Sunday, 31 July 2011

mode terkejut | Khairul Fahmi & Elia putus tunang

pagi tadi masa breakfast kat kedai mamak, me ternampak psl ni kat harian metro front page and terus beli tanpa teragak2..

terkejut jugaklah, sbb diaorg baru bertunang 16 mei yg lps ie tak sampai 3 bln pun..
emm...antara penyebabnya, ada org nampak KFCM kuar dgn pompuan lain and ia terus tersebar kat internet..tapi KFCM menafikan and ckp, that girl is jiran sekampung nama dahlia..entahlah

KFCM kata, elia tulis status FB ckp KFCM marah her mom, padahal dia just call and ckp elok2...so apek tak leh terima elia tulis kat FB tu..
me pelik tau tgk org2 yg tegar FB suka tulis psl personal life kat FB status tu..semua benda nak citer...nak suruh semua org tau agaknya...

yg pasti, pertunangan diaorg dh berakhir...

note : mr hubby kata, memang bila dh jadi femes, byk dugaan..hidup pun dh tak privacy...mcm mawi AF dulu kan...putus tunang gak..


Risau bila time nak redeem apa2 slimming voucher

me pernah terkena--last few years--masa tu me menang voucher spa kat spa nama Rustic Nirvana (somewhere near bukit bintang), hadiah voucher tu me menang dari contest dlm magz parenthood/mami baby--tapi spa tu buat slimming gak...so bila dh abis sessi spa tu, dioarg paksa me amik pakej2 tu...sbb me berkeras tak nak and ckp me nak pikir dulu, diaorg paksa me bayar RM100 as deposit...kalau tak bayar tak leh balik..cian me kan..dh ler me pegi sorang2...

and recently, me ada menang lagi ni...voucher slimming from Marie France (yg ariff menang parkson baby contest tu)...

so sgtlah risau kalau nak redeem..konon2 value RM800 tu...kang tak pasal2 me kena amik pakej yg ribu raban tu..dh lah me memang gain weight masa me dok UK tu...so of courselah akan jadi perfect target utk slimming ni...

and kerisauan bertambah bila baca entry one blogger kat sini:

ni me copy sikit entry tu..
Kebetulan semalam ucu aku nak pergi Casamoda di Seremban 2 so aku singgah LWM tanpa buat sebarang appointment terlebih dahulu. Proses rawatan bermula dengan timbang berat dan ukur ketinggian. Kemudian akan ada sesi consultance, kat sini diowang akan tanya kalau kita ada masalah kesihatan, kemudian dia akan tanya cara pemakanan seharian kita.


Then mereka akan terangkan punca masalah berat badan kita dan check badan kita. Lepas tu rawatan yang akan diterima diterangkan secara terperinci, termasuk harga sebenar sebelum promotion. Harga selepas promotion adalah RM3900 untuk 10sesi rawatan. TIBA-TIBA dia tanya "so nak bayar pakai guna credit kad or macam mana". WHAT THE HELL !!


Aku sabar lagi dan menolah rawatan berbayar tu secara baik. Tapi dia tak berputus asa dan terus mendesak aku untuk call parents la hapa la. Then terus aku hilang sabar dan tempik orang tuh. Barulah dia pergi sediakan rawatan percuma untuk aku, tapi mood aku terus hilang nak rasa semua tu sebab rasa macam ada agenda lagi lepas ni.




"Lose 4-16cm even at your first session." Bukan 1first session but full treatment.
(^^")



Marketing diowang sangat superb kan dan mendatang kemarahan customer ada lah. huhuhu

teruk kan sbb marketing yg tahap memaksa....sbb tak mudah utk dpt customer yg nak bayar ribu raban unless yg betul2 poket tebal...artis2 yg jd duta and then jadi slim melim pun pun dpt tajaan kan..bukannya diaorg bayar ..

semua slimming centre pun sama tricknya ni...kakak me pernah kena dgn philip wain...last2 dia kena bayar RM50, pdhal mula2 ckp free consultation..


note : uolls ada similar experience tak?

Mak borek anak rintik

my lil ariff pun suka minum ni....sama mcm mamanya :) ariff suka sbb ada rasa susu (yoghurt) :)


tak semua KFC ada krushers ni...


ni kat KFC alpha angle (wangsa maju)


my fav is blueberyy flavour :) siyes sgt sedap! kalau beli ala carte, harga dekat2 RM5 termasuk tax, kalau add on, murah sikit :)

uolls selalu/suka krushers tak?


note : selamat membuat persiapan utk bersahur & berpuasa :)


Saturday, 30 July 2011

Salam takziah dan al-fatihah utk Aleesya Farhana

ari ni me baca kat Metro, that he/she in ICU

then nampak entry my niece, yg dilinkkan kpd berita harian online

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/LelakimohontukarnamaAleeshaFarhanameninggaldunia/Article

pix_gal0
KUALA TERENGGANU: Mohd Ashraf Abd Aziz, 26, (gambar) yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana meninggal dunia jam 4.50 pagi tadi selepas dimasukkan ke wad ICU, Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, awal pagi semalam.

Allahyarham dilaporkan mengalami tekanan darah rendah akibat kemurungan apabila permohonannya menukar nama ditolak Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, baru-baru ini.

takziah...


note : mati itu pasti..


shhh...lil baby in tummy masuk magazine

congrats to my adik--Azma Hanim Ismail--terpilih as one of winners for Bump in Style  Parenthood Magazine Aug 2011.

Hadiah besh gak ni--voucher ModernMum worth RM500 :)


murah rezeki baby tecit dl perut tu...doc kata baby girl :) dh lama tak de gegirl dlm my family--cucu perempuan my mom yg paling kecik now dh masuk matriks pun--so u can imagine dh berapa lama kan hehhe

note : me tukang snap pic tu, me tukang join contest tu--tapi hadiah utk adik me lah :) tiada yg lebih menggembirakan selain buat org2 yg tersyg happy :)

Cek Nuffnang dah selamat sampai and SELAMAT...

dibelanjakan!!!...wohooo--sepantas kilat --this time, tak sempat masuk akaun anak2 me :p


:)
me beli one of 3 brg yg me tulis dlm my wish list--so ada lagi 2 brg nak beli ni..bkn brg2 besar pun--brg2 yg me guna/pakai ajer :p

so duit cek tu me beli handbag brand Carlo Rino(lom sempat snap pic)--dh lama me usha2 --me beli kat jusco alpha angle --sbb ada diskaun 20% :) kira handbag raya :) so duit hasil blogging (income bln June tu) kiranya me beli satu brg yg boleh me guna everyday--sampai lah me boring guna beg tu nanti ;)

dua lagi brg dlm wish list....soon, Insya Allah :)

selamat berhujung minggu uolls!

Sneek peek ajer | majlis penyampaian hadiah Scoth Brite

ada ker org dtg blog me ari sabtu ni heheheh

Friday, 29 July 2011

Rupanya2 ada gak FITNAH kat alam blog | ekoran entry panas--rupa2nya bukan Kak Nor yg tulis komen tu...

ekoran entry PANAS yg me publish pagi ni..

ada yg komen kat blog--psl penulis yg bernama "kak nor" tu
ada yg email me personally

and Kak Nor sendiri, yg mana namanya telah jd part of the entry panas--yg mana me tak pernah kenal pun...telah email me personally, bersumpah bahawa bukan dia yg tulis komen tu..dia tau psl entry panas tu pun sbb ada kawan dia yg ckp..so me percaya apa yg Kak Nor tulis in her email...kak nor kata dia tak pernah langsung dtg blog me or tau kewujudan blog me, sampailah kwn dia yg citer kat dia..

me akan buat entry khas utk perbetulkan keadaan...

me dgn ini mohon maaf atas segala yg berlaku...rasanya me & Kak Nor jadi mangsa keadaan--tapi one thing yg pasti--ada somebody yg tulis komen tu kak shoutbox--bukan Kak Nor, tapi org lain...

Ramadhan dh dekat--kenapa mesti ada benda2 sebegini...kalau tulis Anon pun me boleh terima, jgnlah busuk ati guna nama org lain..seolah2 komen itu dari Kak Nor...


mari melawat sambil collect hadiah

dpt email pagi smlm....ptgnya terus me pegi collect hadiah kat office baiboo kat desa sri hartamas--sbb nya next week dh puasa, so kalau boleh tak nak kuar2 nanti jadi letih penat dahaga :p

jom skodeng
ni signboard kat tepi lift-- ofisnya kat tingkat 2

ni pintu ofis baiboo

wohoo..byknya hadiah2 kat ofis baiboo ni

sempat curi2 snap pic ketua editor--mat salleh ni...sorang lagi staff pun mek salleh gak...yg in charge hadiah ialah one chinese lady

nilah hadiahnya...Bepannthen hamper worth RM150--ada cotton bud, 1st aid kit mini, nappy rash cream, ointment cream :)

TQ baiboo!

Prize-giving Scotch Brite | 4 pm @Jalan Riong Bangsar

me attend prize giving  dgn my zharfan ajer--mr hubby keje, tak leh cuti sbb baru 3rd day keje ari ni..


detailed story+pics soon


Sneep peek : hasil sentuhan photographer professional ASTRO (Measat Publication)

total pics 598 keping...so me nak kena pilih mana yg diuploadkan kat blog--semua pics me suka :)

perhatikan --MZ bermake-up tebal hasil make over make-up artis Astro :p

more pics soon--kenangan MZ di hari tua :)

Ramadhan terakhir

andainya ramadhan tahun ini adalah ramadhan yang terakhir...bersediakah me, bersediakah uolls

ramadhan 2008 adalah ramadhan terakhir utk arwah ayah me...kerana arwah ayah pegi buat selama2nya pada june 2009, sblm masuk ramadhan thn 2009...

ari khamis minggu lps, me ikut my colleague pegi dgr kuliah/ceramah agama kat masjid bukit mulia (ukay perdana)..ceramah mingguan oleh Ustazah Fatimah Az-Zahara yg sellau kuar kat tv tu...11.30 pagi sampai 1 pm...1st time me attend ceramah tu..sgt menusuk kalbu apa yg disampaikan..

antara inti pati yg sgt berkesan di hati me..

"there's nothing in between"
it's either syurga or neraka--and tak de org yg waras nak masuk neraka--even non muslim pun percaya psl syurga neraka...
anyway, kata Ustazah, sebaik saja kita mati and jenazah masuk kubur--ruh kat alam barzakh tu terus akan diperlihatkan tempatnya--sama ada taman syurga atau lubang neraka...and terus akan rasa nikmat atau azab kat dlm kubur tu..sementara menunggu hari kebangkitan di padang mahsyar..

me sentiasa berdoa agar arwah ayah me ditempatkan di salah satu taman dari taman2 syurga yg membahagiakan..Amiin...

note : me manusia yg alpa...

ENTRY PANAS : ada orang tak suka MZ terlalu mengagung2kan life kat UK


sejak me mula aktif berblog thn lps...rasanya jrg benor me dpt komen2 yg agak 'menyakitkan' hati...
biasalah, lumrah hidup tak kisahlah online or offline, kalau ramai org suka kita, mesti ada agak yg tak suka...mcm fans vs haters lah...

jom baca apa respons MZ pada komen PANAS di atas...

"kat luar negara ada jenayah"--YEPP itu MZ akui..mana ada negara dlm dunia ni tempat tak ada jenayah cik kak oii....tapi anda kena ingat---kadar jenayah kat UK is a lot lower than Msia--me rasa selamat jln2 sorang2 kat UK, (me pegi UK thn 2007 sorang2 tanpa family ok) and sgt2 jrg ada kes ragut--sepanjang me dok UK, sekali ajer me nampak kes ragut dilaporkan di akhbar, tu pun kat London, bkn kat Nottingham tempat me duduk tu...so memang fair lah kalau me ckp, kat Msia sgt byk jenayah!! fakta tu!! kalau u nak tau, in case u belum pernah tinggal kat UK, kat sana, rumah2 tak de grill ok, pagar pun tak de, just pagar2 dlm bentuk pokok2 ajer...kat Msia, agak2 kalau umah u tak de grill..boleh ker?? malas i nak tulis panjang2..

i nak jwb part komen u yg lagi satu
"bangga ker  awak dok luar negara hanya beberapa tahun jer tuh"
wah, panas jugak telinga i bila tgk komen tu...
so nak kena dok obersi berpuluh2 tahun ker baru nak nampak beza life kat UK dgn kat Msia?
yep, i tinggal kat UK selama 1 tahun 10 bulan,  i berani ckp, i bangga--sgt2 bersyukur, bertuah sbb mendapat peluang merasai hidup di obersi---di negara maju--bkn negara yg lebih mundur dari Msia ok..

me tak kata everything kat UK tu bagus--tapi, sepanjang pemerhatian me sepanjang me hidup kat sana..byk benda yg UK ada tapi Msia tak ada--cthnya, purchasing power yg tinggi, education system yg sgt berbeza, keta2 brand new yg murah, mentaliti rakyat yg sgt2 lain, petrol pun lagi murah dari Msia, tak de tol kat UK--kat Msia mimpi ler memang takkan dpt gitu..

u tulis komen panas tu, ada tak u baca semua my blog entries psl life kat UK? i pernah tulis psl entry
http://www.suzie284.com/2010/09/5-benda-yg-tak-best-about-staying-in-uk.html

tapi, i tetap dgn pendirian i...yepp..i suka hidup kat UK...even kalaulah ditakdirkan one day i dpt peluang utk migrate and keje kat UK--i akan terima offer tu tanpa nak kena pikir dua kali pun...

tak guna i tulis panjang2 pun...i assume u pernah dok obersi so u pun boleh compare and berani tulis komen panas kat cbox me tu...u agak kenapa ramai student sanggup keje kat sana lps abis study, tak balik serve the bond--sbb UK tak besh agaknya :P :p

lain org lain persepsi, lain experiencenya..

and pengalaman me hidup di UK--me sgt2 sedar--betapa me hidup dependant on scholarship ie govt money ok..kalau pegi sana as tourists, memang lah tak besh sbb duit RM kita sgt kecik nilainya bila convert to pound sterling.

anyway, me adalah rakyat Msia yg cintakan negara Msia..tak de kompromi--tapi jgnlah sempitkan minda, mcm katak bwh tempurung--kalau saper2 tak pernah rasa dok obersi memang takkan nampak apa yg Msia tak ada tapi kat tmpt lain ada...

sekian
tq lah yer cik Kak Nor sbb sudi bagi komen panas tu

tq uolls sbb sudi baca!

Thursday, 28 July 2011

Buat entry dgn perasan jeles meluap2 :p | me cilok pic kwn2 kat Notts @Lavender Farm

MZ MZ, cian sungguh--tgk org pegi posing2 kat kebun lavender, terus rasa jeles tahap gaban

baby dlm pic nama zafran --anak kawan me kat notts 

masa MZ kat notts last year, tak tau kewujudan kebun ni--so sempat pegi ldg epal+ strawberry ajer


lavender farm ni kat snowhill, 50 min dari notts--ni info pun cilok dari FB kawan me--nama zuhaidah :) her baby boy nama zafran --dlm 1st pic tu..--member2 kat notts selalu confuse dgn nama my zharfan, sbb terbalik ejaan sikit ajer heheh


tak tau ler ada ker tak peluang me utk golek2 posing2 kat kebun lavender ni (dlm mimpi ajerlah --unless me pegi cuti2 obersi :p) ---kat aussie pun ada kebun ni--me pernah baca kat blog sapa ntah...


zuhaidah, hubby and their baby boy
perhatikan rumah tepi ldg tu--sgt comel kan :)

lavender is purple and wangi--ada gak lavender putih kot...subhanallah--cantik kan ciptaan Ilahi..

zafran ni putih melepak kulitnya :) mcm anak cina :)


note : now me paham bagaimana rasa perasaan jeles itu--ie time uolls tgk my pics masa me posing2 kat ldg epal, ldg strawberry last year....


and lil Ariff won again | contest @Baiboo

Alhamdulillah :) pagi tadi dpt email dari baiboo...lil ariff terpilih as winner for contest kat baiboo online...contest ni regular basis--ikut tema..

sbb tema my baby in working attire--me pun email lah pic lil ariff pakai bj doctor tu :)--pic ni menang conso contest parkson baby --when i grow up.


dapat hamper Bepanthen (ubat2 ni under Bayer Healthcare ) worth RM150--bukan guna modal pun join contest ni, just email pic ajer, tak pyh buat caption/slogan pun :) kira sgt senang utk menang :) last few years zharfan pernah menang masa tema pic with toys, tapi hadiah goodies bag worth RM20 ajer masa tu :) this time the value is more :)

note : 12th winning for July


saki baki hasil CGL and saki baki kemenangan CGL

semlm dpt 2 parcel hadiah..alhamdulillah

(1) FM Paris from zety--lucky draw kat blog zety!! i like :) rindunya kat paris :p


(2) parcel suspens..sbb tak tau hadiah apa--ingatkan perfume--rupa2nya...ink printer heheh ni hasil menang lucky draw gak..tak sempat nak letak link ni :p :p


and ni latest winning CGL--me one of winners for lovely moment GA--dpt hadiah pic 8R printed +edited--i like :)
the winning pic sgt manyak ong--hasil PS dgn deep blue lense thn 2009 :)

me dh sebln lebih tak join blog contest/GA--bz bz bz + bila dh lost momentum susah nak sambung balik :p--me sempat join offline contest ajer :)

note : 11th winning for july 2011


Nuffnang cek OTW | rupa2nya bukan yang terakhir--i hope ;)

those yg cash out Nuff bln june, mesti dh dpt payment advice from HSBC kan heheh me dh dpt semlm :) so cek OTW lah.. RM152 ajer pun :p--income utk sebulan tu--time ada seketul BE masa bln mid may- mid june tu :P--bila tak de BE tak denya me nak merasa cash out :p :p


me ingatkan tu cek terakhir lah..sbb blog me dh sebulan lebih tak de BE--tp semlm tup2 dpt BE baru --seketul ajer :) so ada chance boleh cash out lagi heheh me jenis tak peram--me cash out ajer even kdg2 amount ciput pun :p

tq nuffnang!!

uolls mesti ada byk BE kan--yuyu zulaikha yg UV ribu raban tu ada BE bersusun--her monthly income RM1k above now..besh kan :)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails