Tuesday, 1 September 2026

Movie time | Chelot

hari sabtu 30/8/26, MZ and boys gi tgk movie Chelot...MZ minat hero2 utama dia dan suka genre action movie/citer polis2 gini..

pelakon utama semuanya stronglah...shukri yahya, beto kusyairi dan shaheizy sam...MZ minat shaheizy sam dan beto...then lps tgk movie ni, MZ minat jugak shukri yahya..memang terbaek lah kualiti lakonan 3 org ni. menjiwai watak sgt!

kami tgk movie ni kat GSC KL east mall, tayangan 10.30 am ie kami ke sini lps razeen habis attend tusyen kumon. kami beli tiket kat kiosk jer..tix RM15 per pax then amik food sikit, so total RM88

wefie sebelum masuk ke dlm hall/cinema

sinopsis dari GSC:

Selepas satu operasi besar gagal dan menyebabkan korban jiwa pihak polis, Unit Operasi Khas Polis Diraja Malaysia melancarkan pemburuan terhadap rangkaian penyeludupan senjata yang semakin mengganas. Dalam masa yang sama, Inspektor Haqqim – seorang pegawai yang berdepan dengan tekanan kerjaya, kewangan, dan masalah keluarga – bertungkus lumus cuba membuktikan bahawa dirinya masih layak berada dalam unit elit tersebut. Apabila perjuangan menyatukan dia dengan Azraf – orang kanan kepada ketua sindiket, Dato’ Bakri – Haqqim mendapati dirinya terperangkap dalam pergelutan kuasa antara dunia jenayah dengan penguatkuasa undang-undang.

citer ni memang full plot serious jln citernya, tak de scene2 lucu or humor pun..
masa2 mula2 tu mcm tak clear kes nya psl apa...then bila dh tgh sikit baru faham conflictnya...psl polis nama inspector hakimi (shukri yahya) yg kena menyamar masuk dlm team org jahat..ketua org jahat ialah dato' bakri (shaheizy sam).
ada byk jugak scene ganas ie pembunuhan  dan ada satu scene tu...(MZ tak tgk screen jap sbb ngeri) masa dato bakri bunuh desmond (ie another ketua penjahat)...ada scene sedey masa anak hakimi mati dibunuh..ada jugak few plot twist dlm movie ni..
MZ suka jgk tgk teknologi senjata (dron etc) masa fighting scene kemuncak ie dato bakri beli all those weapons seludup dari Thailand..
so chelot tu apa maksudnya? mula2 tu ingat password or code..rupa2nya..haaaa kena tgk movie lah nak tahu chelot tu apa?

overall MZ bagi 4.5 dari 5 bintang. memang best lah overall scene nya dan nampak susah nak buat...kalau tgk kat socmed, fighting scene masa geng desmond dan dato bakri team tu antara yg paling susah nak buat (directornya kata gitu)

happy tuesday uolls! hari ni org2 selangor masih bercuti ie sbb selangor menang sukma so dpt cuti tambahan! dan happy 1st september jugak...dh habis bln ogos so berbaki 4 bln jer lagi utk kita menjalani hari2 di tahun 2026.

Monday, 31 August 2026

Happy 69th Independence day to all Malaysians!

It's 31st August again alhamdulillah.
Salam hari kemerdekaan yang ke 69 utk negara tercinta, MALAYSIA...moga negara yang kita cintai ini akan terus aman makmur..aamiin


selamat beristirehat juga utk seluruh rakyat Malaysia. hari ni uolls ada apa2 aktiviti ker..selain yg balik kampung dan pergi holiday...

MZ mcm tak de apa2 plan ni...may be pagi2 layan perbarisan kat TV hahahah

Sunday, 30 August 2026

Saturday well spent | Attended 3 weddings in a day

semlm tak sempat nak buat apa2 entry sebab tak bukak langsung lappy...yelah..MZ bz attend wedding laaa...alhamdulillah berjaya menghadiri jemputan kenduri majlis perkahwinan anak2 kepada rakan2 sekerja MZ (lecturers AIKOL).

wedding pertama yg MZ attend ialah di pusat komuniti setiawangsa ie sebelah AEON AU2...anak dr Khairil yg kahwin

kami attend ber4 ajer sbb mr hubby kurang sihat...event 11am-4 pm so by 11 am kami dh terpacak kat dewan ;)

goodiesnya...dlm box tu ada baulu mini (3 pcs)..cute boxnya

best sgt sbb dpt posing2 kat photobooth yg disediakan oleh tuan rumah :)

ni versi soft copy :)..boys pakai baju batik belaka tu


wedding kedua...berlangsung di dewan De Orchid di Gombak setia..tak jauh dari balai polis gombak/sekolah gombak setia... utk event ni, kami attend ber4 jugak ie zharfan tak join sbb dia ada urusan dgn kwn2 dia...so mr hubby yg drive utk ke sini (MZ kurang confident nak parking area sempit2 dan crowded). gmbr ni ariff yg snap

wedding ni ialah anak dr Tajul yang kahwin..goodiesnya cute sgt sbb dpt sunlight dan downy mini pack dan tissue dlm silinder box tu...dpt gula/choc jugak amik kat sweet booth. wedding ni pun berlangsung 11 am -4 pm, so kami dtg sini 3 pm, tu pun masih sgt ramai guestsnya!!

wedding ketiga berlangsung di Asiana Grand Hall selayang...event berlangsung 7pm-11pm, so kami sampai kat dewan tu 7 pm (plan nak mkn2 setel then balik solat maghrib kat rumah)...ni food kat wedding ke3...anak Dr Safinar yg kahwin. food sgt sedap dan ada side food...so MZ mkn bihun sup jugak selain mkn nasi dan lauk...ni memang gmbr my food

MZ makan laksa penang jugak. sedap!! ada jajaj jugak kat atas meja.

random snap gmbr pelamin dari kejauhan....ada butterfly laaaaa

goodies utk wedding ke3...dapat tisu dlm silinder box dan dpt mug yg comel sgt!

cute sgt mug termos ni!!!

rasanya ni 1st time MZ attend 3 weddings dlm sehari. syukur semua pun tak jauh mana dari area rumah MZ :) cuma semlm gombak jem teruk sbb tempias jem mrr2 menuju karak..org balik kg/go holiday sbb cuti panjang kan...

happy extended weekend uolls!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails