Sunday, 24 July 2011

Rahsia terbongkar | terjumpa TIPS dari pro-comper

masa BW, ternampak link ni:


and me notice ada one pro comper nama zamri--wah, he has been winning a lot--and the best part, dia tak kedekut plak share2 some of his winning tips...

feel free to read their discussions -- kira tambah info and ilmu psl comping :) byk tips psl contest nationwide esp yg highest purchase based  and lucky draw :) -- me memang tak join contest yg highest purchase based sbb tak de modal and rasa mcm wasted ajer kalau me join :p

ni some tips yg me copy paste from their discussions:

zamri : "...kalau kau nak menang kau perlukan 60 keatas bukti pembelian baru la peluang menang 50%. Aku hantar tak banyak minggu pertama aku antar dalam 60 borang. Paling senang nak menang minggu pertama dan kalau nak pos antar seminggu sebelum peraduan bermula dan pos surat pejabat pos yang berlaianan tempat. Contohnya pos 15 borang kat pos kelana jaya , 15 kat pos besar kl 15 kat subang jaya, 15 lagi pos kat luar kawasan kl dan selangor. Kelebihan kalau semua borang tu sampai borang tu akan berselang seli dan kemunkinan nak menang tu meningkat 70%. itu la aku yg menang hari pertama dpt rantai emas. Kalau ada perasan muka yg hemsem pakai spek mata hitam (mata kene Ketumbit) tu aku tengah pegang rantai emas. Banyak dah menang peraduan anjuran nestle dpt masuk final peraduan kotak milo."

zamri : "...Ataupun kau bookoing necafe kedai mamak ke, yg dekat umah kau kat tempat keje. Gerenti dpt banyak. Kau beli la 1 plastik 40 cen. Kalau kau buat cam ni daripada awal tahun hingga ujung tahun gerenti bukti pembelian mencecah ratusan dan confirm la kau masuk final. Kat umah aku penuh ngan bukti pembelian daripada plastik dumex, dutch lady, necafe, power root, kotak yeos dan bermacam lagi ynag berpontensi untuk kitar semula. Ada berani kaaaaaa......nak buat macam tu....."


zamri " "...biasanya web site dia kat nestle malaysia tapi keluar lagi la. Aku pun baru tengok form dia kat sogo. Aku cilok la sebandel. Dia start 1 julai hingga 1 sept 11. Kalu anak kau suka minium milo kotak kau simpan la dia punya barkod ngan bahagian atas. Dia nak barkod kotak milo, air tin milo, air tin nescafe, air kotak nesvita, Tapi rasenya hadiah milik aku la. Taun lepas masuk final kalah mati kat 2 org peguam dpt rm5k. Tahun ni rm200,000 aku yang punyaaaaa Pakcik Kayo. Kau kene carik kotak milo banyak banyak seri kalau kau nak suruh anak kau minum banyak termuntah anak kau. Kau suruh la suami kau cari dlm tong sampah. Mane le tahu kot kot kau masuk final. Sekurang kurangnya kau perlu kan 300 kotak. Setiap minggu hantar 50 penyertaan baru la ada peluang. Ada berani ka!"


Achi : "...Aku biasa dan suka masuk peraduan dan sepanjang hidup aku ade 2x hadiah terbesar pernah aku dapat. Satu peraduan debit card aku dapat kete kelisa, satu lagi peraduan kit kad aku dapat home theater and tv 50 inci."


Zamri : " ...tahun lepas aku hantar seribu lebih borang penyertaan satu pun tak sangkut dalam peraduan sebarkan kebaikan susu DL yang menawarkan sebuah rumah tapi barkod DL aku cari dlm tong sampah. Kau tahu sapa yang menang Dina Rozario yang menang tapi yang aku pasti dia ni bukan jenis minat peraduan. Mungkin pemilihan pemenang tidak adil."


Arfa : "...aku dah try wat masa contest bateri panasonic.. suami aku menang 1st prize home teather set dan aku menang 5th prize shower set...aku wat mcm buku scrap..tp x semua contest mcm tue...nasib jugak tue..tp ape2 pun kita boleh try kan..."


