Thursday, 12 August 2010

1st Solid Food Full With Love Giveaway

me joining the above GA, due 25th aug.

to join, click HERE!

actually, the following baby recipes are my personal compilation (taken from various internet sources)..tried and tested for my Zharfan masa dia kecik2 dulu..and now for Ariff plak :)

i buat cth ajer ie letak hari, so there are 7 main recipes basically..

ISNIN: Bubur Nasi, Ikan Merah dan Lobak


Bubur ini sesuai untuk bayi 8 bulan ke atas.lebih elok masukkan ikan yg berisi putih dan kurang bertulang dlm bubur bayi, selain ikan merah,

cthnya, ikan tenggiri

* 3 sudu nasi yang baru dimasak
* Sekeping ikan merah - anggaran 50 gram, pastikan tanpa tulang
* 1 ulas bawang putih
* 1 sudu lobak merah yang telah didadu
* 1 tangkai daun sup yang telah dicincang halus.
* 1 cawan air

Masuk semua bahan (kecuali daun sup) ke dalam periuk.
Gunakan api besar untuk didihkan masakan dan kecil api dan biar sehingga lobak merah lembut dan ikan masak.
Masukkan daun sup dan masak selama 2 minit lagi.
Kisar halus atau terus hidangkan.
 
SELASA : Bubur Oat, Ikan dan Saderi


Bubur ini sesuai untuk bayi 7 bulan ke atas.

Bahan-bahan

* 3 sudu rolled oat/oat untuk dimasak (oat biru jika quaker oat)
* 10 ekor ikan segar tanpa tulang atau ikan bilis
* 1 helai daun sedari
* secawan air

Cara membuatnya

* Jika gunakan ikan bilis, ikan bilis direndam 5 minit untuk membuang garamnya.
* Masak oat, ikan/ikan bilis dan air dengan api kecil selama 5 minit.
* Setelah masak, masukkan daun saderi yang dicincang halus. Jerang sebentar sehingga daun saderi masak.
* Hancurkan ikan/ikan bilis dan masukkan ke dalam bubur.
* Hidangkan.


RABU : Baby spaghetti/pasta


Bahan-bahan ( 1 Orang )

* 10 batang spaggeti (dipatah-patahkan)
* 1 biji kentang (potong dadu)
* 1/4 batang lobak merah (potong dadu)
* Sedikit isi ayam (hiris nipis)
* Sedikit daun sup dan daun bawang (hiris kasar)
* Air

Cara-cara

1. Rebus spagetti hingga betul-betul lembut.Tos dan ketepikan.
2. Rebus isi ayam hingga masak.Masukkan kentang dan lobak merah.Rebuakan lagi hingga kentang dan lobak merah empuk.
3. Masukkan spagetti.Rebuskan lagi utk seketika.Kemudian masukkan daun sup dan daun bawang.Masak hingga daun sup dan dan bawang layu.
4. Angkat dan kisarkan utk disajikan kepada bayi anda (bayi 8 bln ke atas)
5. NOTE : Untuk sajian kanak-kanak atau orang dewasa tambahkan garam secukup rasa dan kuib ayam.Tidak perlu dikisar.



KHAMIS : BABY PORRIDGE WITH KISMIS,PRUNE & KURMA


Sgt2 Sesuai untuk yang ada masalah perkumuhan...Khas utk bayi

Bahan-bahan ( 1 Orang )

* Segenggam beras
* 15 biji kismis kuning
* 2 biji buah prune
* 5 biji kurma lembut tanpa kulit
* Sepotong betik masak ranum yang manis (buat kiub kecil supaya mudah dilecek)
* Air rebusan barli

Cara-cara

1. Masak beras dengan air rebusan barli hingga kembang.
2. Masukkan kismis,prune dan kurma.Masak hingga kembang dan pekat.
3. Lecekkan potongan betik di dalam bubur yang telah masak.Sedia utk hidangan


JUMAAT : BABY PORRIDGE WITH BEEF
 

Resepi pengenalan kepada daging utk bayi anda....8 bulan ke atas...(dengan nasihat doktor)

Bahan-bahan ( 1 Orang )

* 1/2 cawan daging lembu (direbus hingga empuk dan dipotong nipis)
* 1 biji kentang
* 1/4 cawan kacang peas tanpa kulit
* Sedikit lobak merah
* Sedikit celery
* 1/4 cawan makaroni
* air

Cara-cara

1. Masukkan makaroni dalam air dan masak hingga lembut.Biarkan atas api yang kecil.
2. Potong sayuran kecil-kecil dan masukkan ke dalam makaroni tadi.Tambahkan air jika perlu.Masukkan daging.Biarkan seketika di atas api.
3. Angkat dan toskan air rebusan.Jangan buang air rebusan.Gunakan ia utk mengisar isi rebusan tadi sebelum diberikan kepada bayi anda.
4. Untuk Orang dewasa atau kanak-kanak bolehlah ditambahkan garam dan kuib daging.Tidak perlu dikisar utk hidangan dewasa.

kalau nak senang buat bubur untuk baby..gunakan slow pot/cooker..
memang canti dan takpayah nak kacau..
masak malam dan pagi boleh makan..

SABTU : BANANA & RICE (WITH YOGHURT)
 

bahan-bahan:
*Beras(nasi lembik)
*pisang
*plain yoghurt

Cara :

1. rebus 1 cawan kecik beras dgn air yg agak byk (sukatan utk bubur), so that nasi yg msk akan jd nasi lembik.
2. Bila nasi dah masak, masukkan 3 -4 hirisan pisang preferably yang manis eg. pisang emas.
3. Masukkan 2-3 suduplain yogurt. Blend sampai hancur, or separa hancur, depending on baby's age and ability to take the food.
4. Siap utk dihidangkan.


AHAD : Bubur Nasi & Jagung


Bahan-bahan:
150 ml air
10g jagung dicincang halus
bubur nasi yg dikisar halus tanpa garam
 
Hidangan:
2x makan

Cara-cara:
1. Panaskan air sehingga sederhana panas dalam periuk.
2.Masukkan jagung yang dicincang halus dan kacau sehingga masak/lembut.
3.Gaulkan dengan bubur nasi sekejap.
4. Terus hidangkan.

Info:
Jagung adalah sumber serat yg baik. Pengambilan serat yg mencukupi akan membantu elak sembelit.


SIDE MEAL/SNACKING TIME:

FRUITS DESERT(PUREE)
 
 

Boleh guna epal, pear etc
Rebus (sekejap ajer) pear dan epal yg dipotong dadu. sejukkan. blend sehingga hancur atau separa hancur. sedia utk dimakan.

Biskut 'Teether' Baby


Sesuai untuk baby yang sedang tumbuh gigi... melegakan...

Bahan-bahan

* 1 cawan jus
* 1 cawan tepung
* 1 cawan bijirin segera bayi

Cara membuatnya

* Campurkan semua bahan
* Gelekkan dan potong mengikut bentuk yang sesuai.
* Bakar 20-30 minit pada suhu 350 F (175 C).
* Bolehdibekukan.

SUGGESTION to add variety to baby rice porridge:
 

selamat masak utk ur baby yer!!

6 comments:

  1. wohh..kepantasan kamu memang terbaek lah!! nnt saya datang balik utk cek semula...pagi ni saja Blogwalking alih2 tgk org masuk dah :P

    ReplyDelete
  2. wahhh menu ni i boleh pratikkan utk anak i

    ReplyDelete
  3. wahh ..kompom bleh menang ...
    dan leh guna utk next baby .. TQ

    ReplyDelete
  4. @sitisifir : tq :) me copy paste from my personal compilation & letak pics, tu sbb laju tu :) hadiah pun best..moga2 ada rezeki utk anak2 me :) boleh buat hadiah raya tu kalau menang (bajet menang aper :p)

    @Nigina : silakan..simple and sedap ni utk baby. guaranteed!!

    @eima : masin mulut u hehhe , semua org bila join contest pun nak menang :) ;) u tgh expecting next baby ker :) congrats :)

    ReplyDelete
  5. suke post ni...dah le mmg tgh cari idea nak masak untuk puteri kecik dekat rumah...kesian dia asik makan benda sama je

    ReplyDelete
  6. OK Suzi, ada 10 point di sini... :))

    ReplyDelete