ni cth--ni pic time autumn--me pakai 4 lapis baju ni..
so apa hukumnya?? boleh ker? kan kalau ikut syariat, tudung nak kena labuh utk menutupi bahagian dada...
jom baca kupasan oleh Ustaz Love--sungguh jelas, terperinici dan santai gak, trademark Ustaz Love tu heheh
kalau uolls ada apa2 kemuskyilan agama, boleh lah tanya Ustaz Love yer :)
Soal Jawab : Tudung Masuk Dalam Baju
13 MarSalam…
Ada satu pertanyaan daripada seorang blogger iaitu cikzsmile berkenaan dengan isu tudung…“sy ingin penjelasan ustaz mengenai pekerjaan yg memerlukan kaum perempuan memakai uniform yg tudungnya perlu dimasukkan ke dlm uniform spt polis/chef.apakah pekerjaan ini harus dihindarkan pleh kami kaum hawa?apa pndangan dan hukum dari segi agama Islam ustaz?kerana kita tahu tudung yg dpakai perlu menutup dada.harap ustaz dpt menjelaskan kpd sy
terima kasih!“
Sebenarnya, tujuan menutup aurat adalah untuk menjaga maruah wanita dan membezakan mereka daripada golongan jahiliyyah / bukan Islam.. selain untuk mengelakkan menimbulkan keghairahan kepada para lelaki durjana yang sentiasa mencari2 peluang untuk mencuci mata dan melakukan sesuatu yang boleh merosakkan maruah wanita (spt merogol, mencabul, meraba dsb)..
Sebab itulah menutup aurat ini hanya disyariatkan untuk menutup daripada penglihatan bukan mahram saja.. kalau dengan suami isteri, nak pakai spender dlm rumah pun takde sapa yang marah… Cumanya, untuk lebih beradab dan menjaga daripada perkara2 yg tak diingini (spt sumbang mahram ke), maka hendaklah menutup apa yang boleh mendatangkan keghairahan spt kemaluan dan buah dada.. Juga bagi pasangan yang sudah mempunyai anak, maka sebaiknya dielakkan daripada berpakaian seksi dalam rumah.. supaya tak menjadi tontonan anak2.. kalau dalam bilik, takde masalah..
Memang ada ayat al-Quran memerintahkan untuk melabuhkan tudung sehingga menutupi dada.. tetapi illah (sebab) bukan pada melabuhkan itu, sebaliknya menutup bentuk buah dada itu.. Jika memakai tudung yang melekat ke dada, walaupun labuh, tapi masih lagi menampakkan bentuk buah dada, maka ia masih lagi tak menepati konsep melabuhkan tudung itu..
Maka itu, sekalipun bertudung pendek, tetapi jika baju yang dipakai itu tebal (mcm jaket ke, vest ke dsb) yang mana dapat menutup bentuk buah dada, maka ianya tiada masalah..
Begitulah juga jika memakai tudung ke dalam baju.. maka pastikan baju itu jenis tebal dan keras sehingga dapat menutup bentuk buah dada.. Maka, jika memakai tudung dan dimasukkan dalam baju kurung, maka ianya tak kena dengan syarat menutup itu… sbb baju kurung tu nipis..
Adapun baju spt baju tentera ke, polis ke.. kainnya lebih tebal.. malah ada poket lagi kat dada.. insyaAllah tiada masalah.. walaupun masih kelihatan tak sempurna (dalam aspek penudungan), tetapi ia telah menepati ciri2 minimum menutup itu..
Dalam situasi lain, bagi pekerjaan yang memerlukan tudung dimasukkan ke dalam baju (atas dasar keselamatan) spt pekerja kilang yang mengoperasikan mesin2 ke, chef / tukang masak yang bermain dgn api dsb, maka maslahah keselamatan itu lebih patut diutamakan.
Jadi, bagi sesiapa yang bekerja dalam situasi yang memerlukan tudung dimasukkan ke dalam baju (spt polis ke, askar ke, chef ke), maka tiada masalah di situ.. Yang penting, telah berlaku anjakan paradigma di situ (polis dulu mana ada pakai tudung.. begitu juga askar.. alhamdulillah, lama kelamaan, sudah dibenarkan untuk bertudung)… Kita sama2 berdoa agar suatu masa nanti, warga kerja yang berpakaian seragam akan dibenarkan untuk menutup aurat dgn lebih sempurna (bertudung labuh ke dada)..
Jika ada pilihan lain antara bekerja sebagai guru (contohnya) dan bekerja sebagai polis, maka pilihlah pekerjaan guru.. Sbb bekerja sebagai guru itu lebih memudahkan untuk menutup aurat.. Dahulukan keperluan berbanding kehendak..
note : Islam itu indah, dynamic...sesuai utk semua situasi :)
suka dengan semua artikel yg macamni.... yg penting dada xnampak..masalah bg yg besor. yg kecik ok
ReplyDeletegood2..thanks for sharing
ReplyDeletearini baru nak klik hehehhe
oo..cam tu ke..baru tau..thanx for sharing..
ReplyDeletesalam kak..
ReplyDeletenice sharing kak..info yang sangat berguna.
salam kak..mekasih share nie...
ReplyDeleteramai yang tak tahu pasal nie...
bagus info ni mz
ReplyDeletebgs diri sendiri & utk kwn2 yg lain juga
like entry ni..
ReplyDeletethanx for sharing. :)
ReplyDeleteSatu Kisah Bermula
thanks sb tgh mencari2 info ni....skrg dh menjadi trend pkai tudung cam tu...nk2 kalo yg pkai blouse berkolar ....
ReplyDeletenice info..
ReplyDelete=)
hurm jelas artikle ni ..saya suka jugak masukkn tudung ke dalam baju huhuhu
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeleteada pandangan lain yg lebih keras.. spt pandangan syeikh taqiyuddin al-nabhani yg menyatakan haram memakai tudung pendek / masukkan dlm baju..
namun, dalam maslahah dakwah, banyak kelonggaran diberikan.. semoga dengan itu akan menjadikan para wanita istiqamah untuk menutup aurat..
jika dah istiqamah, maka boleh usahakan ke arah penutupan aurat yg lebih sempurna..
bak kata Mydin "naik tangga jangan berlari.. nanti jatuh" ;)
setuju sangat dengan ustaz love.. kenapalah 'orang' kat kolej dni ni 'warak' sangat sampai tak leh faham konsep bertudung.. siap cakap ' perempuan yang tidak bertudung labuh adalah daripada golongan keturunan bukan baik-baik' dni ingat sampai akhir hayat tuduhan ini kak... dah la pakai high heels dikata perempuan tu nak golek punggung... tak sedar diri menantu dia pakai 4 inci gak. sakit je hati...
ReplyDeletetq 4 sharing sis..=)
ReplyDelete