Saturday 30 October 2010

Bertambah & Berkurang

kebanyakan benda ada bertambah dan ada berkurang..kiranya up and down

cthnya, duit nuff $$$ bertambah bila dpt BE byk2, and bertambah bila traffic heavy, tp akan berkurang bila kita dh cash out duit tu...;)

ada lagi benda yg kdg2 bertambah & kdg berkurang ie IMAN...bkn nama org tp iman kita sbg seorg muslim ie our faith...

jom baca sbg santapan minda--dari blog Ustaz kegemaran me ie Ustaz Love ;)

Setelah sekian lama mencari soalan ini, akhirnya Ustaz Love berjumpa kembali... rupanya soalan ni pun dah lama Ustaz Love peram tak berjawab... Nasib baik masih dikurniakan ingatan yg baik...

Soalan ini daripada Mama Zharfan :


dlm mesej entry ustaz ni
yg penting kena kukuhkan aqidah kan ustaz..
boleh tak ustaz kupas sedikit isu iman bertambah dan berkurang...sbb me lately kdg2 rasa kurang amal ibadat sibuk dgn anak2+hal2 study..masa bujang2 dulu mcm byk masa nak buat amal like baca quran, solat sunat etc...


JAWAPAN :

Tahap keimanan ini boleh dibahagikan kepada 3 iaitu Iman para Malaikat, Iman Para Nabi dan Rasul serta Iman orang awam...

Iman Malaikat ini tidak naik dan tidak turun... Iman para Nabi dan Rasul ini sentiasa naik manakala Iman orang awam ini ada kalanya naik dan ada kalanya turun...

Iman boleh turun apabila kita banyak melakukan maksiat kepada Allah... umpama sebuah tempayan yg mengandungi air... tempayan diumpamakan sebagai hati (tempat letaknya iman) dan air di dalamnya diumpamakan sebagai iman... bila tempayan itu bocor (sbb retak ke, ada lubang ke..) maka air di dalamnya akan keluar dan kuantitinya akan semakin berkurang... walaupun ditambah, tapi ia akan tetap berkurang...

Jadi, tugas pertama sebelum kita fokus pada penambahan iman, adalah menutup lubang2 kebocoran pada hati kita dulu.. Ini tidak bermaksud kita perlu fokus pada penutupan lubang2 dan mengabaikan aspek2 menambahkan iman.. sebaliknya kita kena jalankan serentak... sambil2 kita menutup lubang, sambil2 kita menambah air (iman)... maksud Ustaz Love, fokus itu kita kena letakkan pada tempatnya... Agak2 banyak dah lubang yg dah ditampal dan air pun dah makin kurang keluar, maka boleh fokus pada penambahan air plak...

Kadang2 kita beramal disebabkan suasana.. Ini dinamakan iman suasana... bila berada di masjid (di kalangan orang2 yg melakukan ibadah wajib dan sunat), maka kita berasa ghairah untuk melakukan amalan.. solat sunat.. baca al-Quran, zikir dsb... bila dah balik rumah, dah tak ghairah dah nak beramal... al-Quran atas almari pun dipandang sepi... mata lebih tertarik nak tengok tv, layan tenet dsb...

Ini lumrah umat akhir zaman... kisah ini juga berlaku pada diri sahabat Nabi s.a.w. bernama Handzalah r.anhu. Sehingga beliau merasakan bahawa beliau telah munafik.. tapi bukanlah beliau munafik, sebaliknya memang jarang orang yg dapat merasai keghairahan beramal pada setiap masa dan ketika...

Maka itu, dicadangkan agar kita sentiasa mencari suasana2 yg baik supaya hati kita terdidik dgn perkara2 baik... Kiranya suasana yg paling baik pada masa ini adalah suasana dalam masjid (pun kadang2 org jadikan masjid sbg tempat menyebar fitnah dan perpecahan..kita abaikan dulu sudut ni).. sbb di masjid, orang2 lebih terdorong utk melakukan ibadah...

Selain itu, kita juga kena banyakkan membaca al-Quran dan memahami tafsirannya.. setakat membaca tanpa memahami maknanya, tidaklah ianya menjadi sia2.. sebaliknya masih berpahala.. cuma tidak mencapai maksud al-Quran itu sendiri sebagai 'dustur al-ummah' (perlembagaan / panduan umat).. apabila difahami dan dikaji maknanya, maka ianya akan menambahkan lagi keimanan dan keyakinan kita.

Dan bacalah kisah2 hidup para sahabat dan alim ulamak... supaya dapat menaikkan keghairahan kita dalam beramal...

Untuk menerangkan satu bilik yang gelap, memerlukan beberapa usaha yg mungkin agak susah.. nak kena meraba2 mencari mancis.. dah jumpa mancis nak kena cari lilin plak... lepas tu kena cover2 sikit api lilin tu daripada ditiup angin...barulah nampak terang sikit bilik...

Tapi, nak menggelapkan bilik tu sangat mudah.. dengan sekali hembusan angin saja, api terpadam.. dan bilik akan menjadi gelap...

Maka itu, berhati2lah dengan perkara2 yg boleh membatalkan akidah...
note : ada juga benda yg bertambah dan tak pernah berkurang----usia kita....

10 comments:

Jue Nazrin said...

ingatan untuk diri sendiri..mintak jauhkan lah perkara2 yg boleh memesongkan akidah dan mngurangkan iman Jue..amin..

Najwa said...

me suka entry ni.. vry informative. thanks for sharing sis.. hrp2 kta smua sama2 trus cuba baiki kbocoran n tmbah keimanan :)

muchas luvas, wawa~* secretwhisper.net

ardinihumaira said...

teringin dni nak bertanya ngan ustaz love tu juga :D

Affieza said...

Seiring dgn pertambahan umur,biarlah Imannya juga bergerak seiring...AMIN

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

tq atas entri nieh akak...

tiefazatie said...

tq sis..nice info 4 sharing..saling mengingati kan2..=)

Unknown said...

teringat pada nasihat seorang kakak, masa kakyong bujang dulu.. iman kita ni ibarat fissball dalam periuk sup.. kejap ke atas kejap ke bawah...

semoga kita semua akan terus berusaha untuk meneguhkan keimanan & taqwa..

Amin

nur said...

kena sentiasa muhasabah diri ni
ALL IN ONE

Ijah EmoTemo said...

peringatan yg baik utk kita semua :)

eija_sweetmama said...

info yg bagus utk sama2 dikongsi dan saling igt mengingati..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails