Thursday, 30 September 2010

'serah nyawa anak'---uolls siasat ke nursery bila antar anak2 uolls?

sana sini kecoh isu nursery tak berdaftar,ekoran baby mati tersedak susu...me memang sedih bila baca kes2 gitu..and of course rasa  nak marah dgn nursery yg cuai --mcmlah nyawa baby tu nyawa anak kucing ke apa..

me and uolls yg tak de maid memang terpaksa antar anak2 ke nursery kan...
sbb me staff uia, so me boleh antar anak2 me ke nursery uia (IIUM educare)..tp probnya, kena ikut turn and queue...kdg2 tak dpt tempat nak masuk kat situ...sbb tempat limited, staff pulak ribu2..

last year..my lil ariff pun tak dpt masuk iium educare..me punyalah risau, sbb me jenis yg tak percaya kat nursery swasta..kat iium educare, memang staff terlatih, and me kenal most of them personally, and me boleh pegi tgk anak me anytime, and boleh pegi breastfeed, main2 dgn anak2 masa me free--memang sgt transparentlah jagaan kat situ!!! so memang tak de rasa risau ke apa...

ni citer last year lah yer..sbb ariff tak dpt tempat kat nursery uia
finally, me amik keputusan letak my ariff kat nursery kat luar (bukan iium educare)...tu pun sbb ownernya kwn baik me...dia tokey nursery lah kiranya

tu pun ada gak 2 kali ariff kena calar kat pipi, sbb tukang jaga baby lalai, baby kecik+baby besar letak dlm bilik yg sama..me nak marah lah jugak..sbb ariff masa tu baby kan..budak2 besar nak buat apa pun boleh..
me komplen kat kwn me tu..tu pun pls 2nd time pipi ariff kena calar..masa 1st time kena, me komplen kat staff nyer, dia tak bg tau kwn me rupanya...

memang perit kalau kena letak anak kat nursery..anything can happen...dilema ibu bekerja kan...

ni me copy paste from harian metro:

PUTRAJAYA: Pasangan suami isteri yang kematian anak berusia sembilan bulan pada 20 September lalu, dipercayai tersedak susu ketika dalam jagaan di pusat asuhan di Presint 18, di sini, mahu pengusaha pusat yang tidak berdaftar itu dikenakan tindakan tanpa mengira ‘bulu’ walaupun dia anak seorang kenamaan bergelar ‘Datuk’.

SEDIH...Shahrul Nizam dan Mazliana bersama anak sulung menunjukkan gambar Noramirah.
Pasangan terbabit, Shahrul Nizam Reihan, 36, dan isterinya, Mazliana Nordin, 27, masih trauma apabila ‘kehilangan’ anak kesayangan Noramirah sembilan bulan, dipercayai tersedak susu ketika dalam jagaaan pusat asuhan terbabit.

Bukan itu saja, pasangan terbabit kecewa kerana tidak ada sebarang tindakan tegas terhadap pengusaha pusat berkenaan walaupun insiden sama membabitkan bayi tersedak susu pernah berlaku pada Julai tahun lalu.

“Saya hairan mengapa tidak ada sebarang tindakan dilakukan walaupun kejadian sama pernah berlaku di pusat itu tahun lalu.

“Saya tidak tahu sama ada ia ada kaitan dengan pengusaha terbabit sebagai anak kepada seorang kenamaan menyebabkanya ‘kebal’ sehingga tidak ada sesiapa berani tampil bertindak terhadapnya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Presint 9, semalam.

Difahamkan, kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat sudah mendapatkan maklumat berkaitan insiden berkenaan daripada Mazliana, pagi semalam.

Shahrul berkata, dia bukan mahu menimbulkan sebarang masalah, tetapi mahu keadilan bagi memastikan kejadian sama tidak berulang membabitkan ibu bapa yang masih menghantar anak mereka di pusat asuhan berkenaan.

“Saya difahamkan, pusat asuhan itu hanya mempunyai tiga pengasuh bagi melayani kanak-kanak berusia antara dua bulan hingga empat tahun,” katanya yang membayar RM600 bagi dua anaknya yang dihantar ke pusat itu sebelum ini.
Malah, katanya dia juga mengakui sebelum kejadian itu, pengasuh hanya membenarkan ibu bapa menghantar anak di depan pintu masuk saja dengan alasan ia adalah peraturan yang ditetapkan dan perlu dipatuhi ibu bapa.<< SOMETHING FISHY HERE!!!!

Shahrul berkata, dia masih berbincang dengan keluarga bagi mengambil tindakan selanjutnya.

“Saya menghantar anak saya ke pusat asuhan ini kerana diberitahu ia adalah antara pusat asuhan terbaik di Putrajaya tanpa menyedari ia pusat yang tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat,” katanya.

Tanpa berselindung, Shahrul berkata, dia berharap tindakan sewajarnya dikenakan terhadap pengusaha pusat berkenaan bagi memastikan kejadian sama tidak berulang kepada ibu bapa yang masih menghantar anak mereka ke pusat tidak berdaftar itu.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam, Datuk Dr Maamor Osman, berkata tindakan bersepadu perlu dilakukan bagi memastikan tindakan terhadap pengusaha pusat asuhan yang degil bagi mendaftarkan perniagaan mereka.

Beliau berkata, isu pusat asuhan tidak berdaftar memang pernah menjadi perbincangan ‘hangat’ satu ketika dulu, tetapi ia masih sukar untuk ditangani, walaupun membabitkan kematian bayi atau kanak-kanak yang dihantar di pusat berkenaan.

“Jangan biarkan pusat ini beroperasi tanpa kawalan pihak berkuasa kerana ia boleh membahayakan penghuni yang kebanyakan kanak-kanak yang dijaga di pusat berkenaan.

“Undang-undang sedia ada yang diperuntukkan mengikut Seksyen 6, Akta Pusat Asuhan Kanak-kanak 1984 perlu dikuatkuasakan tanpa memilih bulu,” katanya, semalam.

Selain itu, katanya, pihak berkuasa perlu memastikan pengusaha dan pengasuh di pusat asuhan memiliki kelayakan sepatutnya sebelum dibenarkan membuka pusat asuhan itu bagi mengelak ada nyawa yang melayang berikutan kecuaian mereka.

Katanya, ibu bapa juga perlu menyiasat pusat asuhan itu sama ada berdaftar atau tidak bagi mengelak mereka menyerah ‘nyawa’ anak mereka untuk dijaga oleh pengasuh yang sifar asas penjagaan kanak-kanak.

selingan : pic ariff masa umur 2 minggu :)


16 comments:

MamaYatie said...

mama zharfan, experience saya la kan..mmg masa proses survey saya akan tnya A 2 Z, masuk dlm & tngk keadaan sekeliling taska. tp adakalanya taska swasta ni time kita survey tunjuk yg cantik2 jer..but the real story totally different.

ni adalah taska ke 3. maybe next year saya akan tukar lagi since byk sngt problem & dah tak larat nak tegur, komplen even to the manager.

alhamdulillah,anak ke2 dpt masuk taska permata.so far, mmg puas hati sngt2..langit ngan bumi kalo nak compare ngan swastanya.

amirah said...

saya tkde experience lagi sebab anak hantar ke rumah mak mentua..

lainnya muka arifff...

Effi Rahmat said...

alhamdulillah... sy dapat taska yg ok... masa akif 1 tahun lebey tu sy start keje... anta 1st taska ada prob sikit.. taska yg 2nd ni tpt kawan sy anta... ok.. takde masalah.. mmg berdaftar + budak² ada insuran suma... pastu sejak 2 bulan harraz dan firas pon sy hantar situ gak.. mmg kena tgk betul²...

.: Ain aka Ibu Qaisara.. :. said...

tu lah dilema ain..tapi at last hantar kat nursery jugak.no choice,sbb susah sangat nak cari pengasuh..ape2 pun, hati kene kental..semangat kene kuat..just berdoa je moga2 takde ape2 yg buruk berlaku kat anak2 kita..aminn..

syawalsimpsons said...

2 yang geram bile baca cite2 camni...mmmmm

Jue Nazrin said...

Jue ada gak bc citer ni kt metro td..sedih lak kn,riso pn ada..skrg ssh la nk cr pengasuh..nk tggl kt nursery riso kes mcm ni la..bestnya kalo mak sendiri boleh tlg jagakan..

tiefazatie said...

sedih ife ble bce paper akhir2 nie..cian pada baby2 yg xberslh nie..dorg mmg lepas tgn kan..isk2..tp nak wat cmne gak kalu ibu2 berkerjaya kan sis..

Nurul Says said...

so sad bila jadi mcm tu..nsb saya suri rumah sepenuh masa...benda mcm ni lah yg kita risaukan :(

awjan said...

kat ofis cikwa sumer kwn2 yg ada baby dh mula risau...kata diorang..skrg tawakal je.kalu x langsung xleh wt keje sbb ingt ank.n kt ofis ni jgk dah ada sorg staff yg ank meninggal last year kt umah pengasuh...cian kan..

cikpia said...

me taknah ada pengalaman sebab lum ada anak.... he he........... mama pun tak nah hantar anak2 pi pusat asuhan. 4,5 tahun hantar tadika terus...................

CatlinaFly said...

huhu memang fishy..bukan nak kata ape..bila tgk peraturan tak bg masuk, hantar kat pintu je, patutnye parent dah leh kesan something is wrong...tapi itulah, Allah lebih menyayangi anak2 itu..wallahualam..

al fatihah buat baby tu...

Unknown said...

sedih dgn kes mcm ni... hopefully diambil tindakan yg sewajarnya kpd taska berkenaan..

Unknown said...

kalau dah jadi macam ni baru semua buka mata...b4 ni sebelum hantar anak2 kat nursery haruslah tau samada nursery tu berlesen atau tidak..bertauliah atau tidak...

apa2 pun kita sebagai parent harus bijak memilih...

ardinihumaira said...

dni pon tak ado experience lagi. huhu

Oyis said...

takutnya! mcm mana la bila balik msia nanti? huhu...

Umie Chan , Johor Bahru said...

klu x nk anta kt nursery pon,cri ler org yg bole jge baby o budak2...sy ok je...sbb sy bese jge 10org ank sedare(rmai!) dlm 1 mase..i love kids!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails