then me terbaca kat utusan online...oooo...ada mitos diet rupanya...patut ler....
jom baca..
Mitos diet bulan puasa
|
|
RAMAI berpendapat perubahan waktu dan pola pemakanan ketika menjalani ibadah puasa adalah waktu yang paling sesuai untuk menurunkan berat badan.
Juteru, setiap kali munculnya bulan Ramadan, ramai yang memasang azam untuk memulakan program diet dan berharap dapat meneruskannya pada bulan-bulan seterusnya.
Semua itu adalah mitos belaka. Penurunan berat badan yang mendadak pada bulan puasa bukan kerana turunnya lemak, tetapi disebabkan kekurangan air dalam badan.
Itu merupakan satu fakta.
Tidak ramai yang berminat untuk mengetahuinya kerana apa yang penting bagi mereka adalah berat badan mereka turun tanpa mengambil kira apa sebenarnya yang turun.
Inilah yang diberitahu oleh pakar pemakanan dari Hospital Prince Court, Datin Farah Diba Khan.
Katanya, ramai mentakrifkan konsep menurunkan berat badan cara salah.
"Ramai daripada kita yang hendak kurus sebenarnya tidak mengetahui elemen apakah yang perlu dikurangkan dalam badan kita.
"Cukuplah sekadar nombor di mesin penimbang berkurangan dari sehari ke sehari sehinggalah ke hujung Ramadan dan tatkala Syawal tiba, berat badan kembali naik.
"Alasannya, makanan di hari raya membuat berat badan kembali naik. Pada hal pilihan makanan selama berpuasa yang keliru menjadi penyebab utamanya," katanya.
Farah Diba memberitahu, Ramadan bukanlah masa yang sesuai untuk menurunkan berat badan.
"Bulan ini merupakan bulan ibadah dan sasaran utamanya adalah sebagai pengisian rohani. Jangan jadikan bulan ini sebagai pemangkin program diet kerana kita menahan lapar dahaga.
"Program menurunkan berat badan bukan tertumpu kepada pengambilan makanan dan minuman sahaja, malah ia mencakupi elemen yang lebih besar.
"Berat badan yang efisien datangnya dari teknik pemakanan dan aturan pengambilan makanan yang betul.
"Justeru, bulan Ramadan amat tidak sesuai untuk menurunkan berat badan kerana ada waktu-waktu tertentu yang kita terpaksa makan tetapi tidak dibolehkan," ujarnya.
Menurut Farah Diba lagi, makanan yang paling ideal sebagai permulaan ketika waktu berbuka puasa adalah air suam dan buah kurma.
Ini kerana perut kita tidak menerima sebarang makanan selama hampir 12 jam dan seharusnya ia dimulakan dengan makanan yang ringan dan manis supaya perut kita dapat beransur-ansur menerima makanan-makanan lain yang lebih berat.
Menurutnya lagi, pengambilan air kopi dan teh juga tidak digalakkan. Ini kerana kita akan menjadi kerap buang air kecil dan akan mengurangkan lagi kandungan air dalam badan.
Jika air berkurangan, kita akan menjadi cepat letih, lesu dan tidak bermaya untuk menjalani ibadah puasa keesokan harinya.
Farah Diba merumuskan, pengambilan makanan selepas berbuka juga harus disusun seperti mana waktu-waktu biasa seperti sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Cuma yang membezakannya adalah ia dilakukan kesemuanya selepas berbuka.
"Kita cuba susun dan praktikkan waktu pemakanan yang ideal selepas berbuka. Berbuka puasa dimulakan dengan memakan 2 biji kurma dan air suam. Selepas seketika, mulakan dengan menu sarapan pagi yang normal. Tetapi bukan dengan nasi lemak, cukup sekadar roti atau kuih muih sekadar cukup untuk kita menjalankan solat Maghrib.
"Selepas solat Maghrib, bolehlah diteruskan dengan kuih-muih dan memperbanyak minum air suam sebelum solat terawih.
"Selepas solat terawih, bolehlah kita bersedia untuk mengambil makanan tengh hari pula. Seperti waktu makanan tengah hari biasa, pengambilan nasi, bihun atau pasta dan diselangi pula dengan lauk pauk adalah waktu yang paling ideal.
" Ketika ini, perut kita pun telah menjalankan proses pencernaan sejak dari berbuka tadi dan kini ia telah bersedia untuk memproses makanan yang berat pula.
''Harus diingat, jangan sesekali tidur ketika telah kenyang atau pun ketika perut kembang kerana ia akan menyebabkan proses menjadikan lemak berlebihan," jelasnya.
Farah Diba menegaskan, sahur merupakan elemen paling penting dalam ibadah puasa. Dari sudut agamanya, ia merupakan sunah nabi yang amat dituntut.
Manakala dari segi sainsnya, ia penting untuk mengelakkan seseorang daripada terkena gastrik. Jadikan waktu sahur seperti waktu makan malam iaitu apa yang biasa kita ambil ketika menu makan malam hendaklah sama ketika waktu bersahur.
pose mmg kurang air..
ReplyDeleteEBM pun merosot..
adehh
me pon rase kurang mkn,bulan puase thn ni..InsyAllah ciayok2
ReplyDeletememang kite lose weight sebab kurang air,lemak degil sikit hehe
tu la pasal ingtkan leh le kurang brt bln pose ni..trn 2kg naik 2 kg.last2 statik je kat ctu...
ReplyDeletediet2...
ReplyDelete;)
saya plak akan naik berat bulan pose, walaupun kurang makan..huhuhu.
ReplyDeletesedih tau..mesti sebab pola pemakanan yg x betul..
baru je smlm mrhubby mcm happy berat dia turun skit.
ReplyDeletepunah la harapan lps ni i nak fwd citer nie...hahaha
cuba la herbalife bukn menurunkan berat bdn tp utk kesihatan gak..
ReplyDelete@Sidratul Muntaha : tu la, memang rasa sgt haus sbb myy baby BF..
ReplyDelete@Peri Pia : selamat lose weight hehhe
@kemma : lebih kurang me lah tu..me pun maintain ajer berat me ni..
@meniti senja : :) heheh
@Bionic Women : ya betul..sbb me rasa kita mkn bukak puasa then akan tido mlm..tu terus jd lemak..and kalau tido lps sahur, akan produce lemak sekali lagi..
@isabelle : tu la psl...losing weight bln puasa sbb kurang air dlm bdn rupanya
@Nazz Purple : me kat Msia me mkn jus diet mate ajer..utk maintain and lose weight tp slow2..herbalife blum pernah try