me dpt info ni dlm my inbox...kena hati2 ni..
BANDAR PUTERI JAYA - Seorang suri rumah terpaksa bergelut dengan dua
penjenayah apabila mereka menyamar sebagai pekerja Tenaga Nasional Berhad
(TNB) untuk membuat pemeriksaan dan penukaran meter yang dikatakan akan
diselaraskan ke semua rumah dalam kejadian kira-kira 10 pagi Selasa lalu.
Mangsa, Siti Aishah Murad, 41, dibelasah dengan teruk selain dipijak di
bahagian dada dan dicekik oleh dua lelaki sebelum melarikan dua rantai dan
gelang emas yang membawa kerugian hampir RM10,000.
Menurutnya, ketika itu dia bersama anak lelaki, Mohamad Nazim Mohd Zubir,
9, baru sahaja masuk ke dalam rumah sebaik selesai kerja menyapu halaman.
"Sebaik keluar dari tandas, saya ternampak seorang lelaki memberi salam
dengan memakai pakaian seragam TNB meminta kebenaran masuk ke rumah untuk
memeriksa meter.
"Setelah memberi kebenaran untuk masuk ke dalam, lelaki berkenaan
meninggalkan motosikalnya di luar rumah dan menyuruh saya membawa bil
elektrik serta kad pengenalan untuk diperiksa," katanya.
Siti Aishah berkata, sebaik sahaja keluar semula dengan membawa dokumen
yang diminta, datang pula seorang lagi lelaki dengan memakai baju T
berwarna kelabu.
"Pekerja TNB ini kemudian menjelaskan bahawa rakannya akan membuat
penukaran meter pada sebelah petang sebaik sahaja selesai pemeriksaan,"
katanya.
Menurutnya, secara tiba-tiba, kedua-dua lelaki berkenaan mengheretnya ke
dalam rumah dan memijak dada, mencekik leher dengan kuat dan menyepak bahu
kiri dan kanan.
Katanya, pergelutan itu bagaimanapun disedari Nazim yang berada di bahagian
dapur.
"Saya meminta Nazim melarikan diri dan menyuruhnya meminta bantuan jiran.
"Mungkin disebabkan takut, kedua-duanya melarikan diri apabila melihat saya
tidak bermaya. Namun, ketika itu saya boleh mengejar mereka sehingga ke
jalan raya," katanya.
Siti Aishah berkata, jiran hanya menyedari kejadian sebaik sahaja
diberitahu anaknya namun, tidak sempat membantu kerana kedua-dua lelaki itu
sudah melarikan diri menggunakan motosikal.
Menurutnya, dia mengalami trauma akibat kejadian itu dan sudah membuat
pemeriksaan kesihatan di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.
"Saya menasihatkan kepada orang ramai supaya berhati-hati dengan individu
tidak dikenali," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali
ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan mengenai kejadian itu.
note : moga2 kita semua dilindungi..wal iya zubillah
takutnyer....memacam cara diorang nie nak merompak...
ReplyDeletebahayanya.. nasib saya ni cepat sunggu curiga orang...susah betul nak layan even mamat2 unifi nak promote unifi..
ReplyDeleteYALLAH TAKUTNYE..
ReplyDeleteMCM2 HAL LA SKANG NI
TAKUT!
terima kasih MZ..
ReplyDeletehati2x ya kawan2x semua..jgn kasik sesiapa masuk rumah...
kekadang kena berlakon sikit..cakap jer.."husben saya yg kerja kat Bukit Aman tu tak balik lagi..nanti balik baru dtg"
uiks bahaye nie..hu3..kn alert lebihla cam nie..aduyaiiii bahaye2
ReplyDeletescary nye...take cara sekrg ni mcm2 blh jadi...
ReplyDeletemenakutkan!!
ReplyDeleteteruk nya. sian akak tu. tu la kalo di UK ni kan mmg dia suh tunjukkan ID kad bagai baru bole bukak pintu, tp kat msia, kalo wat camtu pekerja sebenanrnya mula la sentap x psl. pastu mula la acuh x acuh wat kerja kat umah kita tu
ReplyDelete@zaidah : scary kan..
ReplyDelete@Chekgu Azrine : betul tu, memang kena hati2 setiap masa
@ Nana : kan mcm2
@deqlis : bagus gak idea deqlis tu :)
@Firdnurjue : memang kena alert
@lovelymasha : yep, betul tu
@ila mama amana : yep
@Oyis : lain UK dgn msia--UK low crime rate..
omg!jhtnya!
ReplyDelete