Friday, 21 January 2011

Kenangan di bumi Makkatul Mukarramah

sekadar berkongsi cerita -- email yg me dpt dari one of my ex-coursemates--baru pulang dari Makkah--dh bergelar haji di usia 34 tahun :) sgt bertuah kan, dan baru je dpt title Dr (phd) last year -- dia buat thesis psl undang2 sihir kat Msia...rasanya dlm batch me (he's my junior my one sem masa kat univ, dia yg first bergelar dr ni--me sungguh teruja and tumpang happy :) )

pic from google

moga citer kat bwh ni menjadi inspirasi utk kita semua... happy reading!!

"Alhamdulillah, saya selamat sampai ke M'sia pada 12 Disember 2010. The first and the foremost yg nak saya ucap utk rakan2...."Kalau ada tenaga dan kemampuan, bersegeralah menunaikan haji. ambil lah langkah pertama dengan daftar di Tabung Haji. Kalau dapat, buat lah rayuan utk disegerakan. kat Mekah, ada juga jemaah yg buat rayuan setiap tahun walau baru daftar 2 tahun lepas. dapat dia tahun ni. kalau ada sedara mara nak pergi, tumpanglah syafaat mereka. biasanya TH akan bagi rayuan.
Mekah sekarang sdg alami renovation besar2an. Hotel2 lama sekitar masjidil haram diruntuhkan utk pembinaan hotel yg lebih tinggi n besar. dijangka 2 tahun lagi siaplah sepenuhnya, macam madinah. masa tu, kos pergi haji mungkin meningkat hampir 1 @ 2 kali ganda. TH Travel bgtau pakej yg 20k akan jadi lebih kurang 50k, wallahu'alam.
pengalaman di mekah n madinah terutamanya sangat menyeronokkan. bagi yg nak buat haji, saya nasihatkan supaya pergi ke mekah lebih dahulu. selesaikanlah dahulu ibadah haji, barulah rasa lapang utk meluangkan masa di Madinah.
di Mekah, berada di sisi Kaabah, satu pengalaman menakjubkan. rasa nak beribadah tak padam2. memang patutlah ramai nak ke sana. tapi yg paling seronok, dapat lihat bagaimana kuasa Allah dgn satu seruan sahaja mampu menarik seluruh umat Islam satu dunia pelbagai rupa, warna, budaya utk sama2 berkumpul. pelikk betul. sempat juga berkenalan dengan jemaah naqsyabandi dari china n Turki di atas Jabal Nur.
adat resam menunaikan haji, ramai juga yg jatuh sakit...ramai yg batuk dan demam. tapi itu semua adalah kifarah...penyucian utk menghadapNya di padang Arafah. saya sendiri jatuh demam 10 hari dan sembuh 2 hari sebelum wuquf. alhamdulillah, perjalanan saya Allah uruskan, dari Mekah ke Arafah 1/2 jam, dari Arafah ke Muzdalifah 1/2 jam, dari Muzdalifah ke Mina 1/2 jam, dan balik dr Mina ke Mekah 45 min. Jemaah lain ramai yg sangkut. mungkin ini berkat doa rakan2 sekalian.
kenangan di Madinah terutama ketika di menziarahi Maqam Rasulullah SAW dan berdiri di hdpan kubah Hijau sangat meninggalkan kesan. hingga hari masih terasa, ternampak2 pintu maqam dan kubah hijau. bila terdengar org nk pergi umrah, rasa berkobar kerinduan utk pergi menziarahi baginda SAW.
di Madinah juga, barang2 yg dijual sgt banyak. kalau di Mekah, saya masih boleh pejam mata, tapi di Madinah, tak tahan menengoknya. saya rasa inilah berkat dan rahmat yang Allah curahkan ke bumi yang mana jasad kekasihnya dimaqamkan. saya mengambil peluang tersebut utk beli barang hadiah utk sanak saudara dan rakan2 di Mekah. skali balik dr masjid, ada je seplastik buah tangan di bawa balik ke hotel. kelakar juga bila fikirkan. sapa nak sejadah n perfume, boleh datag melawat saya di kuantan. ada lagi stok.

