan ada pakar juga dtg masa tue dan bgtaw xboleh deliver secara normal,kena buat ceaser sbb kepala baby besar.masa tue kami hanya mampu berdoa,nsb baik kakak dan baby selamat.tapi amat menyedihkan slps discharge lebih kurang 2 hari luka jahitan tue dpt infeksi.dan kakak saya terpaksa pergi hospital sekali lagi untuk buka jahitan,cuci semula dan jahit.
bg saya samada GH atau PRIVATE sama jer.cuma kes di private tak bayk yg org dedahkan.semuanya bergantung kepada medical staff. kalau mereka bg komitmen dan buat kerja betol2 dan berhati2 semuanya xkn ada mslh.

mummy_ayu said...

sian nya baby tu..saman je hospital tu baru tau, tak kira la keja siang malam ker...dah tanggungjawab, kena la buat betul2...

sal ya said...

saya rasa atas nasib orang jugak kot. alhamdulillah... ketiga2 anak saya lahir kat GH. dapat layanan yang memuaskan. Alya doc pelatih yang handle saya. Anis doc perempuan dan muda jugak lagi yang handle. Azfar je nurses including tiga orang jururawat pelatih. tapi kesemuanya okay2 je. tapi kalau dah sampai lebam melampau, kalau saya jadik parents pun saya hangin satuu badan.

Anonymous said...

sian bb tu kan
tak pasai2 jadi mangsa sebabkan kecuaian org lain

Nur-nba said...

Ya Allah sedihnya melihat apa yg menimpa bayi ni.. Rasanya kalau semua staf hospital berhati2 dan dengan perasaan tanggungjawab, dah tentu perkara seumpama ni tak akan berlaku.

So far, setakat hari ni dah ramai ahli keluarga lain yang bersalin di hospital kerajaan, rata2 semuanya tiada masalah. Apa2 pun semuanya ikut kemampuan masing2.

Chekgu Azrine said...

Dr tu tak reti wat keje kot MZ.. might be new DR.. pastu dah salah mcm2 lak alasa... dorang sorok kot DR tuh.. huhu

Unknown said...

subhanALLAH!!boleh pulak die herdik!! nak kaitkan pulak ngan DR yang tak tido malam..tak rehat!!

looo..itu dah mmg tugas die..so sempurnakan sebaik mungkin..ape daaa...rasa nak marah pon ade nI!!

iduraz said...

geramm jerk...kita yang susah payah bersalinkan baby, senang2 anak kita cedera kat tangan dia..tak dtg minta maaf plk tuh...

eima said...

aku rasa doc yg bertugas patutnye lesen die ditarik balik ..dah la tak jalankan tugas dgn betul pastu bleh plak marah bapak baby tu .. sgt tak profesional ...

repot je kat KKM ...
jgn dibairkan ... ni dah melampau... aku rasa mesti baby ni terjatuh kot ...
kesian nye baby tu hopefully jgn la ade pepe jd kat die ...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails