and semlm me baca kat blog Ustaz Love psl hukum pakai perfume beralkohol ni..
now jelas, hukumnya HARUS!!! horeyyy boleh me borong perfume byk2 (wpun hubby me tak suka me pakai perfume yg bau agak kuat mcm EDP--dia kata dia pening bau perfume kuat2)--tp me rasa perempuan tak leh pakai perfume sampai menarik perhatian lelaki, except muhrim or hubby kan..
Salam...
Ustaz Love nak jawab soalan seorang blogger Aiman de Cloud... lama dah Ustaz Love tangguhkan soalan beliau ni...
Salam ustaz. nak tanye skit..
isu alcohol yang terkene pada badan kite.
klu solat memang tak sah ke? ialah geng2 remaja nie x sah kalau x bergaya dengan rambut kn? tapi isunya kadang2 ape yang dorang bedal kat rambut tu ade alcohol. sekali lagi. sah atau x solat kita?
ada kawan saya cakap x sah. ada jugak yang lebih kurang anak ustazah uztaz bagi tau saya sah sebab tidak memabukkan. konpius sudah! klu ustaz jawab soalan ni sampaikan ye.
JAWAPAN :
Jawapan pendek Ustaz Love... solat sah walaupun memakai minyak rambut / minyak wangi beralkohol sebotol sekalipun...
Dalam perkembangan ilmu fiqh, sesuatu hukum yang tidak jelas dalilnya melalui al-Quran dan Sunnah (Hadis) atau tidak berlaku ijmak (kesepakatan kesemua alim ulamak) pada perkara tersebut.. maka ianya akan melalui proses tansformers transformasi... Ini kerana, hukum fiqh semasa itu bergantung kepada kajian dan penilaian mujtahid pada masa tersebut...
Berkaitan dengan isu alkohol ini, suatu ketika dahulu, proses menghasilkan arak melalui proses yang sangat menjijikkan.. anggur dihancurkan menggunakan kaki dsb... dengan peluh lagi (sape suka makan roti canai, cuba2 la skodeng mamak yg tebar roti tu.. hehe).. dan kaedah mengambil alkohol (setahu Ustaz Love.. sila betulkan kalau tersilap) pada masa itu adalah melalui proses pemeraman anggur dalam menghasilkan arak... Maka, ulamak ketika itu mengharamkan alkohol kerana ianya terhasil melalui proses pembuatan arak...
Manakala alkohol pada zaman ini dihasilkan melalui kaedah yg suci dan bersih melalui campuran bahan kimia... inilah alkohol yang dicampurkan ke dalam minyak wangi dengan tujuan supaya bau itu tahan lama...
Maka, hukum memakai perfume beralkohol adalah harus (malah boleh menjadi wajib sekiranya beliau mempunyai bau ketiak yg sangat kepam... sbb mengganggu ketenteraman orang lain terutama yg datang solat berjemaah)...
Alkohol adalah haram sekiranya diminum.. kerana fungsinya yang boleh menghilangkan ingatan... sbb itu minuman yg mengandungi alkohol walaupun ianya bukanlah arak (dalam arak, mesti ada alkohol... dalam alkohol tak semestinya ada arak) hukumnya adalah haram...
Jadi, iklan2 perfume yg mengagung2kan perfume mereka dgn tag 'tanpa alkohol.. gunakan tanpa syak wasangka' sebenarnya telah ketinggalan dalam memahami hukum fiqh semasa...
Apapun, perfume tanpa alkohol itu dah tentu lebih baik... sbb kalau terkena mata ke, takde la mudarat berbanding yg beralkohol... (betul ke para doktor sekalian?)
Hukum ini termasuklah minyak rambut beralkohol, blusher beralkohol, maskara beralkohol dan lain2 yg beralkohol (untuk kegunaan luar)..
note : kalau me jd pegi France (Insya Allah sblm me balik msia next year) me teringin gak nak beli perfume Champs-Elysse (betul ke eja gini)..sbb famous kan..memang best brand like Guerlain tu..sbb long-lasting :)
yg bumi product like one drop perfume pun me pernah beli--masa me kat Msia, tp me beli utk bagi hadiah kat kwn baik me :) ...kiranya me menyokong usahawan tempatan lah :)
I bet uolls mesti suka beli/pakai perfume kan :)
tu la kak..
ReplyDeletedni tak suka kalau ada sekolah yang siap haramkan perfume/deodorant. takkan nak berbusuk kat sekolah. biasanya sekolah agamala... kalau nak solat, budak-budak tu ada baunya ya Rabbi... Allah je tahu... duk tepi dia boleh pening nak solat pun tak khusyuk. cuma kita kena jaga juga... pakai yangan sampai semerbak.. pakai sekadar untuk hilangkan daripada bau badan dan juga rasa segar... takkan nak ada bau tak menyenangkan pula kan kak.. dni suka perfume. siap buat tdo. sebelum tdo spray satu bilik hehe
oyeah.. bole pakai perfume byk2
ReplyDeletemmg suka pki perfume & bli perfume..nk2 plak kalo bli ada dpt mcm2 gift...hehehehe
ReplyDeleteustaz kita dulu ag bagitau x haram seba x memudaratkan..kalau ase was2 pakaian x suci kena alkohol, katanya sembur pada kulit, then masa nak sembahyang mandi ler..
ReplyDeleteperfume one drop tu saya xleh bau ler..pening pala, walaupun katanya sama bau macam perfume branded tapi still lain..
Thanks on sharing this, dear.
ReplyDeleteklu ikt pn..alcohol haram utk kita minum..sbb kita akn jadi xwaras..so xbole nk buat rukun Islam..klu terkna badan nothing to do wth syarat sah solat..neway good sharing..so org akn jadi lebih clear..
ReplyDeletegood info...so x perlu ragu2 lg la nak pakai perfume beralkohol..
ReplyDeletenampaknya boleh guna tanpa was2. Tapi mas bukanlah penggemar perfume.
ReplyDeleteGood info to sharing...
betul2 ..boleh pakai:)
ReplyDeletegood info..tq coz sharing...
ReplyDeletemmg boleh pun..hihi..my ustaz dulu pun ckp cmnie gak..harus..hihi..lala..sebab ifa ok je ngan perfume2 nie..hohoho..sgt byk..lala
ReplyDeletekakyong teringat balik back in year 1998.. pernah bertekak dgn sorg executive ni (dia malay man)... dia kata tak boleh dgn alsan2. yg kakyong juga beri alasan (yg kita tau jer la).. ade la sikit iras2 mcm point ustaz love tu... memang x mencapai kesepakatan le..
ReplyDeletetp kakyong memang suka perfume.. dulu masa kerja kakyong guna estee lauder beautiful... mahal.. time xde promosi rm250 1 botol.. tp skrg ni x tau le.. la ni pakai minyak wangi pasar mlm yg rm10 tu jer.. pakai mana yg mampu lah kan.. janji jgn bau badan hapak/busuk...
eira pun suka jgak pakai perfume..heheh;)
ReplyDelete