ni latest update by KKM as at 14 mac 2011--relevant utk parents yg ada anak2 yg menggunakan susu botol termasuk lah me :) --setahu me, kalau brand Avent, yg latest bottles semuanya BPA free.
source KKM
a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat
Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
Nombor 7
Nombor 7 dan PC
Nombor 7 dan ‘other’
Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.
b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat
Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.
Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.
Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.
14-03-2011
BPA ke, x BPA ke...i selalu tukar every 6mths
ReplyDeletetadi ada tengok kat berita...seb baik memang tak pernah beli botol biasa tu..guna memang bpa free dari dulu2..adehhh
ReplyDeletetd br je tgk kt bultin utama psl ni
ReplyDeletejust back from holiday @PD, x sempat tgk berita td. drg ckp ape ekk??
ReplyDelete-lisa
nieh yg kuar berita nieh kan...
ReplyDeletebahaya betul. risau lak mana2 bayi yang dah terguna botol ni
ReplyDeleteanak2 kakyong dulu pun guna botol BPA ni.. tp kena kerap ganti lah... usahlah pakai sampai boleh mbahayakan anak2..
ReplyDeletesebaiknya beli ajer botol2 BPA free dah byk kat pasaran & mostly botol anak2 ni bertanda BPA free atau tidak...
ramai guna botol BPA sbb botol BPA ni murah.. kalo kat kg2 tu, beli ajer mana yg mampu.. kan... berbanding mak2 zaman skrg yg sgt alert.. ;)
n3 terkini kakyong.com
Makan kenduri dengan YB Manjoi
Makan-makan di rumah baru MakNora
Segmen review no 5 : transformed housewife @ nur adyani
Me, as moms to be kena take note. hehe :p
ReplyDeleteifa pun take notes nie..sj2...haha
ReplyDelete