Wednesday, 25 August 2010

Dapat hadiah raya bunga ros emas instead of hamper raya??? maunya me buat lompatan bintang :p

ada ke perempuan tak suka jewellery (read : yellow gold /emas kuning)? jrg benar kot...
me memang ler suka banget...me tak suka white gold sbb confuse dgn silver, and tak de trade in value :p

musim2 raya ni, kedai emas kat mana2 pun sesak jer kan..penuh org..byk betul duit rakyat msia :) kalau kat kedai emas kat kelate lg ler...sbb me rasa pompuan2 kelate ter amat2 suka emas (those yg berniaga memang sarat pakai gelang emas kat tgn..trade mark 'tok peraih' tu...ie biz woman)..kat UK ni memang jrg ler nak nampak kedai emas mcm kat msia :p

last sekali me beli gold jewellery last year ie me trade in my anklet dgn bangle..1st time me beli emas kat habib tu..(habib alamanda putrajaya) :) sbbnya my anklet tu asyik putus ajer...takut plak ilang tanpa me sedar..anklet tu me beli kat wah chan giant batu caves.

me pernah ada pengalaman pahit hilang bracelet emas tau...tak tau jatuh kat mana...syg sgt ..sbb harga agak mahal (dekat2 RM1k jugak lah...) sedih even bila teringat now pun...tak tau ler saper yg jumpa..sbb me tak sedar pun jatuh kat mana..tgk2 dh hilang, dh tak de kat tgn me..

and me terbaca kat utusan online, psl bagi hadiah emas sbg ganti hamper!! giiler kaya tu hehheheh

jom baca..

Ros emas pengikat kasih



SETIAP kali tiba musim perayaan, kaum wanita tidak pernah lupa membeli barang kemas baru. Justeru itu, sempena Aidilfitri tahun ini, anda menghadiahkan keluarga dan rakan tersayang sesuatu yang amat berharga. 
 
Bukan sahaja merapatkan hubungan silaturahim, hadiah tersebut sebagai tanda ucapan terima kasih.
Sebagai jenama barang kemas, Tomei meraikan hari raya pada tahun ini dengan memperkenalkan koleksi Ikatan Kasih.

Selain itu, Tomei hadir dengan koleksi khas emas prima, Maharani Ros. Buat pertama kalinya, Tomei memperkenalkan ros emas berserta dengan kotak berbunga harum. Ros tersebut disadur dengan emas tulen 999.9.

Uniknya, emas itu diperbuat menggunakan tangan dengan rekaan yang menarik.
Kebiasaannya, umat Islam akan memberi hamper sebagai hadiah pada musim perayaan. Namun, dengan pembelian cenderahati berbentuk bunga ros emas, pasti Aidilfitri lebih meriah. 

Ia dikeluarkan dalam kuantiti yang terhad dan hanya boleh diperolehi di Alamanda Putrajaya, Sunway Pyramid, Sungei Wang Plaza, Pavilion, Queensbay Mall Penang, Gurney Plaza Penang, The Spring Kuching dan 1 Borneo Kota Kinabalu. 

Sementara itu, bagi peminat barang kemas, pelbagai set rantai, gelang, subang dan cincin dengan ukiran bunga ros boleh memilikinya dengan harga yang berpatutan sempena Aidilfitri.
Koleksi terbaru itu terdiri daripada rekaan emas dan berlian yang memaparkan penampilan rangkaian rekaan bermotifkan seni halus dan berkonsepkan kasih antara insan.

Koleksi tema amat sesuai dengan wanita hari ini yang anggun dan penuh sifat kelembutan. Rekaan yang unik dibentuk bersama emas putih, emas ros dan emas 916. Ia direka dengan penuh teliti dan kelembutan untuk menonjolkan sifat semula jadi wanita yang lemah lembut dan cantik.
Antara koleksi paling unik adalah cincin Ikatan Kasih Bintang yang digayakan secara berasingan atau padankan kedua-duanya. Lebih manis, cincin ini dihiasi dengan berlian kecil.
Untuk menambah keterujaan pembeli, Tomei turut menghadiahkan barangan percuma dan pakej musim perayaan yang meriah.

Sempena Pencarian Citra Wanita anjuran One Drop Perfumes dan Mingguan Malaysia, Tomei turut menawarkan barang kemas untuk pemenang hadiah utama, kedua dan ketiga.
Tomei juga berbesar hati menyediakan baucer sebagai hadiah sagu hati.

Pengurus Kanan Pemasaran dan Pengiklanan Tomei, Christine Lim yakin wanita dan barang kemas tidak dapat dipisahkan. Justeru itu, Tomei tidak keberatan memberi sokongan sebagai tanda penghargaan kepada wanita yang sentiasa mementingkan kecantikan.


4 comments:

  1. Me memang cuai,anting2,anklet emas umi belikan semua ilang.mase remaja :(

    dulu me minat sgt emas putih,now bile dah pandai sikit..dah tau xde value

    cincin nikah,bracelet jrg pakai huhu



    kelas lah kalau dpt bunga tu,fuhh

    ReplyDelete
  2. huhu,
    sy ade pengalaman rantai tangan emas..tercicir..huhuhu..xsdar terjatuh...andai ku blh undr masa..sih sgt..rantai tangan mak bg..mahai rasa klu trade in..
    smp skrng xjumpa..sbb tercicir di kawasan kdai.harus org yg mengambilnya kan..
    bkn rezeki ku..huhuhhu

    ReplyDelete
  3. @Peri Pia : oo, sama mcm pengalaman me ilang brg kemas :( sedih kan..:(
    me cincin nikah me tak pakai, letak dlm handbag ajer..sbb me jenis tak suka pakai cincin..me rasa susah nak ratakan air masa amik wudhu' ;)

    @NoreLL : thanks for sharing..samalah mcm pengalaman me tu..now pun bila teringat balik akan rasa sedih..me suspect hilang kat kedai gak..may be kat Giant Batu Caves sbb pd hari tu me pegi few places..

    ReplyDelete
  4. kita hilang gelang emas, uiii sayang yang amat. gelang ada buah-buah tu, mama yang bagi. nak beli lagi. tak mampu dah.

    ReplyDelete