source : utusan malaysia online
08/08/2011 6:15pm
KUALA LUMPUR 8 Ogos – Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.
Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri. – Bernama
hehe syiok la sape keje gomen.. UIA kira semi gomen ke kak?
ReplyDeleterezekiiii!!best..syok la mz!!
ReplyDeleteSalam.. Kak Suzie, memang berita inilah yang kami nanti-nantikan.. Akhirnya terjawab sudah.. Syukur Alhamdulillah.. Terima kasih buat pihak kerajaan atas keprihatinan pada semua penjawat awam.
ReplyDeletesyukur la..hee..
ReplyDeleteYeah dapat bonus !!
ReplyDeletelega tau suzz... tapi takleh bazir2 sbb me&hubby ada projek khas hehe
ReplyDeletenumpang bonus amrul je la heee
ReplyDelete