now kecoh2 plak isu dan hukum legging ni...
Imam Muda Asyraf ada kupas dgn panjang lebar isu ni
[.lps ni me memang tak pakai dh kot legging ni except dlm umah ajer..]
bolehlah baca kat SINI
ni antara part yg me petik dari entry tu..
Kesimpulannya disini, pemakaian legging amatlah ditegah sama sekali. Kerana ianya seolah-olah benar seperti apa yang dimaksudkan oleh hadis nabi SAW, wanita berpakaian namun telanjang. Fesyen itu tidak salah. Namun salah memilih cara berfesyen itulah membuatkan diri dimurkai. Jangan kerana fesyen, maruah tergadai.
Maaf dengan tajuk diatas. Kerana bukan saya sahaja suka, semua lelaki juga tergoda. Tidak semestinya lelaki tergoda, maka lelaki akan sukakan ia. Kerana anda lebih bijak membezakan antara lelaki yang tergoda dan lelaki yang terjatuh cinta. Jangan salahkan pencuri yang merampas harta anda, jika anda sendiri yang memberi kunci kepadanya.
25 comments:
a'ah ek mcm mana dgn inner ek sis? sbb ijah pun pki inner jgk. ustaz love mesti boleh jwb kan ttg ni. hehe.
Alhamdulillah...D memang tak pernah pkai..cuma bli pakai didlm sj mengantikan shemeh(kain dalam)
tapi rasanya mmg pakai legging haram...sebab nmpk bentuk kaki tu kan...
SUKA NGAN KATA2 MAMA "JANGAN BIARKAN PENCURI MERAMPAS HAK ANDA SEDANGKAN ANDA YANG MEMBERI KUNCINYER" MENDALAM MAKSUDNYER
saya tak selesa pakai legging,rasa semacam je...
nak tahu gak hukum pakai inner.. wpon sy ni jrg pakai tp ada jugak pakai esp baju jarang2..
bukan stetakat legigng, kdgn2 tu ad ayg pakai tudung t p snggup upload gmbr x pakai tudung.
i pernah ngepek pasla ni kt dlm entry i, samo2 kito ingat mengingatkan sesama kita --> http://yatiechomeyl.blogspot.com/2011/03/saya-mahu-banned-gambar-tak-senonoh.html
saya tak pernah pakai legging, tapi memang selalu pakai inner....
New Entry: PIKOM PC Fair 2011
alamakkk..saye suka pakai kedua2 sekali..huhuhu
try la tanya hukum inner lak...... i'm a inner wearer. leggings tak minat.
tq info pasal nie...
yup kalo legging tu mmg xsesuai la kan
sbb ketat ikut bentuk badan kite
segan gak kalo nk pakai sbb mcm xpakai ape2
haah la sye pn pengguna inner tegar
camne plak hukumnye tu??
mmg xpenah ada legging
Penah dengaq pasal isu nie...
MJ sendiri tak penah pkai & tak ado..huhuhu, rasa cam tak sesuai plak sbb MJ dah gemokkss..huhuu
tak pakai legging tapi pakai inner
mmg xpatut la pkai legging ni..mcm xpkai ape2...kite yg gurl ni pon malu tgk kaum hawa pkai mcm tu...
bg budak2 kecik sudah la leggings2 ni. comel sungguh diorg pakai. nak2 hok masih berpampers lg tu hik hik. makna sebenar 'kembang bontot'
kakyong pakai legging dgn baju kurung... hahah..
tapi tak pernah lah pakai dgn blouse.. drp pakai legging lebih selesa pakai jean..
aiyak..ifa pkai inner kdg2..but legging mmg tidak langsung pakai la..
Salam...
Sebarang pakaian yg menampakkan bentuk tubuh.. walau atas apa nama sekalipun.. hukumnya adalah haram.. tak kira bagi wanita mahupun lelaki..
Maka, memakai legging atau inner yg ketat sehingga menampakkan bentuk kaki dan lengan, hukumnya haram bagi wanita.. termasuk juga pemakaian seluar jeans ketat dan baju ketat (saiz adik)..
Memakai tight (seluar basikal.. biasanya dipakai ketika main bola / sepaktakraw.. diluarnya dipakai seluar pendek) bagi lelaki juga diharamkan.. kerana aurat lelaki adalah antara pusat dan lutut..
Juga memakai seluar yg menampakkan bentuk punggung lelaki, peha lelaki (mcm seluar jeans ketat ke, seluar slack ketat ala2 eksekutif muda).. semuanya tidak menepati konsep menutup aurat bagi lelaki.. juga perempuan..
WA ;)
saya memang x pakai legging. tak sesuwaai :)
tapi kan..dengan kebanjiran artis2 atau ikon wanita di media hiburan, memakai legging dan tudung tak menutup dada...macamna tu?anak2 kita terikut2 style mcm ni..konon gaya muslimah stylo.....in fact sy pun pernah terikut2...lengan pendek with tudung etc...skrg sebolehnya dijauh kan semenjak menjadi isteri dan ibu..
bukan nak kata diri tak pernah buat salah..tapi kadang2 mcm yang haram tu dihalalkan kan?
thanks to suzie & ustaz love..yang baik kita sebar2kan..
*dah dapat bygkan peminat legging & baju ketat2 tapi bertudung ni mesti tak setuju..dgn alasan.." dah bertudung dah ni..kira tak tutup aurat lagi ke?' camne tu...
nak pakai kena tahu la hukum gak kan akak...
wah..complete dan jelas dah kut..tq MZ & ustaz love
so iner pun xleh pakai gak la nie..
tq ust love N mz...
Post a Comment