balik ke malaysia naik saudi airlines...bagus juga sebab beg x payah timbang. ada roomates yg barang2 berat 70kg free je...x yah bayar apa2.
banyak betul kenangan. nak cerita pun tak habis. seronokkkk sangat2. Alhamdulillah atas kurnia Allah kepada kita semua."
uolls ada tak target/plan masa umur berapa nak menunaikan ibadat haji? me kalau boleh, nak pegi Mekah buat Haji sblm bersara, lagi awal lagi bagus kan :) kalau tak sempat masa umur 40, hopefully by 45 ..Insya Allah :)


17 comments:

  1. rasa berkobar-kobar pulak nak kesana. insyaAllah jika diberi kesempatan dan umur panjang mesti akan tanah suci Mekah.

    ReplyDelete
  2. insyaAllah..me akan tunai umrah bulan 4 ni..buat haji tak mampu lagi..duit tak dak lagi..hehe..tak sabar nak pergi sebenarnye ni..nak taubat..nak berdoa byk2..huhu..pas balik dr Umrah..nak jadi sorg muslim yg terbaik di sisi Allah..akan cube perbaiki diri dari semasa ke semasa..

    ReplyDelete
  3. Subhanallah..Mmg teruja bila sebut pasl Makkah..Insyaallah kalau di izinkan Allah + panjang umur kan boleh pegi sn..:)

    ReplyDelete
  4. insyaallah....akan diusahakan untuk ke sana...jom la jenguk blog mama...baru nak menapak

    ReplyDelete
  5. mcm best je nk pgi awal kan..klu boleh time sht2 ni, time kaki lutut semua ok ..mmg nk pgi sgt.. mudah mudahann..

    ReplyDelete
  6. murah sungguh rezekinya erk. awal -awal dah dipanggil Allah. pastu lak dapt pula menyiapkan phd dia tuh. muda lagi erk. rezeki masing- masing kan :)

    ReplyDelete
  7. ya allah...bertuntungnya die..
    alhamdullilah...pergi haji pada usia yg muda..
    insyaallah...pjg umur..murah rezeki..
    akan pergi juga..=)

    ReplyDelete
  8. mmg teringin sgt nk ke sana...
    smoga allah permudahkannya :-)

    ReplyDelete
  9. insyaAllah..target by 34-35 nk pegi menunaikan fardhu haji..sbb kt kan sakit SLE..so xbole tunggu lama2 tkt sakit tu lg worst...org yg SLE teruk xbole pegi mekah sbb xlepas nk inject manigites (cemana tah nk eja dia:D).. sbb tu kt plan insyaAllah dlm 4-5 thn lagi nk buat..

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah..sangat suka entry ni...banyak kenangan2 manis yg berkongsi bersama..

    insyallah...klau ader kudrat dan rezeki lebih..nak jugak buat dalam waktu sebelum umur 40 kan....kena berusaha lebih kuat lagi nampaknya ni...

    ReplyDelete
  11. kawan sy yg baru balik pon cakap yg sama.. pegi masa umur masih muda.. bila tgk roomate yg dah berumur, byk masalah.. so.. target sy by 35.. Insyaallah.. Amin..

    ReplyDelete
  12. tingin nak ke sana...tp bila ada rezeki ye?

    ReplyDelete
  13. :') teringin di nak ke sana... tapi nak hantar umi abah dulu g sana...

    ReplyDelete
  14. Insya Allah ada rezeki boleh g awal ye MZ...Amin..
    Jemput keALL IN ONE

    ReplyDelete
  15. semoga kita sama2 dikurniakan rezeki untuk sama2 kita pegi ke sana.amin...

    ReplyDelete
  16. InsyaAllah klau diberikan keizinan, kekuatan & kemampuan sebelum umur 50 mesti nak pegi....Alhamdulillah pada 1.3 .2011 kami sekeluarga akan berangkat menunaikan umrah

    ReplyDelete