Tuesday 30 August 2011

Juadah warisan keluarga di pagi raya

salam aidilfitri utk semua yg masih sudi singgah di blog kecik ni :)

mesti besh kan menikmati juadah istimewa di pagi raya....bagi family MZ kat kampung, juadah super spesel WAJIB di pagi raya of course hasil tgn ibu me...nasi impit, rendang daging & kuah kacang :)

uolls mkn apa di pagi raya?


Monday 29 August 2011

bersiaran dari kampung | banyaknya agenda bila kat kampung

me selamat sampai kat kg pd hari ahad pukul 1 pagi--journey selama 11 jam...very tiring sbb jemm dari pdg tengku sampailah sampai umah me kat Melor

kat kg..mcm2 aktiviti...so nak berblog rasa tak de semangat --jenguk gak jap sbb nak moderate komen

tq uolls yg masih sudi singgah

mlm ni mlm raya..horeyyy!!


Sunday 28 August 2011

Kuasa doa seorang ibu ..

semlm me tersinggah kat blog cik epal, and then tertgk video psl kisah Wardina Saffiyyah...
bagaimana dia berubah dari seog model yg tak bertudung kpd seorg yg bertudung...
and bagaimana ibu dia tak putus2 berdoa agar Wardina berubah...ada Wardina citer, ibu dia berdoa agar dia tak menang dewi remaja sbb ibu dia tak restu apa yg anaknya buat..ada gak dia citer ibu dia nangis masa Wardina nak kuar umah..



me minat Wardina and pernah jumpa her in person (thn 2006 kot), masa parenting event--and dia memang sgt cantik orgnya, frenly...mixed-blood kan :)

dlm video tu ada gak irma hasmie--suka sgt me tgk irma now dh bertudung (InTrend terbaru ada muka Irma as cover page--dia memang pakai tudung yg proper ie cover dada)....moga2 kita semua akan sentiasa beroleh hidayah Ilahi yg berterusan...krn hati manusia dicipta berubah2..

note : me sgt yakin dgn kuasa doa ibu...and apa yg me capai sekrg adalah segalanya kerana doa ibu me and  ibu me merestuinya --bermula dari pilihan sek agama masa me sek men, then ibu me suruh me amik law kat UIA, then ibu me suruh me resign UOB and join UIA, then ibu me merestui me pegi obersi (impian me sejak lps SPM lagi) --me tak pernah say NO atas apa jua yg ibu me suruh :) :)


Saturday 27 August 2011

lagi jauh lagi excited

fakta or mitos? emm...bagi me, me sgt2 suka balik kg, sbb boleh balik jumpa my mom and my adik beradik yg dok kelate (abg, adik perempuan & adik lelaki bongsu)...kg me jauh...kalau tak jem, ie biasa, 6-7 jam drive (paling laju me pernah drive KL-Kelate time bujang2 -->>>5 jam setengah drive--rekod peribadi tu..bukan hiway ok), kalau musim perayaaan, 10-12 jam baru sampai...me balik lalu Lipis-Gua Musang, tak de highway mcm uolls yg balik utara or selatan via PLUS

and sbb itulah negeri tumpah darah me kan (me dilahirkan di situ, and me sengaja memilih utk melahirkan kedua2 putera kecik me kat negeri tu gak..)...

di situlah me membesar selama 18 tahun ie sblm me masuk matriks UIA (masa tu lembah pantai), then belajar kat UIA Gombak, then keje kat UOB KL, then keje kat UIA Gombak, then belajar kat Nottingham UK, then balik keje kat UIA Gombak--rasanya sampai bersara kalau panjang umur Insya Allah...

so slps usia 18 thn, balik kampung is a luxury and something that me look forward..always...
wpun kini arwah ayah dah tak de, jadi balik kampung utk melawat pusara ayah and menangis setiap kali ke tempat sunyi dgn dua batu nisan itu...selalu terngiang2 satu ayat quran yg mana dpt meringankan lara hati dan kerinduan me terhadap arwah ayah... antara maksudnya yg me paham&ingat"...kita sangka org yg mati tu dh habis kehidupan diaorg kan...tapi sebenarnya, org2 yg mati tapi terpilih (org2 baik, mati syahid etc), sebenarnya tak mati, tapi hidup di sisi Tuhan, hidup kat alam lain..kiranya kehidupan yg lain...and mereka tahu and boleh nampak apa yg kita lalui kat alam nyata/alam fana' ini..."
dan me yakin, malah sentiasa mendoakan, agar arwah ayah ditempatkan dlm satu taman daripada tmn2 syurga yg paling membahagiakan....and me yakin, arwah ayah tahu, me dh pun bergelar Dr...sbb masa hayatnya, ayah sgt2 berbangga dgn pencapaian anak2nya...dan semua anak2 ayah mewarisi genetik ayah bab2 hati terang dlm pelajaran..
:( :( bergenang air mata me sambil tulis entry ni..

salam lebaran and doakan me selamat pulang ke kg and selamat balik KL ujung next week lps raya nanti :)


Sebelum balik kampung | cash out Nuffnang kali ke-8

ari ni dh 27 aug kan ie ujung bln, so me pun tanpa berpikir panjang telah menekan butang 'cash out' utk kali ke-8 sejak aktif berblogging ni (since july 2010)...


income kali ni tak cecah RM100 pun, sbb me tak de BE--so income yg me cash out tu hasil CPC ajer (CPC bln july+aug)...duit gak kan :) boleh simpan dlm akaun yippie my boys :)

note : tgh finalised packing utk balik kg ni...

Friday 26 August 2011

They only have each other

main sama2, mkn sama2, mandi sama2, tido sama2, gaduh pun sama2 ;)-- they are my heart @ soul, they complete me...Alhamdulillah...





” Ya Allah, panjangkanlah umur anak kami ini, terangilah hatinya, teguhkanlah imannya, bagusilah amal perbuatannya, lapangkan rezkinya, dekatkanlah menuju kebaikan, jauhkanlah dari keburukan.
Ya Allah, kabulkanlah doa kami ini, agar anak kami menjadi anak2 yang soleh , yang senantiasa taat kepadaMu dan berbakti kepada kedua orang tuanya
dan semoga kasih sayang antara kedua2 abang dan adik berkekalan sampai ke syurga..”
Amin ya rabbal ‘Alamin











Salam aidilfitri untuk readers & visitors blog MZ | warna warni kehidupan

ramadhan tinggal beberapa hari ajer lagi...sob sob dh tak de pahala berganda2 utk semua amalan kecik besar bila abis ramadhan nanti...:(

anyway, esok tghari, MZ akan bertolak balik kg, so start ari ahad, MZ akan cuba bersiaran dari kg, tapi line tenet slow mcm siput demam sbb kat kg sbb byk sgt lappy guna wifi serentak kan...anak2 buah semua lappy sebijik sorang, adik beradik, ipar duai semua lappy sorang satu--lappy dh jadi benda sgt common nowadays

anyway, straight to the point:

Selamat Hari Raya Eidilfitri dari MZ & family - mohon maaf jika ada terkasar bahasa tersilap kata sepanjang kita berkomunikasi di alam maya..


kalau sudi, singgahlah kat umah MZ kat Kg Padang Kala, Melor, Kota Bharu, Kelantan..
and umah MZ kat Bkt Permata, Gombak--after 4th September lah...kalau ada rezeki, MZ nak buat open house, tgh dok plan2, buat kecil-kecilan ajer :) --harap2 MZ tak jd gi Sweden tu..so far organizer tak konpem, so no news is good news...

ni pic MZ & family hasil lensa zubye EOG -- penuh warna-warni :)--moga2 hidup kita semua akan dilimpahi cahaya kegembiraan mcm warna-warna pelangi...Amiin...

ramai yg komen--ckp MZ serasi pakai shawl pelangi ;) boleh jd trademark MZ kot...kena beli byk2 collection shawl pelangi ;)

3 kumbang & 1 bunga ajer...

saper iras saper....abaikan MZ yg terover bab2 senyum iteww

ariff sgt cheeky-siap jelir2 lidah lagi sbb excited lah tu ;)

Thursday 25 August 2011

Duit raya paling banyak pernah diterima

duit raya ni nak kena ada age limit ker...cthnya, kalau umur dh 20s or 30s (mcm MZ ler cthnya), agak2 ada ker org nak bagi duit raya ngeh ngeh ngeh

kalau org cina, org yg tak kawin akan dpt angpow, org yg dh kawin kena bagi angpow--masa me bujang, me keje UOB, and my boss of course org cina, bagi me angpow :) besh besh :) me keje UOB selama 3 tahun setengah, staff 90% cina :p

kalau org melayu, biasanya budak2 ajer yg dpt duit raya kan :)

in my family, saper2 yg loaded memang bagi ajer duit raya tak mengira usia--cthnya, adik me pernah bagi kat me duit raya RM50, time dia baru balik dari keje offshore (duit masyukk time tu heheh)

me bagi duit raya utk semua anak sedare me, tidak mengira usia--anak sedare sulung umur dh 24 thn, dh nak kawin pun tu :p...so far, on my side ada 11 org 12orang,  kat belah hubby ada 11 org gak--ha, kalau RM10 x23 = RM230 dh tu...tak masuk lg anak jiran, sepupu sepapat, anak kwn2 :p

moga2 me murah rezeki utk menang contest2 yg me join--mcm my BFF mira yg bln ni ajer menang cash $$$ ribu raban...amiin

note : selamat berbuka uolls!! ari ni me msk paprik seafood+ kari ikan merah :)


Minum air kosong sambil perut kosong

ternampak email ni dlm my inbox---no harm trying kan...

gambar hiasan...teringat plak air sirap kat Secret Recipe :) semlm me bukak puasa kat SR again :p sbb dekat dgn umah kan :)


jom baca...ni me copy paste from my inbox

Artikel ini adalah berasal daripada NST dan telah dialih bahasa bagi memudahkan kita untuk membaca, memahami dan akhirnya mengamalkannya, insyaAllah. Sekarang ini amat popular di Jepun untuk minum air kosong setelah bangun dari tidur setiap pagi. Kajian saintifik juga telah berjaya membuktikannya. Dibawah adalah kaedah untuk diamalkan pagi pembaca sekalian. Untuk penyakit lama dan serius juga penyakit – penyakit moden, rawatan air ini didapati berjaya oleh Pertubuhan Perubatan Jepun sebagai 100% penyembuh kepada penyakit – penyakit berikut:
1.        Sakit kepala.
2.        Gatal – gatal badan.
3.        Sistem jantung.
4.        Arthritis.
5.        Degupan jantung laju.
6.        Epilepsy (unprovoked seizures).
7.        Lemak berlebihan.
8.        Bronchitis asthma.
9.        TB.
10.        Meningitis.
11.        Masalah buah pinggang dan kencing.
12.        Muntah – muntah.
13.        Gastrik.
14.        Sakit perut.
15.        Hemorrhoids (piles).
16.        Diabetes.
17.        Constipation (sembelit).
18.        Semua penyakit mata.
19.        Womb.
20.        Cancer.
21.        Menstrual disorders.
22.        Masalah telinga, hidung dan tekak.  



Kaedah rawatan.

1.        Apabila anda bangun daripada tidur dan sebelum berus gigi, minum 4 x 160ml gelas air kosong.
2.        Setelah berus gigi, jangan minum atau makan selama 45 minit.
3.        Setelah 45 minit, anda boleh minum dan makan seperti biasa.
4.        Selepas 15 minit anda sarapan, makan tengahari atau makan malam, jangan minum atau makan apa – apa selama 2 jam.
5.        Bagi sesiapa yang tidak mampu untuk minum 4 gelas air selepas bangun tidur, anda boleh mulakan sikit demi sedikit sehingga anda dapat minum 4 gelas air. Rawatan tersebut insyaAllah dapat menyembuh pelbagai penyakit dan anda dapat nikmati hidup yang sihat. Berikut merupakan senarai penyakit dan bilangan hari untuk rawatan minuman air ini diperlukan untuk sembuh:

1.        Tekanan darah tinggi = 30 hari
2.        Gastrik = 10 hari
3.        Diabetes = 30 hari
4.        Constipation = 10 hari
5.        Cancer = 180 hari
6.        TB = 90 hari  



Pesakit arthritis perlu mengikuti rawatan tersebut selama 3 hari sahaja. Dalam minggu pertama perlu diikuti dengan rawatan setiap hari. Rawatan air ini tidak memberi kesan sampingan tetapi pada permulaan rawatan ini, anda akan selalu membuang air beberapa kali. Walaubagaimanapun, kita haruslah berdoa dan bertawakkal kepada Allah dalam mencari kesihatan yang sempurna, rawatan ini hanyalah salah satu cara untuk kita berusaha dalam kaedah yang betul, insyaAllah.


