Friday, 8 October 2010

Jodoh di Google Talk

me tak de lah minat Dia Fadila ni..cuma tertarik baca citer dia kenal husband dia kat Google Talk!!ie kenal melalui internet/online chat lah kiranya-- Anak Tan Sri plak tu...bertuah bdn ;) jodoh masing2 kan...

nilah yg me baca tu..kat Kosmo Online..

Google cepatkan jodoh





SEBELUM ini beberapa orang selebriti seperti Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, Sharifah Sofia Syed Hussein, Deja Moss dan Aleeza Kassim telah memilih untuk bernikah di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Pada Jumaat lalu, turut membuat pilihan yang sama ialah penyanyi yang popular dengan lagu Andai dan Aku Masih Setia, Dia Fadila yang telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Redza Abdullah Sanusi di masjid tersebut.

Dia Fadila atau nama sebenarnya Nur Nadia Fadila Abu Bakar, 26, selamat bernikah dengan Redza, 33. Dengan sekali lafaz, Dia yang dinikahkan oleh Imam dan Jurunikah Masjid Wilayah Persekutuan, Ustaz Hafizan Ibrahim, berwalikan bapanya, Abu Bakar Sudin sah menjadi isteri kepada Redza yang merupakan pengurus pengiklanan kira-kira pukul 9.45 pagi.


DIA menitiskan air mata terharu saat sah bergelar isteri Redza.


Bermula dengan perkenalan sebagai seorang rakan biasa yang jarang bertegur sapa dua tahun lalu, ikatan antara Redza dan Dia mula terjalin pada November tahun lalu dan diikuti dengan pertunangan antara mereka pada bulan Mac.

Menurut Dia, dia dan Redza mencapai kata sepakat untuk tidak mahu mengambil masa yang panjang dalam tempoh bertunang dan membuat keputusan untuk bernikah pada Jumaat 1 Oktober itu.
Katanya, memandangkan sepanjang tempoh perkenalan dua tahun yang lalu mereka jarang berbicara, proses mengenal hati budi dengan lebih terperinci ketika waktu mereka bertunang.

“Sepanjang dua tahun perkenalan dulu kami hanya sekadar bertegur dan bertanya tentang kerjaya masing-masing sahaja.

Hubungan kami mula rapat sejak bulan November lalu selepas Redza mula ‘menegur’ saya melalui Google Talk,” ucapnya ketika ditemui selepas majlis pernikahan itu.
Tambah Dia, sebelum itu dia sering menganggap Redza seorang yang sombong, begitu juga sifat Dia di mata Redza.

Selepas Redza menegur saya di Google Talk kami berjumpa. Redza ini jenis yang suka bercakap dan dari situ hubungan kami menjadi lebih erat,” ujarnya.


BELUM merancang destinasi bulan madu, Dia dan Redza juga menyerahkan kepada takdir perihal zuriat.


Menurut Redza yang juga anak kepada bekas Naib Canselor Universiti Malaya, Allahyarham Tan Sri Dr. Abdullah Sanusi Ahmad, dia mengambil keputusan untuk tidak mahu menunggu lebih lama selepas bergelar kekasih kepada Dia Fadila kerana bimbang tidak dapat menjadikan Dia sebagai suri hidupnya.
“Kalau saya tidak mengambil keputusan yang drastik itu mungkin saya akan terlepas peluang menjadikan Dia sebagai isteri,” ujarnya.

Pada majlis yang dihadiri kira-kira 70 tetamu termasuk ahli keluarga kedua-dua belah pihak itu, pasangan tersebut bersepakat menggantikan hantaran mereka kepada cenderahati. Sebanyak lima cenderahati untuk pengantin lelaki dan lima cenderahati juga buat pengantin perempuan. Manakala, mas kahwin kepada Dia pula merupakan senaskhah al-Quran, telekung dan wang berjumlah RM2,309.84.

DIA tidak ketinggalan mengalunkan vokalnya pada majlis resepsi perkahwinannya Ahad lepas.


Menurut Dia yang mula mengenali Redza sejak dua tahun lalu, hatinya terpaut dengan Redza kerana beranggapan lelaki tersebut amat sempurna untuknya. 

“Saya sukakan suami kerana dia bertanggungjawab dan memahami,” katanya yang mula menjalin cinta dengan Redza sejak November lalu.

Pasangan ini bagaimanapun belum merancang destinasi bulan madu dan bilangan cahaya mata yang bakal di peroleh.

17 comments:

  1. kat blogspot leh temu jodoh tak? hehe

    ReplyDelete
  2. ada blogspotter yang bertemu jodoh tak......???

    ReplyDelete
  3. kalau ada..satu perkembangan menarik tu..sekurang2nya blogspot jadi medium yg baik..=)

    ReplyDelete
  4. 34m saya pun bertemu jodoh di internet hehehehee

    ReplyDelete
  5. kalau dah jodoh tak kemana....hehe..dalam google pun leh jumpa

    ReplyDelete
  6. hihi...wah..camtu lak kan..ifa pun baca dh..hihi..tue la..klu dah jodoh..=)

    ReplyDelete
  7. sy btemu jodoh di MIRC..hehe

    ReplyDelete
  8. dni bertemu jodoh melalui friendster :)

    ReplyDelete
  9. wardina dulu pun bertemu jodoh melalui internet juga... hehehe...
    dah jodoh kan... semoga berkekalan...

    ReplyDelete
  10. jodoh x kesampaian via internet..

    ALL IN ONE

    ReplyDelete
  11. kalo da jodoh tak kemaner kan=)

    ReplyDelete
  12. kalau dah jodoh tak ke mana, i sendiri pun start kenal via IRC :) zaman dulu -dulu yang google talk , yahoo ape bagai tak glamer lagi

    ReplyDelete
  13. ssh nk pcya cnta internet ni..dh nama nya jodoh..bertuah badan..

    ReplyDelete
  14. jumpa kt friedster je ler...huhu~

    ReplyDelete