Saturday, 21 August 2010

Me suka layan lagu2 dlm filem Suara Kekasih...

saper suka tgk citer/filem dulu2 yg mana ogy+azmil mustapha adalah pelakon utama?
me suka sgt tgk citer Suara Kekasih + Ali Setan...and me suka gak layan lagu2 dlm filem tu (like lagu2 sedih jiwang nyayian Kak Ogy dlm filem Suara Kekasih- adpated based true story kisah hidup Ogy kan ...)

me baca kat Utusan Online..psl hijrah and hidup Azmil Mustapha hari ini...kagum sgt...sesungguhnya iman manusia muslim sentiasa turn naik- bertambah dan berkurang...moga2 iman kita semua sentiasa bertambah..Amiin..

ni me copy paste from Utusan Online

Dunia baru Azmil

KELUARGA bahagia... Azmil Mustapha bersama anak-anaknya (dari kiri) Nor Amalia Batrisya, Nur Alia Iman, Nurazalea Arifah memangku anaknya, Alexandria Carina dan Arif Budi Abu Bakar.


SEPERTI yang dijanjikan, petang itu, saya, jurugambar dan pemandu Utusan Malaysia sampai di penthouse mewah milik keluarga personaliti yang mahu ditemu bual ini di Shah Alam, Selangor.
Kedatangan disambut dengan ucapan salam dan senyuman. Lelaki yang menyambut ketibaan di muka pintu amat tenang wajahnya. Bukan saja penulis, bahkan jurugambar serta pemandu yang turut serta dalam pertemuan itu mempunyai perasaan yang sama.

Ketenangan terserlah pada wajah Azmil Mustapha, aktor yang pernah menjadi idola ramai ketika zaman mudanya semasa membintangi filem Ali Setan.

Hari ini, kenakalan Ali dalam filem yang berkisar kisah cinta anak-anak remaja di Universiti Sains Malaysia itu sudah tiada lagi.
Bahkan, personaliti lelaki nakal dengan imej seluar jeans koyak, kemeja T lusuh dan selesa menunggang motosikal juga sudah dibuang jauh-jauh. Hari ini, segala 'baju dunia' bukan lagi keutamaan buat lelaki berusia 58 tahun itu.

Sebaliknya, Azmil lebih senang menggandakan usaha dengan mendakap selimut syurga yang akan memberi jaminan kepada kehidupan hari esok.

Kebanyakan daripada kita sedia maklum, Azmil melalui penghijarahan yang mengagumkan. Daripada seorang anak wayang tersohor, dia memilih untuk berhijrah ke fasa kehidupan baru.
Namun, Azmil tidak berniat untuk 'menghukum' dunia seni atau mencerca dan menghina anak wayang kerana dia juga pernah mendakap dunia glamor itu suatu ketika dulu.

Sebaliknya, Azmil mengakui, hidupnya di gelanggang seni merupakan titik permulaan kenapa dia mahu berubah - menjadi lebih baik daripada hidupnya sebelum itu.

Perubahan yang berlaku dalam hidup ayah tunggal kepada lima orang anak Shamira, 23, Nurazalea Arifah, 19, Nor Amalia Batrisya, 17, Mohd. Bazli Zhafri, 15, Nur Alia Iman, 9, dan datuk kepada seorang cucu, Alexandria Carina, 14 bulan itu disifatkan sebagai satu nikmat yang terlalu indah buatnya.

"Ajaib sungguh kuasa Allah. Saya amat bersyukur kerana Allah menyedarkan saya sebelum terlewat usia. Walaupun sedar ketika 'penghijrahan' ini, dunia seni masih menjanjikan yang indah-indah untuk saya tetapi saya tidak menyesal.

"Bagi saya, apa yang berlaku dalam hidup saya dan apa jua anugerah Allah SWT kepada saya adalah kurniaan yang amat bermakna dan tidak boleh dinilaikan dengan wang ringgit atau apa juga yang berharga di dunia ini," ujarnya di awal perbualan ketika di cungkil permulaan penghijrahan kehidupannya itu.

Pada awalnya, Azmil mengakui, dia terlalu jahil dengan hukum agama. Ketika mengenangkan apa yang dilalui semasa zaman mudanya dulu membuatkan Azmil gementar andai ketika itu malaikat datang mencabut nyawa.

"Andai kata keinsafan itu wujud ketika nyawa sudah di hujung usia, saya tidak dapat bayangkan bagaimana saya ketika itu. Saya sedar sebagai makhlukNya saya banyak melalaikan tanggungjawab sebagai seorang Islam yang dituntut oleh agama. 

"Ya Allah ketika itu betapa jahilnya saya sebagai seorang Islam. Saya akui ketika itu, saya memang tidak menunaikan solat. Bagaimana saya mahu bersolat sedangkan surah Al-Fatihah pun saya tidak hafal. Pada hal itulah surah wajib dalam solat kerana tidak sah sembahyang tanpa bacaan surah berkenaan.

"Ketika itu memang tidak ada siapa yang tahu kekurangan diri ini. Saya dilahirkan sebagai Islam tetapi tidak boleh menghafal Al-Fatihah. Saya akui saya 'buta' ketika itu walaupun sejak kecil ibu bapa telah memberi saya ilmu agama secukupnya," Azmil membuka keaiban dirinya dengan hasrat kedangkalan hidupnya yang lalu akan menjadi pengajaran buat semua.

Azmil tidak pernah mahu mengecam, mencarut atau memaki hamum mereka yang barangkali mentertawakan dirinya apabila mengetahui kejahilannya dulu. Baginya, apa yang paling utama Allah lebih menyayanginya sehingga membuka hatinya untuk berubah.

Sebagai rekod, Azmil bukan sembarangan anak seni. Dia seorang yang berpengetahuan tinggi dan pernah menuntut di Indianna University, Bloomington, Amerika Syarikat (AS) selama lima tahun dan membawa pulang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang filem, radio dan televisyen ketika kembali ke Malaysia pada tahun 1979.

Sekembalinya dari AS, nasib tidak menyebelahinya apabila negara dilanda kegawatan ekonomi. Kerana tiada pilihan, Azmil menyertai syarikat produksi, Showmaster yang diasaskan oleh tauke panggung, Ali Bakar.

Dua tahun, Azmil menimba pengalaman di syarikat itu, selama dua tahun sebelum dia membuat keputusan untuk aktif sebagai pelakon secara sepenuh masa.

2 comments:

  1. mmg minat dgn lakonan dia. sempoi je, tp berkesan. mmg cerita ali setan tu malatop lah, evergreen. dah dtg UK ni pon dah 2 kali tgk kat youtube heheh...

    ReplyDelete
  2. mesti tingat zaman muda kan? heheheh

    ReplyDelete