Winners LipIce | sila email me ASAP

2 org peneka tepat lagi terpantas :

1) Mrs Eady
2) Cute Mum

sila email me  (nama, alamat) ASAP :) me nak post ur LipIce :)
tqvm!

winner for MZ tiny GA (me lupa nak announce :p )
1) iduraz
2) myra jay

sila email me ASAP (bagi nama +alamat yer)


Ada apa dengan 1 september?

yg pasti time tu rasanya me masih kat kampung...masih suasana raya tu...

and nak kena tunggu 1 september sbb..

see...cek tu bertarikh 1 september....so lps 1 sept baru boleh bank in..

cek tu hadiah dari deqdeq sbb me join contest kat her blog and terpilih sbg peserta pilihan jury

and deqdeq bagi buku ni gak...nak kena baca ni..



and 1 september...nak pegi redeem voucher brgn xixili...this one me menang dari magz female




and 1 september--boleh pegi collect hadiah yg ariff menang contest parkson tu..





semua pun nak kena tunggu 1 september :)

note : dh dekat kan nak raya....me menghitung hari nak balik kg..me bertolak balik sabtu tghari, lps mr hubby balik keje..
uolls balik kg bila?

Wednesday 24 August 2011

Suka semua jenis popia

me suka popia --yg besar ie popia goreng inti mcm sayur tu
and me suka popia kecik--ie inti serunding

ni me beli kat Giant Bt Caves--RM15--dh start mkn sikit2 time berbukak & bersahur heheh by the time raya abis sebekas jwbnya :p

yg pasti mesti halal :p

kat UK--me rajin buat popia...kat Msia..me rajin gak--rajin beli :p

uolls suka popia ker...selamat berbuka puasa uolls!!


Jawapan teka-teki LipIce | saper yg menang? berapa org pemenang?

tu jwpnnya...


cuba uolls kira ada berapa LIpIce dlm pic tu...

and jwpn bday my boys
Zharfan : 24/5/2005
Ariff : 15/4/2009

pemenang adalah yg menjwb cepat dan tepat....ptg nanti me announce (ari ni me bz nak gi tukar duit raya :p)...uolls boleh tgk sendiri kat entry semlm--agak2 saper yg patut menang...


MZ jumpa blogger kacak

pagi semlm, ada seorg blogger sms MZ, ckp nak singgah jap kat ofis MZ kat UIA tu, sbb nak antar hadiah

actually, hadiah tu MZ menang dari contest yg si dia buat kat his blog (last year kalau tak silap) blogger ni rajin buat contest and hadiah pun besh2 gitew--me pernah menang car vacuum also from contest kat his blog..

so dlm pukul 12.30 pm gitu, dia pun sampai...and bwk paper bag yg sgt comel tu...


saper yg dtg yer? EQBALZACK!!! wah, orgnya nampak sgt muda dan kacak ;) (mcm 20s ajer) eqbal ni lebih tua dari me kalau tak silap 2 years older, now tgh buat phd, tak lama lagi bergelar Dr Eqbal ni :) orgnya single tapi tak sure available ker tak--yg pasti masih bujang ;) his twin brother tgh study kat overseas (yg me baca kat his blog)--and umah mak eqbal ni kat area Gombak gak, tu senang dia drop by kat ofis me ni..



nilah isi kandungan paper bag itu


ada biskut raya yg sgt comel (ganti hadiah choc ie hadiah asal yg me menang)--me sukaaa sbb biskut raya tu!!, and ada duit hadiah --cash (yg me menang his contest)--me dh selamat masukkan dlm akaun yippee my boys pun :)


dan yg paling unik---button badge selamat hari raya--siap ada muka eqbal kat button badge tu...kellass gitu!!


tq yer eqbal!!

besh plak bila dpt mcm2 hadiah hasil menang blog contest time me aktif CGL last year...and adik me sms dari kg, ckp baju kebaya yg me tempah pun dh siap and sgt gojess!!--kain psg tu me menang dari blog contest gak (harga RM100 lebih sepsg)--adik me kata, sila jgn gain weight kalau tak tak leh pakai bj kebaya iteww sbb nampak fit cuttingnya :p MZ baru turun setengah kilo ajer ni sbb baru start puasa kan :p harap2 sempat turun ler sikit2 kilos tu :p

note : dh ramai gak MZ jumpa blogger sejak balik msia ni :) besh dpt ramai kwn hasil blogging :) who's next ?? ;) :)

Tuesday 23 August 2011

Ya Allah, janganlah ujiku dengan dugaan yg maha berat | al-fatihah utk arwah Dania Emelda Aqasha

laju jer air mata me mengalir...:(
semua kat dunia pun hanya pinjaman dari Ilahi, bila2 masa jer Allah boleh amik balik...nikmat kegembiraan, nikmat bersama org2 tersayang...