Zamri : "...peraduan yg tertentu je yg memerlukan peserta tidak perlu menghantar penyertaan terbanyak tetapi memerlukan kreativiti seperti mencipta slogan, kreativiti menulis semula sesuatu ayat, membuat tandatangan dan sebagainya dan ditambah pula dengan menghias borang peraduan supaya nampak menarik sekali. Banyak juga aku menang berdasarkan kreativiti tersebut. Seperti peraduan harian metro awal tahun ni atas nama bini aku la, peraduan court mammonth,peraduan dumex, peraduan proton dimana borang tersebut aku laminate kan pastu cari kadboard lembut untuk dibuat seperti frame."


note : comping ni boleh buat org jadi ketagih,sbb bila dh menang, akan rasa nak menang more and more :) and comping needs skills, passion, luck :) and memang ramai pro comper kat Msia :)


20 comments:

  1. saya pun minat..tp selalu takde luck..sbb tu mmg jarang masuk. sebab cepat putus asa. :P

    ReplyDelete
  2. perghh!! mmng hntu contes nie...siap g cri dlm tong sampah,order kt mamak...borang 50,60....memang berbaloi la...

    ReplyDelete
  3. benda2 ni kena rajin gak MZ.. hehehe

    ReplyDelete
  4. waa..macam tu sekali ye..nak menang punya pasal.heheh.nina kdg2 join jugak.tp hantar sekeping jek.haha

    ReplyDelete
  5. thanks for sharing MZ..sesuai untuk ezay yg baru berjinak2 ni..perlu tunjuk ajar lagi banyak

    ReplyDelete
  6. omg!gle dasat nie.a.deh..ifa lum lg tahap cmnie..baru je mula sikit2..haha..tp mmg gle la..sanggup nie pesan ngn adik2..jiran2...jgn buang ok kalu korang mkn ke minum ke..haha..sbb nak amik wat hantar join contest..=D

    ReplyDelete
  7. suka jugak tapi kadang2 tu tak cukup rajin nk join...

    last minute sokmo br hantar borang. mcm mana nk menang...

    ReplyDelete
  8. actually baru 3,4 hari lepas terbaca pasal ni sebab terbuka pasal contest nescafe kat offerstation...

    ReplyDelete
  9. mmg dahsyat nii!! mmg kagum laaa..hidup bercomper je la ni nampak nyee

    ReplyDelete
  10. klu beli banyak lebih bertaruh nak mng itu dah cam berjudi sbb kalah akan frust :(...tapi kalau usaha cam kutip sana-sini beli ikut ala kadar, better kot :)

    ReplyDelete
  11. dahsyat.. Nida setakat ni lum lagi join yg gempak-gempak.. sekadar yg ada dalam blog ni je...:)

    ReplyDelete
  12. serius! memang mereka bersungguh2.. kagum & respek lo!

    ReplyDelete
  13. alamak suzz... pitam ne.. ila ikut konsep ayula.. "hantar sekali je , kalau banyak kali dah macam apa ye.. ayat last dah lupa lak.. kekeke

    ReplyDelete
  14. fullamak, mmg terbaik la entry kak suzi ni..buat me rasa mcm teruja, and mmg xkan jin la sbb mmg xsmpai tahap nak kumpul 300 kotak milo..keh,,,tq for sharing kak!

    ReplyDelete
  15. dasat woooo. gila kentang sume nya. huhuhu

    ReplyDelete
  16. betol2!! bila menang.. rasa nak menang banyak2 lagi! heheheh

    ReplyDelete
  17. patutlaa tak pernah menang..hehe..
    ada org hantar samapi 60 penyertaan....

    klu nk menang kena usaha lebey laa kan?? setakat hantar 1 penyertaan mmg chances pun kurang laa..huhu..

    ReplyDelete
  18. Bst nye..selalu menang...tahnia ye..sy ni selalu cpt pts asa..huhuhu

    ReplyDelete
  19. sya firdaus.sya pernah jugak menang peraduan nestle.disi sya beritahu jikalau ada perminat tentang peraduan nestle milo ke maggie dari perodak nestle.sya bayak kumpul bahan2 bukti nestle.jikalau sesiapa nak beli bahan bukti nestle dari sya sudi menjuan nya.sila hubugi sya di talian.0137903293 firdaus

    ReplyDelete
  20. bestnye masuk contest dan menang wang besar., hehe2

    wak pon dh lama x join contessan., ;p

    ReplyDelete