uolls pernah ke mkn ayam penyet ni? me rasa lately ayam penyet ni semakin popular kat Msia...
me pernah mkn sekali so far, and siyes, me memang jatuh cinta pd kunyahan pertama hehehe
me mkn ayam penyet masa me pegi singapore (thn 2007)...sampai sekrg masih teringat2 lagi kesedapan ayam penyet tu..
and masa me kat Msia, tak terjumpa plak restoran ayam penyet
tp masa me BW this year, byk blog yg citer/promo psl ayam penyet kat various restoran kat KL/selangor ni..
and me terjumpa gak resepi ayam penyet--me amik kat FB..
adoyai...leceh nak msk ayam penyet ni..
ni resepinya..kot2 ada saper nak try..me mcm MALAS kot sbb nampak susah ajer..so kena tunggu me balik Msia next year baru dpt mkn ayam penyet ni...
Nasi Ayam Penyet
Untuk Ayam
1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus sekejap dan toskan. Simpan air rebusan itu untuk sup dan nasik.
* 1 sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak
* 1 sudu Jintan Manis - goreng tanpa minyak
* 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak
* 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
* 1 sudu besar Serbuk Kunyit
* ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
* 3 ulas Bawang putih
* 2 cm Halia
* Sedikit Air
* Garam secukup rasa.
* Minyak masak untuk menggoreng.
1. Kisar kesemua bahan dalam blender hingga halus.
2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman untuk rasa rempah.
3. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
4. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
Untuk Sambal.
* Sedikit minyak masak
* 15 batang Cili merah
* 8 biji Cili padi
* 1 biji bawang merah
* 3 biji Bawang putih
* 3 biji Tomato
* 5 cm Belacan
* 2 sudu besar Ikan Bilis
* Gula merah secukup rasa
* Air Lemon
1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing.
2. Goreng belacan.
3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato.
4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng tadi.
5. Kisar atau tumbuk sehingga separuh halus.
6. Masukkan gula merah dan gaul rata.
7. Rasa sambal, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.
Untuk Sup.
1. Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.
2. Panaskan sedikit minyak, goreng bawang, bawang putih, halia serta rempah tumis dan curah ke dalam sup tadi.
3. Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.
Untuk Tempe dan Tauhu Goreng.
* 1 paket tauhu.
* 1 paket tempe.
* Sedikit tepung beras.
* Minyak masak untuk menggoreng
1. Golek-golekkan tahu dan tempe atas tepung beras dan pada lebihan bahan lumuran ayam.
2. Goreng hingga garing.
Untuk Nasi
* 4 cawan beras basmati
* 1 biji bawang besar potong baji
* 3 ulas bawang putih
* satu btg kayu manis
* dua biji buah pelaga
* bunga lawang
* bunga cengkih
* sedikit butter
* garam
* kiub pati ayam
* 2 cawan air rebusan ayam
1. Panaskan butter. Tumis bawang merah, bawang putih, kayu manis, bunge lawang, bunga cengkih dan buah pelaga sehingga wangi.
2. Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 5 minit.
3. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam.
4. Tanak sehingga nasi masak.
Cara hidangan-Hidangkan nasi ayam penyet bersama tauhu, tempe, sambal dan sup bersama ulam seperti daun salad, tomato dan timun.
uolls ada ker yg suka ayam penyet ni? agak2nya naper nama ayam penyet? ayam tu dipenyek2 kot agar jd garing--and sedap ngeh ngeh ngeh
22 comments:
rasanye penyet.. sis u buat i terlior la.. lunch timeee
wahhh aym pnyet...
lame kowt ain xmkn...las mkn mase kat indon ari2...
memang ade ayam penyet diketuk dgn hammer kayu me tgk..kat jalan2 cari makan hehe
restoran ayam penyet bagai cendawan tumbuh kat malaysia nih..yelah warga indon kan dah membiak dengan baiknya disini..heheheh..even kat soping komplek cam sunway pyramid pun ade
kat subang jaya ni ada more than 3 restoran ayam penyet
muhahahhaha sblm ni mmg slalu dgr nama tp bile g kl tatau celah mana nak cari. Hahahhah sampai doha ni lak tgn cam gatal nak cube...pehhh mmg mabeless. nipun tgh plan nak wat menu tuk birthday najlaa 1 Oct
http://lelord-mamanajlaa.blogspot.com/2010/07/wahnasi-ayam-penyet.html
pernah makan.. memang sedap..
wayne rooney injured?
suka ratah ayamnya jer....garing + berempah..
ayam penyet, kat sunway ada hee yummy!
xde plk tgk cara2 buat kena penyek2..ekkeek:p even i yg kt mesia ni xpnh rs lg ayam penyet ni..hhahaha..
yg sebenarnya ayam penyet so far yg paling sedap penah makan amsa g kuching aritu Raja Ayama Penyet maveles!
ayam penyet ni resepi jowo.. nanti i tanya dgn bibik/paman, apa maksud penyet ni... hehehee...
xpernah rase lagi makanan nieh...
:)
semalam makan ayam penyet.. tapi i tak tahan sambal die.. pedas sangat
Jue pnh jugak mkn skali je..mmg xtau nape org panggil ayam penyek..ada org ckp ayam tu dipenyek sblm dihidang..xtau ar betol ke x? tp best je pd Jue..hehe
mmg byk dh kt kl ni ..kita pn start mkn sebab tgk JJCM maria tunku sabri mkn kt spore waroeng penyet...mmg ada kt kl cawangannye kt the curve...mmg suka sgt
haha..ifa rasa die penyek kan je ayam tue..tue pgl penyet..sedap sikit nama..hihi..t mmg best la!kalu sambal die power!hihi
x pernah pun mkn ayam penyet lagi..tp mmg selalu dgr kwn2 dok mkn n citer ttg kesedapan ayam penyet ni..
ok gak rasanya....st time ai makan pun kat spore beberapa taun dulu masa fly....masa tu sedap makan kat sana...bila skang ni dah ada kat msia...rasa cam ok je...x sedap sgt kat cni....tapi leh ar layanz...hehhe...wah siap bg resepi ye...
alahai..sedapnye..I have tried this recipe before form an indo fren too...but the sambal tak campur ikan bilis. However, I really nak try yg ni...i imagine rasa ikan bilis with the sambal..pasti sedap...
tnx for sharing the recipe...
dulu pun sy ingat ayam penyet ni ayam penyek....sampaikan hubby ajak nak g mkn, sy xnak....hahaha....
nampak sedap, nanti bolehla try buat..hehe
ermm dkat umah mak eira slalu bt ayam salut tepun atau madu..bestt sis..sis tryla buat..hehhe
Post a Comment