terbaca psl berita kematian adik Dania (umur 2 thn) kat blog my bff ayu, then me terus click utk ke blog Leen ie ibu arwah Dania--mengalirlah air mata me sederas2nya sbb ada byk pic time Dania happy2, sihat2, mcm my boys yg selalu happy2 time bergambar..arwah Dania baru jer didiagnosis leukimia ie Feb thn ni..so kiranya bertahan selama 6 bln seblm pergi buat selama2nya, pergi tak kembali..

salam takziah utk Leen (actually me tak kenal Leen pun sblm ni..cuma being a mother and blogger, rasa mcm dekat jer..) & al-fatihah utk arwah adik Dania

berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul...me tak sampai ati nak tepek pic arwah adik Dania yg sgt cute and comel semasa hayatnya...uolls tgk and baca sendiri kat blog Leen


:( pg td me happy, then now sedey sbb berita kematian tu...


Jom baca pendapat Ustaz Love | Hukum Kotex sms contest

ari tu me ada buat entry psl me musykil, ragu2, was2 psl sms contest by Kotex, contest ni tgh running sekrg and sbb hadiah agak besh ie RM100 cash for every 50th sms, so of course ramai yg dh join...and me tgk ramai gak kwn2 comper yg menang even antar 1 sms pun..me tak join sbb me rasa ragu2 and rasa benda tu mcm berjudi...
me ada tanya Ustaz Love..so Ustaz Love dh bagi jawapan...

feel free to read the full entry :
http://ustazlove.com/blog/2011/08/soal-jawab-contest-judi-kotex-apa-punya-tajuk-daa/#axzz1Vp8UAn7L

ni me copy paste sikit:


Jika pertandingan itu melalui pembelian barang (beli sayap ayam dapat satu peluang cabutan bertuah contohnya), maka ianya diharuskan.. kerana ianya bukanlah yuran penyertaan.. sebaliknya ganjaran bagi pembelian.. pembeli dapat ayam dan dapat peluang cabutan bertuah.. kalau tak menang pun, pembeli still ada ayam yg boleh dimakan atau disayangi..

Kalau pertandingan mcm Kotex tu, disebabkan nak dapat nombor bertuah, maka dia telah menghantar 100 sms contohnya.. katalah 1 sms dicaj RM 0.50, kalau 100 sms dah keluar duit RM50.. sedangkan belum tentu beliau menang.. Ada yg cuma hantar 1 sms dan bleh menang.. kat sini dah nampak unsur2 zalim (tak adil), gharar dan perjudian nasib.

Berbeza dengan kes contest pembelian ayam kat atas, kalau ayam tu harganya RM10 sekilo (ni ayam mengandung.. sbb tu mahal), maka peserta yg menang ke, yg kalah ke dalam contest tu, tetap mengeluarkan wang dalam jumlah yg sama.. dan mendapat manfaat yg sama daripada pembelian ayam..

Seboleh2nya, jauhilah contest2 berdasarkan sms yang berasaskan sms terbanyak, atau yg menetapkan nombor2 tertentu sebagai pemenang.. yg mana peserta perlu mengeluarkan duit untuk menyertai contest itu (bukan melalui pembelian barang).. kerana ianya lebih menghampiri kaedah2 perjudian..



2nd time pegi Blu Inc | selonggok LipIce | jom main teka2 and win LipIce!!

semlm me pegi Blu Inc office sbb nak collect hadiah yg me menang dari magz Female...

 
tu semua magz under Blu Inc


ni salah satu hadiah yg me amik--yeszaa...selonggok LipIce stuff berharga RM200!!!


MZ nak bagi kat uolls some of the LipIce :) jom main teka teki

(1)cuba teka ada berapa item/LipIce yg MZ menang  dlm pic kat atas tu..
(2) apakah tarikh bday my zharfan & my ariff

sorang boleh teke sekali ajer...teka teki opens till 12 mindnite tonite! saper yg jwb betul dan cepat, akan menang LipIce dlm pic kat atas tu...tak sure lagi MZ nak amik berapa winners...tgk nanti mcm mana...result esok!!

selamat berteka teki ;) me hidekan comment those yg menjwb teka-teki ni, me akan publish mlm ni/pagi esok sbb tak nak ada org tiru2 heheh


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails